Saturday, February 25, 2012

Zam steamboat lagi...

Assalamualaikum w.b.t


Selepas tulis blog pasal zam tu dalam hati memang cuak

Teringat pesanan-pesanan kawan-kawan blog

Semua pesanan tu ada betulnya

So sangat berhati-hati

Kejadian mejar tak guna segar dalam ingatan

Gila apakah nak ulang perkara sama?

Oh noooooooo!

Belum genap setahun pun saya 'menjanda'

Takkan nak pasang jantan ramai2 dlm hidup

Tapi lepas sms nak jumpa tu saya ada sms juga tanya kenapa nak jumpa beriya2

Tapi dia beriya-iya juga nak jumpa face to face

So fine

Saya ingat xde masalah anytime boleh ke steamboat dia makan2

Tapi dia dah xjual steamboat lagi katanya, xleh cover

Kos sewa naik jadi RM100, sedangkan sehari dapat 300-400

Beli barang dalam 200

Dia kata ada benda urgent dia nak jumpa, tak boleh bincang dlm hp

So semalam saya balik seremban

Saya kata okaylah saya boleh jumpa masa saya otw balik seremban after office hour

Before that saya call dia tanya betul-betul apa dia nak why nak jumpa saya

Pasal bisnes katanya

Agak2 dah puas hati saya pun bincang dengan laila anak buah di pejabat saya tu

Dia kata takperlah pergi tegok jer puan,

Malah dia nak temankan tapi xdaya sebab ada urusan lain

Saya memang suka cabar diri buat sesuatu yang saya xpernah buat

Over.....gelodak jiwa begitu kuat nak tau sejauh mana dia nak heret saya dalam masalah dia

Itupun jika ada, dan saya jangka dia memang dalam masalah

So semalam otw balik seremban, saya singgah di jalan semenyih

Area apartment Damai mewah, Kajang

Jumpa dia dan dia pun cerita apa kehendak dia...

Nak pinjam seribu katanya...

Dan saya borak panjang dengan dia

Akhir kata saya,

Jangan minta dengan makhluk, minta dengan Allah

Solat hajat dan mohon allah dorong sapa2 untuk bagi awak pinjam duit itu

Hati saya pun allah yang pegang

Keputusan saya taknak tolong awak pun atas kehendak allah

Dia terima kata-kata saya dan tidak pun rasa kecewa

Okay biar masa menyelesaikan masalah dia....

Kesian.....tapi tidak akan terjebak lagi



Wassalam

3 comments:

dayangbest said...

yeay for kak wa!
amboi, senang je kan nak minta2 duit kat orang x kenal sangat?-___-

MA said...

Well done!

See? In time Salwa akan faham kelentong jantan-jantan tak guna macam ni dan trick-trick kampung yang diorang akan gunapakai untuk memperdayakan pompuan. Jangan terjebak lagi.

Insya Allah suatu hari Allah akan dorongkan a nice person for you.

Zareda Norman said...

BINGO!!!.. ahhah kan betul mesti nk pinjam duit kan..

kak zar pun dah lamaaa serik bab bab nak bagi pinjam duit ni.. niat kita ikhlas nak tolong alih alih kita dikutuknya.. so good for u salwa.. jangan terjebak lagi ok