Tuesday, February 14, 2012

Penganiayaan?

Assalamualaikum w.b.t


Tajuk 1 : kerja, takyah baca kalau xsuka, penuh aura negatif tu
Tajuk 2 : pasal rawatan sakit saya


KERJA

Saya rasa saya telah ditimpa kes penganiayaan

Dalam kerja

Ada istilah lain tak?

Maksud saya, saya teraniaya kerana saya pandai kerja

Bukan pandai sangat tapi saya yang biasa dan tau

Jadi kerana saya telah menunjukkan kepandaian

Maka bila ada keperluan terhadap kerja tersebut maka sayalah yg dituding jari

Kerja rutin sehari yg hakiki saya memang abuat berita, sunting berita

Buat press release, buat tipping point dengan media

Jawab and layan reporter, editor

Yg ni mmg saban hari dapat panggilan

Tipping point tu macam satu kes tu macam kecik tapi kita jadikan dia besar

Macam kes charge rasuah di wilayah iskandar

Charge sime darby, kes doc veterinar tipu naik pangkat

Kes tabung haji baru2 ni

Sayalah perancang kepada memasukkan berita tu awa sebelum di charge

Katalah seminggu @ 3 hari sebelum charge

Saya akan buat story dengan rahsiakan nama tertuduh

Hnya dedahkan modus operandi dan sedikit fakta kes

Saya akan feed beberapa reporter yg boleh dipercayai utk carry issue tu

Esoknya beberapa reporter lain akan follow up dan saya akan feed lagi input

So lepas 2,3 hari kes tu terdedah di akhbar, tv baru....barulah sprm akan charge

So impak dia lebih besar dari tanpa angin tanpa ribut tiba2 sprm charge

Kita nak tunjukkan sedikit kecekapan

Timbulkan gelombang dalam masyarakat membicarakan rasuah berkenaan

Baik kes wilayah iskandar, tabung haji dan bbrapa kes

Agak berjaya timbulkan gelombang tu

Bagi sapa2 yg ikuti kes tu lah

So saya memang dah ada rangkaian editor, reporter yAng dalam tangan saya

At any time mereka memang dahaga input

Tapi memang pening sikitlah kerja ni

Saya kena liase dengan pengarah siasatan, pengarah operasinkhas dan pengarah perundangan, pendakwaan

Dapatkan fakta kes, olah, tapism dapatkan green light dr dato SFC

Baru saya boleh feed reporter

Sabtu ahad pun buat kerja ni kalau nak keluar hari isnin

Memang perit lah sikit

Banyak peringkat tapisan, sebab lepas edit, saya email balik pada top management

So setakat ni saya yg lead dan buat semua ni

Saya juga yg deal dengan negeri, cawangan tentang seluruh berit, pertuduhan, keputusan satu malaysia

Dapatkan fakta daai dpp, IO, PO,....

Pendekata semua tau saya buat, Semua bermula dengan O asalnya

Saya dateam saya bina rangkaian ni

Kami belajar dari kesilapan

Kmi yg bina hubungan dengan media

Kmi yg susah payah dari mula

Maka kami rasa jerih payah

Dn kami banyak belajar

Bukan datag2 lead UKK kami terus pandai

Memang tough sangat2 kerjaunit saya

Tapi kami 4 org sangat cekap, buat semua

Masing2 dah tau peranan dia

Saya, miss sinar, miss yip dan multazam saling melengkapi

Sya boleh jer lead dengan hanya 3 org di bawah

Pada masa sama semua meeting penting saya perlu hadir

Portal SPRM undder kami, youtube, twitter, facebook

Semua kami yang uruskan

Takde bising, takde eryikaian, okay jer

Tapi lepas KP agak kecewa kerana saya takde kemahiran melapor pada dia

Masuk orang baru 5 orang

1 gred 52

2 gred 48

2 gred 29

Tapi masalahnya masing-masing ztetap anggap saya yang perlu buat semua

Sebab saya dah tau

Sebab saya pandai buat semua

Sebab saya yg tau hujung jai camana nak buat

Macamana nak mulakan proses menyediakan press release

Kerana saya kenal orang2 di state

Kerana sayabiasa deal dengan dato2

Oh yer boss?

Boss memang main peranan

Main peranan melapor, apa dia buat apa kami buat semua dia lapor

Bodek eh?

Bila tiba tag kerja....balik2 saya

Balik2 saya

Tak bolehlah saya takde kat pejabat

Kecoh

Pergi klinik dua kali, balik yengahato pun dia suruh saya masuk pej juga

Tak yah cuti babe....tu dia balas sms bila saya nak EL

Pandai kau ambik ati aku eh....

Hari ni mc, call jugak suh datang pejabat

tak hingin haku

Kerana saya jer yg boleh buat teks PM, KSN kononnya

Waha aku terkial2 juga carik input

Aku tak tau juga apa ada dalam kepala PM, kepala KSN

Tapi aku buatlah research apa event tu

Apa benda baru idea baru dia suppose tu cakap

Bukan aku pentik jari idea datang

Bilacakap denganboss bagi.ah kat tuan xxx tu

Dia kan 48 jugak, lebih senior, gaji lebih banyak dari saya

Tu kira tahap geram sangat dah tu..

