Wednesday, November 24, 2010

Sex kah sebabnya?

Assalamualaikum w.b.t


Asalnya saya fikir begitulah...


Saya rasa yang saya nak berbaik sebab sex


Rupanya hakikatnya tidak


Saya rupanya beru sedar bahawa kali ni rasanya berbeza


Rupanya ia tidak boleh dipaksa kalau dalam hati tiada rasa


Jangan tuduh dan kata saya berbaik sebab sex lagi


Sebab saya dah takde rasa hendak sex lagi pada masa ini...


Sebab dah nak masuk 3 bulan dah pun


Dengan tambahan 2 bulan sebelumnya iaitu tempoh pak hj gaduh dengan Aza yang saya pun tak bernafsu sebab geram tengok kelaku mereka suami-isteri


Jadi saya nak cakap saya dah cukup kuat!


Apapun saya sakit ati baca komen2 ni


Geram pun ada


Bukan dengan yang komen


Tapi dengan diri saya


Terbit rasa menyesal


Sebab kongsi semua apa saya rasa secara transparent


yang baca dan tafsir tak salah


Saya tak kata saya berbaik semula yang keputusan untuk tak bercerai itu muktamad


Boleh jadi juga bercerai


Boleh juga jadi tak


Wait and see


Macam saya cakap, saya takde nafsu dan takde rasa apa pada masa ni


tak taulah kalau dia nak berbaik dengan saya sepenuh hati


Tapi jujurnya saya rasa dia pun sama dengan saya takde rasa sayang dah pun


Cuma mungkin sebab anak


Saya pun sukar nak baca pak hj ni punya tindakan dan keputusan


dan saya pun malas nak berkomunikasi dan berhubung via hp


Macam saya cakap, lepas dia datang sekejap iaitu antara jam 1200 tengah malam - 5 pagi antara kami takde komunikasi yang panjang....


Jumpa sekejap jam 10.30 tu cakap sikit2


Malah sejak isnin dan mungkin sampai ambil hani saya takkan ber sms dengan dia


Sebab takde apa nak dikongsi


Tambah2 hani saya dah bekalkan hp dan kami berhubung secara terus ajer...xperlu melalui ayahnya lagi


Kalau kak azwa cadangkan yang saya boleh ajer proceed cerai, dan berdiam diri


Saya bukan dilahirkan begitu, dan saya tidak boleh hidup pura2 begitu


Walaupun dengan mak saya sekian lama saya boleh menyimpan apa yang berlaku dalam rumahtangga tapi tidak dengan kawan2 yang baik


kawan lelaki yang saya cerita itu pun menasihatkan saya berbaik semula


apa sebabnya, biar saya sendri yang simpan


dan saya nak tanya,


Seronokkah menjanda?


Seronokkah hidup sebagai ibu tunggal


Kalau hidup sebagai ibu tunggal sama sahaja dengan hidup sebagai isteri orang saya rasa baik saya jadi isteri orang


Saya tak taulah kenapa saya boleh saja berlapang dada dalam hal macam ni


Dan saya juga tak rasa sakit hati dah bila fikir apa dia buat pada saya


Sebab?


Sebab apa yang ada dalam kepala saya hari ni dah tak menyemakkan jiwa saya lagi


Dia ada sama takde sama


yang menjadi perhitungan saya, status saya sebagai isteri


Saya rasa terpelihara, saya rasa selamat dan saya rasa status tu meninggikan harga diri saya


Kalau saya menjanda, apakah yangs aya dapat?


kepuasan, kebahagian, keseronokan, kebebasan?


ya...bebas buat keputusan bebas berbelanja....senang kemana2....


saya tak perlukan itu rasanya...


Sebab pada masa ni saya dah okay jer...asalkan dia tak ganggu saya pun saya dah rasa okay...


Bila sampai masa anytime saya jumpa


Sesuai sangatlah rasanya....saya rasa takde apa yang saya nak marah dan cemburukan dia


Full stop!


saya tulis ni dalam keadaan marah geram dan rasa menyesal....


Sila komen lagi...


saya memang begini...


katalah apa sahaja, saya memang degil tapi dalam degil saya sabar saya yakin ada ganjarannya


Eh tulis ni berjam2 lamanya sebab diselitkan sambil uat kerja yang maha sibuk hari ni


So, malam ni tido di the legend ada malam penghargaan media


Esok pagi ada dialog bersama bloggers


Tu kehidupan saya sekarang..sibuk dengan kerja, takde masa nak fikir nak cerai2 ni...


Sex pun takde dalam kepala dah.....dah stabil dah! bukans ebab pak hj balik tapi sebab yang saya sendiri pun tak tau dan tak sedar...


