Tuesday, February 21, 2012

Kenapalah asyik berkenan kat suami orang?

Assalamualaikum w.b.t


saya rasa saya tau jawapannya

Sebab saya suka lelaki matang

Saya suka lelaki yg knowledgable

Saya tak suka lelaki suka main-main, gurau2 tak kena tempat

Saya suka lelaki yang pandai calap, yg berisi percalapannya

Telah kucuba menyukai lelaki yang seusia dan xjauh beza

Maksud saya bukan saya cuba mengurat,

Tapi saya cuba mencari x factor dalam diri orang tu

Tapi memang tak boleh masuk

Tak boleh masuk dalam erti kata memang tak boleh

Setakat mencuba berborak pun saya rasa tak mencapai standard saya

Bukan tinggi mana pun saya punya keperluan

Dulu zaman muda-muda saya boleh masuk dengan orang 40 an

Sekarang bila saya dah 30 an automatik saya hanya boleh masuk dengan org 50 an

Saya cuba juga berinteraksi dengan pelbagai lapisan pegawai di pejabat saya

Alah, kan majoritinya lelaki

Memang sah kalau pegawai tu 40 an saya rasa macam ada gap

Takdelah rasa sampai tahap nak berborak secara serius, atau nak bertukar pendapat

Tapi kalau yg 50 an majoriti saya boleh masuk, melainkan orang tu jenis sengal

Ataupun memang tak ikut arus langsung

Tapi kalau umur 40 an saya tengok jugak, kalau jenis level dah tinggi saya boleh masuk

Kadang saya pelik, saya ker yang advance sangat?

Atau saya menuakan diri sebelum waktunya?

Tapi bila saya fikir maybe sebab environment kerjaya saya sekarang

Membuatkan perkara begini berterusan

Mana taknya, perbualan, pemikiran saya sehari2 seputar boss besar, rata2 50 an

Interaksi pun dengan orang2 50 an

Jadi jangan salahkan saya kalau saya tersuka dengan pakcik singapore yg umur 50 an

Sangat selesa bertukar pendapat dan sangat selesa meluah masalah kerja

Dia boleh beri motivasi dan boleh juga kongsi jalan penyelesaian

Dan saya cabar diri berkawan juga dengan seorang duda umur 43 tahun

Tak memeranjatkan langsung, umur 43 tahun adalah tidak memenuhi cara berfikir saya

Sekadar boleh berkawan, tetapi bercerita dan berkongsi masalah adalah tidak boleh

Dan saya lupa ada seorang lagi kawan lama saya di Kelantan

Saya rasa harus sebaya @ lebih tua dari pak hj kot

Juga sering mengirim sms kepada saya

Asalnya pembaca blog saya ini juga

Pernah mengirim buku agama untuk bacaan

Juga saya boleh bertukar pandangan dan berkongsi cerita

Sebenarnya, saya memang sunyi hidup sekarang

Tanpa hani

Tapi ada kawan2 jenis ini yang menemani, bertanya khabar

Sedia memberi nasihat dan juga tau batas perbualan dan pergaulan dengan saya

Yang buat hidup saya sedikit bermakna,

Alhamdulillah....allah mengutus orang yang baik2 untuk temankan saya dari jauh

Pakcik singapore sungguh jauh, tapi peranan dia besar juga dalam hidup saya sekarang

Biarkanlah hajat dia nak beristerikan saya tu Allah uruskan

Pihak saya, serah pada Allah

Peranan dia bersolat hajat...untuk lembutkan hati saya dan isterinya

Terpulanglah pada dia

Hati saya pun dah lembut sejak akhir-akhir ini

Tapi hati jer lembut, dan emosionally pun terkesan juga

Tapi mental fizikal sangat tak bersedia dan menolak buat masa ini, itu saya jelaskan

Apa-apa sahaja berkaitan poligami, serik teramat

Maka saya katakan doa sahajalah kepada Allah, jangan minta dengan makhluk

Malahan dia mengoffer untuk support belanja hani (yuran) madrasah

Supaya saya cepat ambil hani bawa sini sebab mendengar saya yang asyik sunyi dan sedih

Menitiskan air mata kerana hani

Sekadar sedekah, amal jariah katanya....

Saya menolak dengan baik....saya masih mampu dan saya enggan terhutang budi

Kelima-lima anaknya juga dihantar bersekolah madrasah di Singapore

So, dialah penyokong kuat supaya saya teruskan persekolahan hani di madrasah

Sekadar perkongsian perasaan saya dengan kawan2 yang saya anggap paling rapat

Dan paling tau tentang sejaran hidup saya lebih dari emak dan adik beradik....

Itu sebab saya coretkan di sini, tanpa prejudis, sekadar salah satu dari lipatan hidup saya...


Wassalam

3 comments:

Jiji said...

saya rasa akak ni perlukan father figure dlm hidup akak.. instead of husband hehe

Irfa said...

emm//setuju ngan jiji
mungkin sbb akak dulu pun tak rapat dengan ayah.maaf ye saya komen cam ni.sekali fikir adakah hani juga sama macam akak nanti..

apa2pun all the best to you kak wa

Hanisumayyah said...

Yerlah kot....tak terfikir pulak....