Tuesday, February 7, 2012

Untuk makluman sahaja

Assalamualaikum w.b.t



Rumah mak saya dah siap sepenuhnya.

Hanya proses menghiasnya shj skrg

Saya berasa bangga kerana saya mampu menguruskannya

Walau saya seorang ibu tunggal

Bekerja jauh dari rumah yg sedang dibuat tu

Tapi takdelah banyak sangat masalah yang timbul

Tipu lah kalau takde masalah

Dengan saya takde pengalaman buat rumah langsung

Banyak cerita, kerenah dan masalah yang tidak dijangka

Harus sentiasa bersedia, bersedia dengan duit sebenarnya

Keseluruhannya saya masih perlukan anggaran 10k

Sebab ada beberapa benda yang saya tak dapat buat

Sebab kekangan bajet

Tiles, longkang keliling rumah, kitchen kabinet, unit gantung

Kabinet unit dasar sekadar basic sahaja, belum berpintu pun

Ruang belakang saya cadang nak tambah tempat lepak2

Juga ditangguhkan

Saya hanya dapat buat beranda depan sahaja

Tu pun tanpa tiles dan tanpa tembok

Perancangan kemudian, jadi bajet terpaksa ditambah

Serius, saya bajet rumah mak saya dalam anggaran 45 k sahaja

Yerlah setakat untuk mak saya duduk seorang

Sesekalimsaya dan hani balik

Memang takde niat nak buat beriya-iya

Tapi tukang nasihatkan gitu gini

Mula2 cadang batu pasir putih tu jer

Tapi tukang nasihat, nanti rumah retak, panas

Better guna batu bata merah, rumah sejuk, tegap dan ta retak jangka panjang

So ikutkan jerlah mana yang baik

Then rasa kecik sangat, tambah lebar dua kaki tepi

Sekaki dia charge 2k, dah tambah baper situ

Asalnya saya buat 20x40 kaki

Memang kecik jer

Tapi lepas tengok contoh2 compact house dlm plan di internet

Rasa ruang tamu kecik sangat

Sebab saya dah bayangkan sofa leather saya 1+2+3 tu

Memang sempitlah kalau bukak ruang tamu sempit

So jadi 22x40, masih jauh sangat banding rumah semi d saya,

35x75, rumah dulu2 kan, memang lebar dan panjang

Tapi syukur jerlah....dari cadang buat kecik, sebagaimana ilisi saya

Akhirnya jadi rumah yang agak besar dari bayangan

Tegap pulak tu nampak dari liar rumah tu

Masih ada space kat belakang untuk buat satu bilik lagi, utk saya

Jika hani kahwin nanti dan ambil bilik master depan tu

Kena fikirkan juga, bagilah hani laluankan, bilik depan tu ada attach bath room

Hani tak tengok lagi rumah yang dah siap sepenuhnya tu

Percayalah dalam pejam celik baca blog saya dari hani baby

Sekelip mata jer nanti saya bakal terima menantu.....

Untuk seluruh rumah saya oasang tikar getah jer sekarang

Tu pun mak saya dah cukup suka dah

Yerlah dah berapa tahun idam2kan

Hidup dia pun nampak ceria sekarang, sejak Amna ada

Kan budak kecik baila lahir akan bawa kegembiraan

Saya pun tumpang sama, suka sangat tengok amna

Dah berapahelai baju dah saya belikan

Insyaallah ada rezeki nanti saya akan belikan macam2 untuk dia

Sebab anak sedara yang lain, semua membesar jauh, kan diorg duduk di johor dulu

Amna lah yang pertama lahir di kampung

Teruja sangat, walhal dalam ramai2 amna lain rupa dia, krg comel, kulit gelap

Minggu. I saya terpaksa balik lagi, nakbawa dapur dll

Nak jahit langsir juga

Setakat ni langsirmemang dah pasang

Saya ambil rumah seremban punya

Eh sorry yer saya cerita lompat2

Cakap pasal rumah seremban

Dah 2 bulan kosong

Jiran sebelah yang bercantum rumah dengan saya tu berapa kali tanya,

Tak cukup dengan tanya, sms pulak

Dia nak sangat beli rumah tu, anak dia 6org

So kalau beli jadik banglo 8 bilik lah

Memang sesuai sangat

Dia plk renovate rumah tak tinggalkan tanah, semua dah pasang tiles

Saya pulak tanah lias lagi

So memang dia berhajat sangat2 nak rumah saya tu

Apa pandangan anda? Wajarker saya jual?

Jiran sebelah lagi pulak kata jangan jual

Dia suruh buat homestay

Katanya mesti ramai nak, sebab rumah saya tu area taman2 org melayu semua

Jenis anak dah besar2, masing2sedang proses kahwinkan anak

Better buat homestay katanya, ada jugak benaranya

Sementelah saya memang ada pengalaman kan?

Tu yg sedang saya fikirkan ni

Asalnya mak ambik perabot seremban transfer melaka

Tapi saya fikir2 tak jadiklah

Barangbseremban agak besar, sofa besar, katil super king

Almai pakaian pun agak besar utk bilik kat rumah melaka yg kecik

Better saya beli lain di melaka, yang size sedang2 sesuai utk mak saya dan saya

Sebab saya bukan nak duduk tempoh lama, sekejap2 jer

So better ruang tamu saya beli L shape jer

Bilk emak super sngle dan bilik saya queen

Save ruang

So homesta seremban saya dah bincang dengan iza di asetuju jadi runner

Kalau saya tak sempat turun dari putrajaya

In case ada keperluan segera

So gituler citernya....



















Sebenarnya akhir-akhir ni mmg Wassalam

2 comments:

Irfa said...

emm pelaburan jangka panjang rumah kat seremban tu..mesti la ramai yg nak beli

gembiranya kalau dapat buat ibu ayah gembira..sama macam kak wa.
dapat gembirakan hati mak

Maryam said...

yg perlu 10k lagi tu, slow2 la kak wa.. siap yg basic tu pun rahmat.. ada rezeki nanti, lengkapkan mana yang lengkap tu.. :)

suka tengok kak wa hepi..