Nak ucap tahniah pada anda sebab anda dapat suami anda yang baik2 belaka tu


yang sanggup jaga anak berderet


yang cakap jer dalam blog nak itu ini kemudian dapat terus


yang cakap jer nak apa serta merta ditunaikan


yang saban tahun keluar negara bercuti


yang sanggup keluar duit makan pakai anak bini


yang berupaya buat apa sahaja


yang bawak jalan2 tiap2 hujung minggu


bersyukurlah


jangan letak diri saya pada tempat anda


saya dari hari pertama kahwin saya tak pernah rasa memiliki dalam erti kata sebenar


kalau anda rasa hidup rumahtangga saya mencabar itu sikit sahaja dimata saya


pada saya mendapat suami sudah seribu rahmat dan kesyukuran


Apatah lagi suami yang marah lewat solat (jangan kaitkan dgn dia tak laksanakan t.jawab)


yang mencari masjid dan surau sebelum azan diazankan


yang hari 2 tahajud dan hajat


yang dalam tempang tunaikan jemaah di mana azan diazankan


yang tak beli baju seluar baru melainkan isteri2 yg belikan


yang sebelah tangan tapi gagah memasak di dapur


yang memberi syarahan agama saat sebelum tidur


dah saya cakap pun xguna macam meludah kelangit kena muka sendri


Adalah benda yang saya tak pandai nak cerita kebaikan suami


tapi pasti banyak kebaikan dia...kang saya puji lebih anda kata tak guna sebab tanggungjawab tak jalankan juga


dahlah...saya nak ruang berehat...nak fikir dan tumpu hal kerja dulu later sya ulas lagi isu ni pastu anda komen banyak2 kutuk saya pun takper ni saya tak stabil sebab kerja bertimbun2....


bagi, bagi lagi komen panjang2 yer....dialu-alukan....tak saya tak marah...saya suka...cuma emo sikit..tapi saya tau semua niat baik kan? anggap saya sahabat...nak yang terbaik untuk saya...


Wassalam

12 comments:

jiji said...

wushh kak wa....

saya rasa kalo sebab sex punca nak berbaik pon apa salahnya.. tak salah. sebab benda tu mmg keperluan.

dari situ mungkin wujud jalan keluar nak berbaik.

(tp rasa takde pulak komen pasal sex dlm prev. entry)

anyway..

ini pandangan dari saya yg membaca..

(kebetulan dah overdose melayan cerita desperate housewives dan sex and the city)

sy rasa akak kena ada benchmark utk ukur hubungan dengan suami.. kalo masing masing dpt berjanji utk baiki hubungan.. stay la sebagai suami isteri..

kalo belom ada berluang utk berjanji.. cari la peluang tu...

kalo takde langsung ruang...

nekadla dengan keputusan yang dibuat.

tp akak jangan la kata mcm suami2 kami ni perfect..

kadang pompan cerita laki dia best gegila.. maybe (ulang semula MAYBE) sebenarnya nak menutup kelemahan hubungan sendiri. mcm indenial.. konon nak orang lihat "AKU BAHAGIA OKEH"

cuma akak memilih utk memaparkan cerita sebenar..

dah ada dikalangan kami tak berkongsi kat public blog.

macam jiji ada satu blog kaler itam.. tempah sumpah seranah merungut apa saja dlm tuh!!

cara tu buat kita besabar..dlm dunia nyata ni.

MA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MA said...

Maaflah kalau geram dengan komen saya - saya ni memang macam tu (kelemahan saya sebenarnya) cakap memang direct sebab saya tak reti nak cakap berbunga-bunga or berkias-kias sebab saya nak maksud dan message saya sampai dengan tepat pada percubaan pertama. :(

Sebetulnya bila baca blog Salwa yang penuh kejujuran ini memang seakan menonton drama bersambung-sambung sampai penonton pun naik sheikh sekali samada geram/marah/gelak etc...

Kami bukan apa, sayang kat Salwa dengan Hani nih dan geram tengok Pak Hj dok perkotak katik, mempergunakan salwa utk kepentingan diri sendiri. Itu saja.

Tapi betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Salwa yang akan melalui hidup ini.

Seronok tak hidup menjanda ? (tergelak saya baca)

Haha...semua jenis kehidupan ada keseronokan dan ke-tidak-best-an nya; itu semua bergantung kepada apa yang dicari dalam hidup. Dan situasi masing-masing berbeza. Ada kos melepas masing-masing. Untuk diri saya - apa yang lebih penting dalam hidup saya ialah KETENANGAN JIWA. Dan yer - saya seronok- sebab tak perlu nak layan kepala gila orang lain, tak perlu nak sakit hati/sakit jiwa.

Apa yang tak ada/cukup dalam hidup saya.

