Wednesday, February 29, 2012

Anna the queen

Assalamualaikum wbt


Kan saya cakap start tahun 2012 ni unit saya distruktur semula

Maka dapatlah saya sepatutnya 5 orang baru

Tapi sorang taknak naik (tingkat 7) jadik 4 jerlah

Dari 4 ni 3 perempuan

Yang sorang lelaki itu telah dikenalpasti sebagai kaki bodek

Nak bezakan kaki bodek dengan yang tak ni senang jer

Okay, ni hipotesis saya base on pengalaman kerja 12 tahun ni

Kaki bodek ni, dia akan tunjukkan prestasi kerja dan produktiviti base on utk siapa atau arahan siapa sesuatu kerja tu

Kalau arahan pegawai atasan yang ada kepentingan dan keperluan untuk dia lebih maju dalam kerjaya

Maka dia akan buat dan berusaha bersungguh-sungguh buat kerja

Menunjukkan yang dia sangat sibuk dan akan mewar-warkan kepada rakan lain betapa pentingnya sesuatu kerja tersebut, dan juga betapa pentingnya dia

Tapi kalau kerja tu arahan atau permintaan dari rakan yang sama rank, dia akan buat kerja oada paras biasa

Melewat-lewatkan, dan kalau boleh buat tak tau jer

Orang ini juga akan cuba grab kerja yang dijangka paling 'hebat'

Yang mana impaknya bolehlah jadi 'bahan' dia utk jangka masa panjang

Kalau boleh citer 'kejayaan' kerja dia tu dalat disebarluaskan pada skala lebih besar

Contoh kalau ada urusan nak interview beberapa tokoh, dia akan pilih tokoh paling hebat

Kalau ada menteri, dia akan pilih menterilah...

Camtulah......cara2 kerja kaki bodek ni

Ni hanya pengalaman depan mata saya

Dan satu lagi point, apa sahaja kerja dia akan melapor.... Pada boss, akan pastikan dia dapat credit....

Dan pegawai lelaki ini adalah spesis kaki bodek yang saya gunakan sebagai subjek kes ini

Tapi nampaknya sekarang dia ada berubah sikit,

Ruang pembodekan tak berapa nak jalan kat unit saya ni

Sebab unit ni, kau kena fikir, kalau kau pandai cakap sahaja adalah tak guna satu sen pun

Contoh soalan dalam meeting dengan KP pagi2....

Okay, apa analisis awak dalam blog malam tadi, macamana respond dari bloggers dan media2 online..?

kalau kau bodek sekalipun, tapi knowledge takde tak guna

Sebab KP dah analisis dulu, apa kau cakap kalau contradict memang terserlah kebodohan kau

Maka bila soalan tu dilontar oleh KP, memang dia akan sebut nama saya dan pandang saya dulu

Sebab i bukan kaki bodek, i akan cakap aoa yang i rasa...

So kaki bodek susah nak carik makan sikit...

Tapi anna ni bukan kaki bodek

Dia tak kisah pun nak bodek-bodek ni

Anna (bukan nama sebenar) tak tau nak kata kaki apa...

Dia datang dari satu bahagian lain dalam agensi saya ni

Sebelum dia datang, nama dia telah disebut2 oleh boss lama

Saya dah buat homework siapa dia ni, dan feedback saya dapat dia memang jenis xblh terima arahan

Cara dia xmacam gred 29, tapi macam gred 54

Giler lah....selamba boleh marah gred 48

Dia buat surat pertukaran untuk masuk siasatan, senab dia rasa dia suka buat kerja luar

Suka tangkap orang, suka interrogate orang, gamaknyalah

Walhal dia tak tau cabaran kat siasatan lagi hebat

Kau sanggup baca dokumen melambak2

Kau sanggup rekod statement berjam-jam

Kau sanggup compile KS, sediakan fakta kes, derafkan pertuduhan

Saya rasa memang tak bolehlah, kertas siasatan (ks) sprm bukan nipis, bukan saksi satu dua

Jenis saksi melambak, dokumen melambak, memang jadi io kena fikir banyak

Dia datang dengan otak zero, knowledge takde, law blur

Memang akan fail juga di siasatan

Entahlah, susah nak bentuk orang yang berlagak pandai

Tak mau terima arahan, taknak masuk pejabat sebab stress kononnya

Sedangkanbuat kerja, buat satu oress release pun dari pagi ke petang xsiap2

Camana saya nak suruh dia buat sesuatu yang heavy

Tapi entah macamana dia dimasukkan ke unit komunikasi korporat

Betul2 keparat

Terkejut saya mula2 dapat tau dia masuk unit saya

Tapi fikir positif, setiap orang boleh berubah, so no hal saya nak ajar dia

Tapi dia taknak berubah, dia jadikan macam2 alasan tak nak buat kerja

Kelur suka hati mak ayah dia

Kemudian boss bagi dia buat admin

Dia claim kata dia pegawai khas boss saya

Hamboi!

Pastu pegawai lain suruh buat tugas, dia kata tak boleh

'saya buat tugas2 untuk tuan azmi jer, untuk orang lain buatlah sendiri'

Kau gaji gred 29, tapi nak buat kerja2 setiausaha jer, elaun siasatan kau hambik

Pulak tu untuk boss gred 52 yang lead satu unit ada 7 pegawai

Apa kelassssss?

Bila saya mula nampak ketidakelokan sikap dia, dia mula tak masuk pejabat

Pergi ke doktor kata kemurungan

Perlu ambik ubat

Mc pulak

Anna ni memang pengalaman hidup dia tragis

Bulan jun last year dia kawin, umur dia dah 33 tahun

Terlewat kawin lah

Peg bahagian dia juga yang jalankan

Dengan peg bank rakyat

Sebeluma kawin dia naik keter honda civic baru

RM 138k, duduk kondominium sewa RM1,200 k

Dia baru masuk kerja jer setahun

Memang musykik kenapa boleh duduk kondo, keter civic

tapi kalau kau family kaya no hal, terpulanglah

Malas nak campur personal

Bulan november, lepas 5 bulan kawin suami dia kena stroke

Koma 2 minggu, meninggal

Lepas dua minggu suami dia meninggal, anak dalam kandungan 2 bulan keguguran

Memang kesian sangat

Sangat kesian

Itu sepatutnya kita rasa pada dia kan?

Tapi kami semua terpaksa rasa sebaliknya....

Rasa kesian asalnya tenggelam,

Rasa lain pula yang muncul...

Wajarkah dia dikashani??

Nanti saya sambung ek...

Nak siap2 gi kerja..


Wassalam

No comments: