Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah dan Saya Ingin Berhijrah

Assalamualaikum w.b.t



Saya ada borak2 dengan Luna dan Jiji


Semuanya tentang rumahtangga


Dari dua2 perborakan saya boleh buat kesimpulan


Kesimpulan biar saya simpan sorang


Tapi rentetan dan sessi berkenaan


Semacam dapat kekuatan


Kekuatan menggali apa sebenarnya yang saya ada dan saya rasa


So, saya nak mulakan berhijrah


Bermula dengan sesuatu yang mudah


Mulakan dengan apa yang saya rasa,


Apa yang saya tahu dan apa yang saya ada


Dan kekuatan pun datang secara perlahan


Apa saya rasa?


Saya tak rasa apa2 pada suami saya aka pak hj


Tak rasa rindu, jauh sekali sayang dan saya tak pun rasa kehilangan bila dia tiada


Maka,


Untuk menterjemahkan apasa saya rasa saya praktikkan


Ahad lalu, hani interview, dah selesai dah, dapat atau tidak kena tunggu 2 minggu


Petang tu, pak hj melalui hani bagitau suruh saya ambil di Bukit jalil


Mereka dua beranak naik bas


Tepat jam 5 saya dah tercongok di Stesyen bas Bukit Jalil


Bila dia smapai dan masuk kereta


Memang saya takde rasa apa


Untuk menterjemahkan dan menguji diri sendiri


Saya tanya nak saya hantar terus ke masjid?


Sebagaimana dijangka jawapannya ya


Terus saya hantar ke surau Bandar Saujana Putra


Tak jauh mana pun dari Putrajaya


Lepas hantar perasaan saya biasa sahaja


Tak sedih dan tak terharu walaupun dia tak mau balik ke rumah saya Putrajaya


Tapi tak tau hati saya jadik marah (bukan sedih) bila hani buat kesimpulan mudah


Bila saya tanya ummi ayah kat sana macamana


Dia jawab, "diorang bahagia sangat tau...cakap2 pastu gelak2...yerlah bercakap macam seronoklah" being hani dia kalau cakap dgn intonasi dia...dengan memek muka memang sapa dengar rasa geram jugaklah


Saya tak rasa yang saya cemburu, cuma saya rasa, sungguh dia tak sebulu dengan saya lagi


Sebab dalam kereta nak ke saujana putra hampir saya tidak bertanya apa2 solan pun pada dia, khusus tentang diri dia


Yang saya tanya cuma pasal hani dan hani, pasal interview


Nampak juga riak di wajah dia macam sugul..sebab apa tak tau saya


Nampak juga macam ada riak tertanya2 kenapa saya tak ajak dia balik rumah


Cuma saya ada tanya dia dah makan belum, kalau nak makan saya dah masak kat rumah


Tapi dia geleng tak mau, senang hati saya!


Lepas hantar dia ahad petang tu sampailah hari ni memang saya tak berhubung


Malah masa di penang dia balik ambil hani pun saya takde call takde sms


Semua perhubungan hanya melalui hani sahaja


Dan sangat2 bangga dengan diri sendiri sebab saya boleh melepasi tahap ni


Barulah saya tau bahawa saya memang boleh hidup tanpa dia


Tampa ada kebergantungan perasaan langsung


Dan baru terasa bahawa dia pun mungkin dah takde rasa apa pada saya


Tak berminat pun nak tanya apa2 pasal saya


Hari ahad ambil dia tu saya bawak sentra


Sengaja nak tunjuk pada dia


talde sebarang soalan, takde sebarang reaksi


Lihat keter sentra saya macam takde apa2 makna


Tapi mungkin dia perasan keter saya manual, takde harapan dia nak bawa


Dulu saya pernah cakap kat dia kalau saya beli kereta saya akan pastikan beli auto


Kan beberapa kali gaduh dengan dia saya nak beli kereta tapi tak jadik2 nak beli...


Lepas berbaik saya ada cakap, walaupun semasa gaduh nanti saya beli kereta, saa tetap ambil auto, sebab saya takkan sampai hati nak ketepikan dia


Saya kata juga, takkan kalau jalan jauh saya jer nak bawak keter, kalau auto bolehlah pak hj bawak sama


Tapi semasa gaduh kali ni nekad saya ambil juga manual, semua sebab saya memang nekad apa pun terjadi dia takkan merasa selama2nya bawa kereta saya


Saya rasa mesej saya sampai, mesej bahawa saya pakai manual sebab saya berniat memang tak banarkan sama sekali dia pakai kereta saya...selama2nya


Selain tu, dia pun tau barang2 dia malah sehelai baju pun dah takde kat rumah saya ni, nak mandi kan dia kena pakai kain kembang (yg saya jahitkan getah dipinggang)sehelai pun dah takde dalam simpanan, walaupun majoriti pakaian dia saya yang belikan


Sebab semua saya dah masukkan dalam bonet merc masa along datang hari tu


Memabuang (menghantar pada dia) semua pakaian dia juga membawa mesej bahawa dia turut saya buang, itupun kalau mesej saya sampai!


Bukan itu ajer, semua ubat2 dia pun saya masukkan dalam bonet, dengan botol2 madu, habbatus sawda'.....


Tiada apa lagi untuk dia dalam rumah saya, harap2 lepas ni dalam hati saya pun saya dapat singkirkan dia!


Cuma bagilah saya masa, bukan saya cakap pada anda semua


Saya cakap dengan diri sendiri


Saya perlukan masa


Perubahan perlukan masa


Masa untuk menyesuaikan diri


Masa untuk berfikir


Masa untuk merancang masa depan


Dan masa untuk memilih jalan mana nak dilalui selepas ni


Dalam kereta lepas hantar pak hj tu saya tanya (eh saya bagitau keputusan sebenarnya) pada hani sekali lagi


Ami dah buat keputusan nak cerai dengan ayah...so macamana, komen sikit?


"kakak tak kisah, terpulang lah pada ami"


So, takde apa nak dirunsingkan....mungkin itu permulaan dan petanda yang menunjukkan hani dah nampak jalan keluar....



Wassalam

4 comments:

Pnut said...

moga berjaya melepasi fasa-fasa yang sukar ini.

oren said...

hati kena tetap betui2 bila buat keputusan penting dan sebesar ini..

gud luck kak..

lynna said...

Best of luck, salwa.

MA said...

Harap yang terbaik untuk Salwa dan Hani.

Kalau boleh (ini nasihat ikhlas dari saya), leave Hani out of your marital problems ie jangan ajak dia berdiskusi/bagi pendapat etc - she is only 7 years old. Mungkin she is a bright little 7 y/o but she is still a kid. Takut terganggu jiwa dia secara tak sedar (refer the letter to her imaginary friend about kawin Cikgu)