Saturday, December 4, 2010

Biarlah gantung tak bertali, sampai ada orang lain datang bagi tali baru?

Assalamualaikum w.b.t


Ilham tajuk tu datang secara tiba2


Rasanya agak tepatlah jugak dengan situasi saya ni


Gantung tak bertali tu mungkin tak tepat sangatlah


Tapi apa lagi nama yang tepat keadaan macam ni?


Ikutkan secara lahiriahnya memang saya ni ke arah tulah


Saya agaklah trend pak hj dia memang suka gantung isteri-isteri macam ni


Mungkin dalam hati dia, dia nak ceraikan isteri


Tapi dia nak isteri tu yang ambil tindakan dulu


Failkan penceraian, dia taknak nampak dia yang nak ceraikan


Apa motif?


tak tau!


So, kes saya ni saya pulak malas nak failkan


Macam takde desakan


Tapi hakikatnya saya merasa yang saya ni macam digantung tak bertali jugaklah lebih kurangnya


Tak bagi nafkah~ zahir (jauh sekalilah), batin (nampak2 gaya macam tu jugaklah)


Ikutkan dah layak dah mohon cerai, malah boleh ajer mohon fasakh


Tapi pada masa ni takde desakan langsung


Desakan dari dalam hati


Sebab?


Sebab saya dah merasa macam terlampau terbiasa, takde tekanan dan tak stress


Kalau isteri biasa....


Dia tentu sangat tertekan kalau suami tak balik lama


Tapi saya dah terlatih ditinggal suami 40 hari, bukan sekali dalam setahun keluar 40 hari


Tapi dalam setahun dia akan keluar 40 hari x 3 kali = 120 hari @ 4 bulan


So, ditinggal sendiri tanpa suami tak jadi isu baru!


Tu tak masuk keluar 3 hari setiap bulan, keluar pulak 10 @ 15 hari!


Dan yang wajib adalah ditinggal pada hari bukan giliran dah 10 tahun pun lalui


Bagi anda yang baca ni ditinggal suami seminggu adalah malapetaka besar!


bagi saya...ek eleeehh tu pun nak kecoh?


bagi anda menjaga anak sakit, membeli groceries, keluar jalan/makan harus dengan suami


bagi saya, kalau dia ada tu seribu rahmat, kalau takde lagi bagus jimat duit haku tak payah bayar dia makan


bagi anda memasak dan menjamu suami dengan air tangan sendiri satu nikmat


bagi saya, sebab tempoh masa dia lama takde kat rumah saya senang ati, maka bila dia ada nak kena keluar duit tambah, nak kena keluar tenaga lebih nak kena layan dia dan semuanya hanya sehala (saya sahaja) maka bila dia takde saya boleh jimat tenaga, duit itu saya lebih suker!


tak jadi beban sangat isu dia takde


malah kadang2 suka pula


Maka, kesimpulannya dia ada atau dia takde tak jadi isu dah pada saya


tanggungan beban perasaan dan tekanan emosi tempohnya telah berlalu


Kini saya tak taulah kenapa saya boleh melepasi tahap tu


Agaknya emosi saya dah mati dan perasaan saya dah kering!


Cuma jadi isu, hani dah status


hani, penyelesaiannya bila dia dah matang sikmit agaknya


Status tu pula kalau ada pengganti suami mungkin saya sedia lepaskan status isteri ni, sekejap jer lepas tu boleh kawin lain...bunyi macam over tapi saya tak harap hidup menjanda sebab saya tak rasa saya mampu menghadapi cabaran menjanda...macam insan2 lain...dan saya kagum dengan mereka yang menjadi ibu tunggal dan bersabar terus....


saya kuat hati semangat jiwa dalam menempuh dugaan rumahtangga tak bermakna saya juga kuat semasa menjanda (setiap orang ada kekuatan dan kelemahan tersendiri, saya tau saya duduk ditahap mana)


Jadi, biarlah status saya nampak macam digantung tak bertali tapi ada suami sesekali


Biarlah saya tak menerima apa2 nafkah asalkan anak saya ada ayah dan ibu pada masa sama di satu tempat walau tak sekerap mana



Saya istikharah juga namun tak bertemu jawapannya...


Pagi ni hani akan interview untuk masuk madrasah


Kalau berjaya 2@3 minggu lagi dia akan saya hantar ke Penang...


Rasanya buat masa ni tindakan ni jerlah yg saya dapat buat


nampak macam lepas tangan tapi hakikatnya lagi berat tanggungjawab saya


nanti2lah saya cerita apa dan kenapa saya ambil keputusan ni!


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul


Update: subuh2 pak hj dah sms bagitau hari ni sessi interview takde pulak, esok baru ada.


makanya, dia stay sehari lagi di Penang, esok pagi akan interview, lepas interview terus dia akan hantar ke Putrajaya.


Dan saya nak declare kat sini, saya dah bendera merah dan saya tak rasa apa2 pun walaupun pak hj balik esok hantar hani, dan mungkin saya boleh 'bergembira sedikit' sebab dia ada bolehlah saya buat 'apa-apa'...tapi Allah bagi saya rasa yang berbeza membuatkan saya suka yang amat sebab saya tak kecewa, geram @ marah.... saya dah jadik normal macam orang lain, no more 'penasaran'....HARAP MAKLUM!

Wassalam

5 comments:

kakLuna said...

saya tau akak kuat dan luar biasa. lain drpd yg lain. akak tau yg mana angin yg mana ribut yg mana air yg mana lumpur. kalo perlu lalui apa jua keadaan akak lalui je. mmg betul tak semua org boleh jd mcm akak. akak ni ibarat org dulu2 yg tak kisah keje membanting tulang, membesarkan anak2, penat dan letih tidak terperi. cuma org dulu2 penat tang fizikal. org skrg tang mental.

setiap pengorbanan akak sy yakin ada balasannya yg baik dr Allah SWT dlm bentuk yg tak disangka2!

Hanisumayyah said...

Luna,

Entahlah nak kategorikan kuat pun tak layaklah...orang dulu2 yerlah betul kuat, akak ni lebih pada dah immune, kita hari ni takde susah hati fikir esok anak nak makan apa, nak pakai apa....semua dah tersedia...susah hati fikir laki takde jer...mungkin mak akak dulu hidup susah, kena kerja, dapat suami garang...jadik suami bermasalah tak jadik hal sangat agaknya pada akak....

Pnut said...

apa pun Wa, moga wa terus kuat dan tabah, dalam menghadapi setiap ujian yang mendatang...

mungkin ini masanya wa boleh tumpukan lebih pada emak pulak, mungkin ini hikmahnya..

Maryam said...

kak wa,
masa pak haji berpisah dengan mak iza dulu macam mana? siapa yang ambil tindakan untuk bercerai? just tanya...

NANI SHAHABUDIN said...

ada orang terlalu mengagung-agungkan suami and they feel suami tu milik kekal dorang.
kalau Wa boleh rilek hidup mcm ni, tak da bebanan mental...good for you.
Masing2 ada habuan sendiri.