Thursday, December 9, 2010

entry hal kerja jerlah

Assalamualaikum w.b.t



Sebab dah da kata putus dalam hati


Maka tak tau dah nak buat entry apa


Minggu ni tak sempat nak menghyati perasaan sendiri


Minggu ni agak blur sikit nak buat kerja


Rasa macam takde kerja pulak


Walhal kerja banyak, sajer buat2 bodoh macam xde kerja


Bila kita dah buat kerja tahap max terkejar2 tertelefon sana-sini


pastu pergi lak course seminggu (dua course) kehulu kehilir


Balik2 office terasa macam buat kerja rutin tu kcang sangat...


Isnin masing2 ada kerja urgent dapat tugasan minggu saya kat PD tu


mereka kena urus advertorial kat 5 paper


banyak kerja tu, nak bagi point, nak check draft pastu nak check layout, nak bekalkan gambar


Saya terlepas tugasan ni.....tak suka jugak sebab semua org sibuk saya agak melopong disitu


Advertorial akan keluar hari ni di 5 paper


Metro, sun, star, malay mail, nanyang...harga advertorial 5 paper ni boleh bikin tersedak dengar!


Hari ni 9 disember adalah hari pencegahan rasuah sedunia, disambut sejak 2003 oleh 129 negara yang tandatangani UNCAC...deklarasai membanteras rasuah


So, hari ni pun dijangka busy sebab akan berlangsung Majlis mendatangani ikrar membanteras rasuah oleh 5 dewan perniagaan di malaysia ni


Depan PM tu yg sibuk tu...punyalah payah nak dapat teks ucapan PM ni, sudahnya tak dapat...


So sidang media esok mesti gempak sikitlah sebab PM ada dan pengerusi2 Dewan Perniagaan tu semua ada...so esok PC on isu2 negara jerlah takdelah KP panas punggung kena tanya dengn wartawan isu2 rasuah..eh tapi kes khir toyo mgkin reporter nak tanya kot...nak tanya lepas ni sapalak high profile case yg nak kena charge sebab diorang syak charge khir toyo sebab nak pilihanraya..peerah...


Takperlah esok SU Akhbar dia bawaklah kot....


teks KP esok pagi2 baru dapat..KP bawak balik rumah cek...


Kali ni saya tak buat, dah ada cerdik sikit, skrg sapa anjur dia kena buat teks KP....korporat comm dah cukup sibuk...kalau suh buat teks bagi input okylah ni suh buat teks bagi memo..puan salwa yg pening nak fikir apa KP nak highlightkan....


malam esok ada malam sentuhan perasaan rohani manusia pulak....kat filharmonic yg saya cakap tu...


dari siang ada full rehearsal....so saya dari jam 12 ke sanalah jawabnya...


tapi sidang media takde kali ni, banyak sangat senangnya



Asalnya Agong akan datang, tapi minggu ni baru maklumkan agong ada hal....so cancel, banyaklah protocol punya kerja berkurangan


Tapi TPM akan ada (PM ada hal) dan 8 menteri kabinet juga ada


Tun mahathir dan tun abdullah juga ada


Ketua2 jabatan juga akan ada....


masing2 akan datang dengan pasangan


Sebab raaamaaaaiii snagat VVIP maka program ni sangatlah complicated


Part saya pulak banyak mudah


mula2 nak buat soft launch tapi KP tak izinkan, pastu nak buat sidang media pd malam berkenaan pun KP tak benarkan


Sebab banyak isu tau konsert ni


Sangat contra dengan usaha SPRM nak pulihkan imej dan persepsi


Korporat comm dah nampak benda ni awal dah


pastu boss2 saya slow talk dengan KP


Sebab buat kat filharmonic jer dah nampak macam something wrong somewhere


belanja sebenar kalau pakai tempat ni dengan jemputan2 yg ada tau berapa???


RM 700,000.00


Gila!


Tapi sebab penganjuran bersama petronas, so kami tak perlulah bayar sebesar nilai tu


Filharmonic ni bukan calang2 dewan tau....eksklusif gila...


petronas kan banyak duit....tu yg dia buat dewan dengan bilik2 kecil dengan bilik2 makan eksklusif berasingan...mewah sangat


Malam esok juga akan ada siaran langsung di RTM...


RTM seronoklah tak perlu prepare apa2 tiba2 dapat slot utk waktu perdana


so jangan lupa tengok okay


Patut xperlu siaran langsung, dah nama tertutup kan....lagi nak war2kan buat apa?


Lagi nak tunjuk SPRM buat kat tempat mewah dan gah apa motif?