Lelaki untuk tegur solat ke tidak ? Itu saya sendiri boleh set reminder.

Laki nak hantar ke kedai servis kereta? Subscribe AAM. Kalau kereta rosak, tepon ajer, nanti mekanik datang naik motor..pon..pon..pon.


Paip bocor? Tepon plumber. Cari jer nombor yang tampal kat tiang2. Or tepon kawan suruh rekemen.

Sunyi? Join a club. Memasak ke, menjahit ke, sambung study ke.

Pendek kata - ada jalan penyelesaiannya. Never say never.

Untuk pengetahuan salwa - saya tiada teman lelaki. Langsung. Hidup saya gi kerja balik kerja. Tak de melencong ke mana-mana. Ada tak de, saya manjakan diri ke spa sekali sekala. Atau geng perempuan ajak gi minum sambil berborak-borak. Selebihnya saya dengan anak-anak dan saya amat, amat bahagia. Ini keseronokkan saya.
(tapi bukan kata saya anti-lelaki, mana tahu esok lusa jalan-jalan tersepak batu terjumpa Sultan Brunei ke? Mana tahu kannnn....)

Dan saya cukup jaga pergaulan saya - kerana saya hormatkan anak-anak saya sebagaimana saya hendak mereka hormatkan saya. Saya tak nak anak saya malu ada ibu macam saya kalau perangai tak senonoh. Pergaulan dengan lelaki hanya terbatas kepada kerja rasmi dan itupun saya cukup jaga supaya tiada ruang untuk fitnah. Sebab saya tahu siapa diri saya.

Bukan nak dabik dada kata saya ni suci (dalam berdebu) - cuma nak meng-emphasize-kan kat Salwa bahwa semua ini di atas diri kita sendiri. Nak baik ke, nak jadi jahat ke...Bak kata Nabil lu pikir lah sendiri...:P


MA

MA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MA said...

alamak soriiiii...internet bongoks! Tolong delete kan yang terlebih tu.

Pnut said...

Ok wa, saya lebih jelas apa wa sampaikan..
mungkin wa marah dan tiada rasa sayang pada suami, tetapi dlm masa yang sama, masih perlukan suami.

Dan again, tak semua suami-suami kami ni bagus wa oiii, cuma saya akui, yang perit dan buruk perihal suami, saya je tau, dan saya je simpan, sebab saya kawen dengan dia dulu pun pilihan sendiri, bukan sapa paksa pun.

Tapi percayalah wa, setiap pasangan nampak bahagia, tapi dalam rumah siapa tahu? kekadnag kami juga masalah kewangan, korek lubang sana, katup sini, timbus sana... korek situ.. pasang surut.

Peel suami saya yang baran pun satu benda yang saya kena hadapi juga, tapi setakat ni saya boleh handle.. semua pasangan kita ada kelemahan masing-masing.

erkk apa lagi nak tulis..

ya kami-kami yang mengomen ni take care dengan awak, tu sebabnya kami mengomen, kalau terasa bosan dan cemuih, tak la kami masuk dan mengomen, baik baca dan blah... kan??

anyway jemputan untuk bloggers leh join tak?? eheheheh

Maryam said...

saya tak reti nak susun ayat. tapi memahami surah at-talaq beri impak yang besar pada perspektif kehidupan. as for kak wa, kak wa have friends to share and get suggestions and comments. sebelah pak haji tak tau apa cerita. tak nampak, kan? sape yang boleh huraikan di kedua-dua pihak...

ps: pagi tadi terasa nak attend event esok, tapi taktau mana nak cari kakwa. sudahnya tersadai di KB gak la.

lynna said...

Iyalah salwa mcm MA kata,kita sygkan you n hani. That's why geram dgn pak hj yg main suka2je tinggal mcm tak bersungguh pun to make it work. Boleh senang2 sebut nk cerai you sedangkan dia suami , lebih tua dr you plak tu. Pada saya kita pompuan ni biasalah kalo tak tahan senang je minta cerai but a man shouldnt main2 ikut sedap mulut je sebut psl cerai ni.
In lots of ways keadaan kita sama tp i m lucky in the sense that my husband tak selalu layan i bila gaduh2 n mulut ni celupar je minta cerai. A few times mmg we came close but he always reminds me how we hv stayed together all these years despite the bad things that have
happened.
Ish panjang le plak...

Mutiara said...