Boss boleh cakap, 'ala dia tak mampu'

You jer yang saya yakin ble buat ni....

Mangkuk hayu betullah

Ingat aku robot ker hapa

Memang rasa teraniayalah

Miss sinar memang dah sakit ati dah dengan ada lertambahan 5 orang

Tapi masing2 taichi kerja

Semua nak senang

Yg sorang gred 29 baru masuk start januari dah surrender

Nak balik unit lama dia

Tak tahan banyak kerja katanya

Walha, saya baru suruh dia buat kerja2 admin jer

Suruh buat press release hancus

Press reelase pertudhan/ keputusan jer

Bukan suh buat story cover event lagi tu

Da give up dah?

Bguslah saya tak suka ada aura negative sekeliling saya

Kau tak minta kerja baik kau blah

Kalau kekal tapi xdapat ikut aus memang kau akan tertinggal

Style saya sapa na kerja saya ajar sunguh2

Tapi mulut saya memang siap lah

Apa saya suruh buattali dia tak buat

Direct saya sound, kalau u simpan buat pekasam baik tak payah buat...

Sya cakap memang pedas, tapi time makan/minum kami gelak2

Profesionallah

Ni simpan dalam hati......ahhh malas nak layan


PERIODONTIC

Start next week saya akan dapatkan rawatan sehari dalam seminggu

Rawatan periodontik - rawatan theraphy gusi

Tadi saya jmpa pakar di klinik kesihatan kajang

Appoinment dari last year lagi

Tapi macam2 masalah so tahun ni barulah dapat appoinment tu

Saya ni dirujuk dari klinik pergigian swasta

Saya ada ke beberapa klinik pergigian sejak tahuan lalu

Sebelum ni ke klinik kerajaan tampal

Klinik swasta pertama saya pergi memberi nasihat yang salah

Dan mencadangkan rawatan pergigian untk saya termasukla memakai braces

Ini kerana struktur gigi saya dalam setahun kebelakangan ni telah lari dari struktur asal

Selepas tak berapa berpuas hati atas cadangan dia, saya ke klinik yang lan pula

Klinik terakhir yang saya pergi tu barulah memberikan khidmat nasihat perundingan yang meyakinkan

Dan serta merta mencadangkan untu merujuk saya ke pakar gusi

Kerana saya bukan bermasalah gigi katanya, sebaliknya masalah gusi

DN di malaysia hanya ada beberaa orang pakar sahaja

Antaranya di hospital selayang @ HKL, xingat

Dn ada seorang di klinik kesihatan jalan semenyih, kajang

Baru 2 tanun established di kajang tu

Katanya kiranya awak bertuahlah sebab ada pakar yg dekat

Maka tahun lalu saya dirujuk kepada pakar tersebut

Pada tarikh appoinment yang terawal tu, klinik sendiri batalkan

Doc pakar bersedia nak ke mekah

Balik mekah pulak, doc ambil cuti panjang

Bila dapat tarikh pulak, saya datang tarikh tersebut,

Nama pulak takde dalam senarai

Punyalah payah...sabar jerlah

Akhirnya dapat tarikh, buat pemeriksaan pertama

Terus di refer ke HKL untuk buat xray mulut

Panjang ceritanya ni

Last week saya dah ke HKL dan xray

Minggu ni lah mula rawatan secara rasmi dengan doc pakar periodontic tu

Doc yang sangat ramah, baik, sopan, berpengetahuan luas dan memberi kefahaman pada saya

Sangat menghargai

Tapi baru saya tau kroniknya masalah saya

Inilah kali pertama saya diuji dengan penyakit

Yang menurut doktor tahap serius

Mengejutkan saya sebetulnya

sampai darah saya naik, 3 kali ambil pun tetap 103 bacaan yg bawah

Doktor menjelaskan pada saya, adalah disebut nama sakit ni

Macam salah satu penyakit tulang

Saya ta google lagi, takut pulak...

Pemegang gigi saya ( macam tulang/ ligamen/ rawan- tulang lebut)

Mengalami kerosakan secara agresive

Sebab dalam amsa setahun ni lah beberapa gigi saya mula goyang

Doktor tanya samaada saya ada keturunan sakit tulang

Adakah saya ada megalami simtom seperti sakit- sakit sendi atau lemah badan

Yang berpunca dari tulang

Apa penyakit keturunan saya yang ada dari mak dan ayah

Memang bunyi2 soalan tu sangat menakutkan saya

Walaupun doktor tu terangkan satu persatu dan secara berhemah

tapi tiap point yang keluar dari mulut dia sangat menggetarkan hati saya

Saya hanya dapat jelaskan yang saya tak alami sakit sendi, takde lenguh2

Hnya sesekali cramp kaki sebab driving tempoh panjang

Sesekali simpul biawak, tu biasalah

Doktor cakap kat malaysia ni hanya 10% yang kena sakit ni

Di luar negara kadar lebih tinggi dalam 26%

punca doktor sendiri tak pasti

Bukan sebab tajap penjagaan gigi

Dn bukan juga sebab kekurangan kalsium

Tapi kemungkinan mewarisi keturunan

Dalam kes saya katanya mungkin sebab abah saya ada kencing manis

Dalam kajian pakar pasal sakit ni di luar negara

Ada individu tertentu yg sakit ni,5-10 tahun kemudian mendapat kencing manis

Menyebabkan pakar membuat hipotesis bahawa sakit ini adalah sindrom awa sebelum kencing manis

Aduhai menakutkan sungguh

Pastu doktor pulak tau yang saya ada diebetic masa mengandung

Lagilah correlation tu ada...

