Tuesday, December 14, 2010

Anjakan & Vienna-Paris-Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t



Minggu ni saya nak letakkan satu benchmark untuk diri sendiri


Nak jadikan ia sebagai satu anjakan


Mental dan fizikal


Wahhhh, besar lak nampak cita2nya


Yer gitulah nampak gayanya


Okay...dari segi fizikal


Semalam (isnin)....


Saya dah mula ke gym


Bukanlah jadik ahli mana2 gym...


Gym dalam office jer...


Dalam SPRM semua pejabatnya memang ada gym,


Nak dengan tak nak excercise jer


Masa negeri 9 dulu sesekali adalah ke gym ni


Kat hq ni selalu jenguk jer gym masukknya tak pernah lagi


semalam sejam di gym lari2 kat treadmill kayuh basikal


Jenuh lari sampai setengah jam, berpeluhnya tidak


Yerlah dah namanya beraircond..nyaman jerlah


Saya ke gym dengan miss sinar...


Masa masuk tu ada sorang jer mamat dalam tu


Mujur mamat tu saya biasalah jugak...office boy bahagian admin


Yerlah jangan lupa, 10 tahun dulu sempat servis setahun di HQ


Rata2 orang2 lama bahagian admin yg tak tukar2 sejak 10 tahun dulu tu mmg kenal dengan saya


selasa dan rabu serta hari2 seterusnya akan pergi juga....target nak turun dalam 5 kilo pun jadikler...


Dah janji dengan miss sinar sapa dapat turunkan berat yg ditetapkan dan berjaya mengatasi antara kami pemenangnya akan dapat hadiah barangan RM50 dari yg kalah tu....


Mula2 janji seratus miss sinar tak sanggup...hahahaa dia takut saya berjaya lah tu...


Asalnya janji dengan miss yip (ex reporter malaysiakini) tu tapi miss yip ada urusan semalam


Okay tu citer hal fizikal, ni hal mental pulak


Minggu ni adalah minggu mencabar


Mencabar mental saya, sebab boss 1, 2 dan 3 semua takde


Boss 1 meeting di Vieanna 10 hari, boss 2 pulak sebab kecewa nak kena tukar start januari dia boleh pulak ambik cuti minggu ni dan boss 3 pulak bentang paperwork di France...Paris tepatnya...sabtu ni baru balik


So, sayalah pulak kena take over semua...pening!


dan semalam memang saya dah jangka akan ada isu


Sebab dah baca start ahad kat blog2 yg kata menantu nik aziz nak kena tahan SPRM


pastu masuklak dalam utusan, dia main petik jer dari blog...


Saya tau sebab saya berhubung dengan kawan saya reporter utusan, pelik mana sumber dia dapat?


Pagi2 dah macam2 reporter call, malas nak layan...tapi kena layan jugaklah


Sms boss kat paris, sms boss kat vienna...mengadu...


Boss kat Vienna terus call tanya perkembangan, boss kat paris lak terus sms bagitau status...kena guna boss vienna berhubung dgn boss besar kat sini...i tak berani nak direct tanya lagi...heheee..isu sensitif lak tu


Boss 3 di paris jugak sibuk sms suh semak jawapan yg miss sinar buat untuk temubual di radio RTM...tiba2 dalam sms boss 3 suh saya lak yg ditemubual oleh radio...apakah??? senang ati boss kat paris suh suara saya lak yg ke udara yer...tunggu boss baliklah...


tengahari pulak adalah GAPS yg buat demo kat istana negara pasal penyelewengan kat selangor tu datang hantar memorandum...sibuk kat lobby masing2 siap dengan OKU bagai..ambil gambar sana sini


hantar orang kat bawah handle group ni yang datang dengan segerombolan media...setel!


pastu kena panggil dengan Boss besar no 2 pulak....jiran kak azwa....alahai...lepas jumpa dato' Shukri...ada tugas lah pulak...takper, kita terus kasi pada yang pakar...


Pastu boss dari vienna bertubi2 sms, call ... tetiba dia teringat lah pulak jumaat ni keputusan kes Teoh beng Hock


Sudah...masa ni lah pulak nak keputusan..dahlah tiga2 boss takde


Aduhaaiiiii....


Terus boss dari vienna arah gi jumpa SFC, Dato' Razak


Bincang submission dia dah buat tu


Apa yg kami boleh bantu...untuk spin...


Panjang lebarlah pulak discussed...


So, sms boss di vienna..boss call berkali2 bagi arahan itu ini..mesti panas punggung dia kat sana walaupun musim winter...


Banyak kerja nak kena buat..menjelang keputusan TBH


Banyak pertemuan nak kena arrange dengan editor, ketua pengarang, reporter


Nak minta bantuan...nak spin!


Saya nak kena duduk dengan boss 1 @ KP dengan SFC, arahan terus dari dato' di Vienna....nak highlightkan apa nak di spin..