I am sorry if my comment made you angry. I do not know how to say it in a better way. I am sincere and I care about your well being and top of my concern is your daughter. She observes, she listens, and experiences what you go through and she might grow up with the built-up perception that it was ok for a husband to treat a wife the way your husband treats you.
Like some here, by following your blog for a long time, I come to think that sex has been the main factor in your marriage existence. Sorry if I am wrong.
yes, I think my marriage is above average because i do not have a very high expectation. I do not ask for material things, I have my own financial independence thus no money fights. In the loving department and the respect department I think I have enough to live by. I like to think that i am the love of his life and he does not have to look anywhere else thus I need not lose my sleep and energy being jealous. I have enough.

oren said...

saya tak baca sampai perenggan akhir, sbb rasa nak komen la-la nih jugak..

bagi saya, kalo dah takde rasa, baiklah berpisah..sbb bila ada nama pada ikatan nih, kita berada dlm tanggungjawab..nak tak nak, terpaksa layan/buat walopun hati dah mati..

bukanlah kata janda tu bebas..janda tu tak baik..yg penting kat sini, mind set dan cara kita bawak diri..pedulikan pandangan org..org boleh kata mcm2, anggap yg tak baik, itu ini, tapi bila kita susah, depa pedulikkah?? kita gak yg sorang2 berusaha nak teruskan hidup kan?

again, ini pendapat saya..akak takmo terima pun takpe, cuma nak bagitau point diri sendiri jek..

btw, byk jugak benda yg tak berubah dlm hidup saya walopun amik keputusan utk bersama kembali sebagai 1 keluarga..hati sakit mmg sendiri simpan, hatta kat mak pun tak luahkan..saya byk belajar dr pengalaman lepas..hati mmg sakit setiap masa, saya cuba positifkan minda dgn menumpukan pd hal anak2 saja, walopun penat yg amat, tapi tu jek la jln yg ada..

wish u all the best..

Ummi said...

wa,

ummi faham perasaan wa, tak ada rasa tapi masih suami dan isteri,

it happened to my mum dan mak tua, mereka menunggu walaupun bapa ummi tak balik bertahun-tahun, mereka masih menunggu hingga bapa ummi menghembuskan nafasnya yang terakhir

ummi pun tak tahu kenapa mereka masih menunggu, mungkin kerana kami anak-anak, at least kami masa itu tidak tertekan sangat perasan, bapa masih ada anytime boleh balik, mak dah tak cakap dengan bapa, so kami jadi orang tengah

tapi skrg baru ummi faham, one of the reasonnya, hanya yang melalui aje yang faham

jangan di sangka orang yang menunggu suami yang tak pulang itu bodoh atau kenapa kau masih menunggu suami walaupun dia tak balik berpuluh tahun, sebenarnya mungkin dalam hati masih ada kemaafan tapi rasa cinta itu telah mati tapi demi anak-anak mereka sambungkan jugak perhubungan itu

dan skrg ummi bersyukur kerana mak dan bapa ummi masih bersatu walaupun tidak tinggal sebumbung, at least masa bapa sakit ada yang menolong, boleh mak tua jaga dan balik ke rumah mak ummi, pasti yang ada kata bodohnya kenapa nak jaga orang tua yang tak balik bertahun-tahun

tapi selepas mengalaminya, ummi rasa ummi puas dapat berbakti dan ummi nampak ada keinsafan di mata bapa,


dan mungkin status seorang isteri lebih selamat kot, so kena balik tanya mak gak ni, kenapa? tapi rasanya tak nak kot, tak nak buka buku lama :)

semoga bapa ummi aman di sana, amin

so wa, kalau itu jalan yang wa pilih teruskan, teruskan sehingga terdaya :)

MOKCIK AZWA said...

Wah sungguh panas forum ini hahaha...

Azwa rasa Salwa salah tafsir kata-kata saya tu...bukan azwa suruh Salwa proceed bercerai kerana itu pilihan Salwa. Tetapi sekiranya memilih bercerai, kita tak perlu beritahu the whole world kita dah bercerai for the exact reason macam Salwa kata tu...dgn status janda, kita baik ker, kita tak menggatal pun, orang tetap akan pandang serong.

(tapi kalau bagitahu kawan2 yang boleh access kepada blog Salwa ini ini tak apa, sebab seperti kata MA, kami semua sayangkan Salwa dan Hani. Sebagai wanita, kita juga terasa geram bila suami perlakukan Salwa seperti yang Salwa ceritakan kepada kami)

Seperti kata Pnut juga, tidak bermakna suami2 kawan2 Salwa ini baik belaka...masing2 ada kelemahan masing2...so your statement about 'bertuah kerana ada suami yang baik' itu memang sarcastic dan saya pasti ditulis kerana Salwa sedang geram dan marah dengan komen-komen yang dilontarkan.

Bersetuju dengan Oren, apa yang dikatakan adalah, sekiranya kami yang berada ditempat Salwa, berdasarkan kisah2 Salwa, kami akan mengambil keputusan seperti yang dilontarkan. Tapi itu tidak bermakna apa yang kami rasa adalah betul dan apa yang Salwa pilih adalah salah.