Tu yang sangat merisaukan ni

Dok fikirsorang2 ni

Bentuk rawatan dia adalah berbentuk theraphy seminggu sekali

Doktor akan cuba selamatkan gigi-gigi yang boeh diselamatkan

Yang masih tak goyang

Setakat ni beberapa batang juga dah goyang

Tadi doktor terpaksa cabut satu batang

Yang mana ligamennya memang tak kuat sangat dah....

Apa nak buat..pasrah jerlah

Rawatan ni akan berterusan paling minima 4 tahun

Lamaaaaa giler....

Bentuk rawatan adalah melibatkan rawatan laser

Surgery dan beberapa rawatan lain yang doktor sebutkan terminlogy dia tadi

Beberapa bulan ni saya perlu ke klinik sehari seminggU

Tadi rawatan melibatkan cabut sebaang gigi dan scaling

Apa saya nak cakap, sakit ini adalah ujian allah

Syukur juga saya dapat sakit, berhenti sekejap berfkir, muhasabah diri

Merasa bahawa ini ada hikmahnya

Sakit yang tak nampak sakit

Tapi kalau dibiarkan boleh menjadi bahaya

Ia akan berjangkit kepada tulang-tulang yang lain

Bukan sahaja tulang di bahgian gusi

Itulah bahayanya doktor cakap tadi....

Tulang dan sendi saya akan menjadi lemah....

Dan sykur saya ada medical card

Setiap kali mc boleh claim

Jika buat surgery pun boleh claim

Dan syukur juga sebab kerja gomen

Apa2 rawatan walaupun kosnya mahal kami orang gomen free ajer

Ok, sapa nak buat medical card meh carik saya

Penyakit boleh datang tiba2 tanpa kita jangka

Apa lagi? Moh buat medical card.....



Wassalam

4 comments:

Irfa said...

bab keje tak pandai nak komen
bab sakit tu baru pertama kali dengar.betul kata akak.sakit tu ujian dr Allah.saya kena sakit pinggang ni kdg2 buat saya nanges sensorang bila dtg sakitnya.sakit tak nampak ni susah nak citer.moga cepat lah baiknya..doa utk akak dan saya juga

Zareda Norman said...

pertama kali kak zar dengar sakit ni.. yerlah ujian Allah berbeza beza.. harap salwa sabar menepuh 4 tahun tapi setiap penyakit pasti ada ubatnya kan.. InsyaAllah

MOKCIK AZWA said...

Adus..kalau azwa bab gigi cepat berlubang tu biasa dengar, yg ni gigi elok pemegang gigi pulak bermasalah memang jarang dengar..anyway semoga dapat dirawat sewajarnya..

bab taichi kerja...huhuhu...tak guna ada 52 atas tu kalau setakat ambik nama jer..huhuhu

Luna said...

sakit gusi mmg biasa, tp bila dgr nisbah org yg menghidap hanya sedikit dr jumlah penduduk, mmg rasa getar kan. mcm tu lah sy rasa masa dpt tau hepatitis B tu. mula2 mmg rasa lemah lutut terasa sedih..tp lama2 dh fhm bhw ujian yg Allah beri ada banyak hikmahnya..pertama, sbg kifarah pd kesilapan kita yg lalu (yg pastinya ada banyak dan besar2)...kedua..pengetahuan baru Allah berikan kita ttg penyakit2 yg ada di dunia sehingga satu masa kita dh boleh kongsikan ilmu itu dgn org lain..ketiga supaya kita ingat akan kematian..(bila lagi kita akan ingat melainkan bila kita sakit..) keempat, mungkin ada sesuatu yg kita lakukan/katakan lately telah menarik kita pd penyakit tersebut...contohnya mcm sy dulu...nak sgt kurus..skali,mmg dpt kurus,tapi, rupanya kurus dtg setelah sakit dan mendapat rawatan..mcm akak mungkin akak pk secara mdalam ttg kerjaya perunding insurans dan ttg kebaikan medical card..jd sbg penguat keyakinan kita utk bidang baru yg kita nk ceburi tu, Allah pilih kita sbg 'testimoni'..mungkin rezeki akak dlm bidang insurans ini semakin cerah...kesakitan yg Allah beri ini cuma sementara, untuk beri akak 'latihan' menerangkan faedah medical card dgn lebih berkeyakinan.wallahualam. apapun sy doakan akak cepat sembuh dan sihat, kuat, ceria, dan kaya! :D