Rasa macam nak cakap jer kat Dato' ....dato'....i'm not ready to handle all this thing...


kenapa dato' pulak gi vienna masa ni, kenapa boss 3 yang super power tu gi Paris masa ni?


Yer boss 3 saya sangat talented...sangat powerfull...boleh control situasi dan boleh bagi good ideas...kalau dia takde mmg rasa macam tak selamat gitu...patah kaki


Tapi mampukah??? mampukan saya nak engkar perintah?


So today i'll do my best


nak jumpa KP, TKP Operasi nak bincang submission dan pertemuan2 tu


nak contact all the editor yg leh pegang janji dan close dengan kami...kalau bocor submission sblm naik court mampus hal lain lak timbul!


Semalam dalam sibuk banyak tugas lain menyelit jugak....masa nilah jugak nak dapat kelulusan nak upgrade sistem penyampaian sms kami


Masa nilah jugak dato' shukri suh saya senaraikan keperluan barang teknikal utk kegunaan masa depan....tiba2 ada bajet khas, dari manakah?


yerlah unit kecil kami ni mana ada budget, satu unit kecil bawah pejabat KP....baru set up awal tahun ni kan....so adalah miskin dan baru nak beli itu ini...


Yg geram masa boss takde baru lah pulak nak kena buat paperwork mohon itu ini...dengan justifikasi pulak tu...


Miss conquer lak buat hal semalam....sepagian tak masuk pejabat, call xjawab


Dah buat perangai lama dah...


Boss semua takde dia pun naik tocang


seharian tak jumpa dia semalam...


jam 3 ada meeting di DBKL, takkan perjalanan sepagian?


takper, dia tak hormatkan saya takper...nanti2 taulah...


hari ni hantar dia dan satu pegawai ke KL Prince Hotel, ada event duta2 negara OIC


petang ni, jam 2.30 kena ganti dato mesyuarat pengarah2...first time la pulak masuk mesyuarat ni....terasa kecil nak duduk sebaris dengan semua pengarah2....


Tapi dah takde sapa...saya yang kerdil ini terpaksalah....jangan ada isu berbangkit nak kena jawab sudah...


Syukur alhamdulillah juga atas kesibukan ini


walaupun kat rumah rasa macam sunyi....takde teman hidup


Takde sapa nak dihubungi...sebab last 3 sms saya pada pak hj alst week tak berbalas


Sms hal hani jer..hal tak dapat madrasah tu...pastu saya sms hal saya nak hantar hani balik kg...minta izin lah kono tak balas juga...


agaknya marah sebab saya ada balas sms dia yg suh hani sekolah kat penang saya kata saya taknak menyusahkan aza...tambah2 hani tak tahan dengar aza bebel dan zubair ngamuk...dia marah saya sms macam tu kot..terus 3 sms berikutnya tak dilayan


Fine...takper saya tak rasa hati pun dia tak balas sms...selama ni pun bukan jadi rutin di tanya apa2 thru sms


saya jer yg rajin sms dulu...dia selalu jawab ok...ok...tu jer


sekarang macam takde hubungan lagilah...nothing to share!


Dalam sms pun saya takde letak intro atau bagi salam atau panggil dia abang ker hapa ker....terus cakap maksud...sebaris ayat jer xde meleret2 macam dulu...


Saya rasa saya totally memang dah sedia mental fizikal untuk takde suami


Cuma macam takde keghairahan nak memfailkan


dah rasa dalam zone selesa ~ "comfortable zone'


dengan kesibukan kerja...dengan macam2 nak fikir dalam kepala


Dengan azam baru tahun hijrah ni


Nak mengaji, tambah amal dan minggu ni juga Yaya akan dihantar emaknya ke kampung dulu


weekend baru ni kan saya hantar hani ke kg semula


So, saya ambil hani nanti akan ambil yaya sekali


Lepas ni saya akan ada dua anak perempuan


Merasalah juga ada anak dua...


Tak anak sendiri pun, sekurang2nya ada lah pengalaman menjaga dua anak


Tak sabar jugak rasanya...


Mesti makin sibuk....


hani pun sama...sukanya nak dapat adik segera


Tak sabar nak jaga adik katanya


Okaylah....dua minggu jer nak enjoy hani takde ni


Nak kurangkan makan, nak lebihkan excersice....


Tapi Along masih ada sini...jobless sekarang ni


tengah sibuk carik kerja....berinternet 24 jam...hantar resume sana sini


Harap2 dapatlah kerja cepat...sat lagi mesti nak pinjam duit lagi tu


Dah beribu dah pinjam dgn saya...tak bayar2 lagi...dah namanya anak sedara terpaksalah beri juga....


Wassalam

1 comment:

Irfa said...

oh!sibuknya..
saya yang keje ala ladar ni pun naik pening..patutlah org kata
'naik pangkat maknanya tanggungjawab makin berat'
i know u can do kak wa