Bayar artis berapa banyak tu??? tak salah saya M Nasir RM23,000 tau...rate aishah dan khadijah ibrahim pun semua lebih RM20K...


M nasir, khadijah ibrahim, ramli sarip, rabbani dll....


saya tak rasa kerja2 membanteras rasuah ni boleh dibuat menerusi lagu dan artis...


Entahlah...nak sentuh rohani manusia menerusi artis dan lagu...nanti ada jugak rabbani dan entah macam ESQ gitu...tapi berkesankan nak bago mesej jangan ambil dan jangan terima rasuah pada pemimpin dan ketua2 jabatan ni???


tapi dah kita ni macai jer...takperlah,,harap2 bila generasi baru memimpin SPRM nanti takdelah benda2 mengarut gini timbul....saya harap generasi baru ni akan pastikan pendekatan pencegahan rasuah, perisikan dan sisatan gunakan pendekatan lebih hebat, proaktif dan progressive...jemulah kaedah macam ni...


Kalau saya bosan masyarakat lagi bosan kan


Dan RTM juga catat sejarah


Sebab first time dapat mencemar duli ker filharmonic


mana pernah dapat masuk walaupun banyak kali cuba dah...


Petronas tak benarkan sebab dewan tu eksklusif katanya


dan persembahan kat situ kebanyakkannya tertutup dan berbayar


So kali ni agaknya sebab nama SPRM petronas benarkanlah...tu yg xsyok tu...


saya masuk dewan ni pun rasa macam hishhh...sesuai ker SPRM buat tempat gah macam ni


bukan ker patut raikan hari pencegahan rasuah ni kena pergi ke akar umbi


kena buat something yang dekat masyarakat


Saya ni hampir letih setiap hari melayan soalan2 panas kat FB SPRM...cuba gi tengok...


Tak larat jawab secara rasmi tepaksa bukak akaun2 lain utk cover line tolong jawab bagi pihak sprm...walhal saya lah jugak yag jawab dua2...


masyarakat ni kalau boleh semua bidang nak sprm masuk siasat...


walaupun tak percaya dengan sprm tapi tetap juga mereka datg dan harapkan sprm bantu


masalah pendatang asing pelacur melambak2, masalah jenayah pistol seludup, masalah dadah, masalah pusat judi tak berlesen, masalah kemalangan, masalah projek tak siap, masalah bangunan runtuh, masalah diesel subsdid, masalah lesen memandu palsu, masalah curi pasir...kalau boleh semua tu dia nak sprm selesaikan


Walhal semua2 tu ada pihak berkenaan yang handle, ada PBT yang punya bidang kuasa ada PDRM punya skop...tapi semuanya dibantai SPRM..semuanya dikata SPRM tak buat kerja tu sebab masalah dalam negara berleluasa....


memang diakui sebahagian besar masalah ni ada kaitan dengan rasuah...aad unsur rasuah di tempat2 yg ada ruang dan peluang rasuah..tapi mana agensi penguatkuasaan masing2 tido ker, tak buat kerja ker??? pasir, diesel subsidi, pendatang asing...ramai dah sprm tangkap siap dengan operasi khas lagi...bila SPRM advance sikit mulalah semua masalah nak sprm selesaikan...walhal dalam banyak keadaan sprm membantu agensi berkenaan, tapi at the end masyarakat nampak seolah2 tu tugas sprm...macam one man show pulak...


Tapi tulah nak jawab ikut hati kat FB tu memang boleh tapi jadik isu gaduh plak nanti


saya ni takdelah reti mana nak jawab tapi mujurlah rapport tu agak ramailah jugak


ada jer yg saya tak tau terus sms geng2 terutama hal undang2 ni


tadi dah taip banyak pastu saya gi buat benda lain siap tukar akaun pulak...


pastu masuk sini balik sambung taip...publish post rupanya dah sign in akaun lain lor...


So apa yg ditaip hilng begitu sahaja...nanti2 lah saya citer balik...tergantung lak


kesimpulann entry yg taip tadi, saya ada tanya soalan, saya rasa sekrg ni saya dah gila kerja, agaknya kalau menjanda nanti tentu beginilah gaya hidup saya, apa lagi saya nak buats elain kerja yer?


dah tentu2 Hani takde, keseorangan jer dah tentu kerja jadik peneman setia...mungkin saya boleh tingkatkan amal tapi selain tu apa lagi saya nak buat??? So boring lah hidup saya tanpa keluarga....maksud saya suami dan anak....dah macam gaya anak dara tua pulak...



Wassalam

No comments: