Thursday, February 9, 2012

Kita merancang, allah menentukan

Assalamualaikum w.b.t

Aza call saya hampir dua jam ahad lepas

Pelik jugak, sampai saya cakap kat dia nanti abes credit akak

Yerlah call saya lama- lama dari kota bharu

Dia jawab, murah wa....bayar 2.80 jer

Nak kata apa kan? Baper kali bagi hint seolah- olah tak minat nak cakap

Dia cakap gak, so saya dengar jerlah.....

Cara dia cakap- cakaptu seolah-olah saya ni memang madu dia lagi

Macam dia lupa yang kami tak berkongsi suami lagi...

Macam-macam ceritalah, dari hal pak hj, anak2, hal mak dia, adik beradik aza

Sampailah pada ayat2 yg mengejutkan saya juga

Ayat yang macam seolah-olah dia pun nak ikut jejak saya

Ahh, saya tak pelik pun

Aza kata dia hanya nak tunggu anak2 cerdik jer

Saya pun tak komen banyak

terpulanglah panjang jodoh dia, kekallah

Kalau takde jodoh terserahlah

Urusan jodoh ni semua kerja allah

Sapalah kita nak halang atau nak aturkan benda yang allah dah tentukan dr alam roh lagi

Saya ni pun berdoa bila berkesempatan agar dipertemukan jodoh yang baik

Sukar sekali hidup sendirian

Bukan sukar fizikal, sukar perasaan (agaknya)

Macam bagitau dulu, saya memang perlukan lelaki dalam hidup

Buat kesekian kali, sangat kagum dengan wanita pernah berkahwin yang boleh Hidup sendiri

Dengan bahagia dan enjoy sekali

Saya TAK BOLEH

Sekarang projek rumah dah siap, dah mula macama bengong tak tau nak projek apa plak

Walaupun cuba sibukkan diri buat prudential takaful tapi masih rasa kosong

Maybe sebab hani takde

Tapi saya kena terima hakikat dalam masa 3-4 tahun ini kehidupan saya tetap akan begini

Hani akan duduk di madrasah untuk jadi hafizah

Cuma jarak jerlah, akan dipindahkan ke melaka maybe selewat2nya april

Oh rindu saya pada hani sangat tebal

Anytime bleh nangis bila kenangkan

Tapi menangis2 dahulu krn berpisah atas sebab agama, tak kisahlah

Daripada menangis kemudian nanti bila sedih tengok dia tak jadi apa

Iza banyak bagi semangat pada saya teruskan hajat jadikan hani hafizah

Ramai kawan2 dia jadi bukti yang mereka boleh berjaya didunia

Pegang agama sungguh2 insyaallah kejayaan dunia datang ke pangkuan

Ramai kawan dia ajdi doktor, akantan, dll selepas tamat belajar hafizah

Berkali2 saya anya dia, mrk dulu belajar dimana?

Jawapannya tetap sama, belajar madrasah biasa, tabligh punya

Saya yakin janji allah, pilih atau buat apa allah suka, allah akan sediakan jalan yg mudah didepan

Harap hani boleh jadi doktor atau ustazah terpulang pada apa pilihan dia nanti

Kalau usia 12 tahun ( 3 tahun lagi) dia jadi hafizah, sempat ambik upsr

Kalau tak sempat, bleh ajer masuk sek men swasta

Aliran agama atau sains takde masalah

Sekarang ni pun saraf otak dia mesti dah berkembang sehebat2nya tu

Dengan hafal doa, hadith, ayat quran.....

Takde masalah nak hafal dan faham subjek yang dibelajar nanti, insyaallah

Doakanlah.....saya yakin hani boleh

Pada masa ini pun banyak sangat dah dipermudahkan alllah dengan asikap hani

Oh yer, pernah saya cerita saya ada kawan lelaki di singhapore kan?

Untuk pengetahuan hubungan saya dan dia makin serius

Sebab hajat dia nak kawin dengan saya

Dan saya sangat tak bersedia bermadu lagi

Telah dijelaskan banyak kali

Telah juga difahami

Cuma, dia masih berusaha doa, solat hajat dan puasa

Tak taulah nak kata apa

Tak juga jatuh cinta, cuma lebih pada pengisian masa lapang

Dan untuk beri saya semangat, dia jadi client pertama saya untuk prudential

Syukur

Bagi kawan2 kalau ada kawan2 nak ambil medical card, atau nak buat saving untuk education anak bila genap umur 21 atau 18

Carilah saya atau perkenalkanlah saya pada mereka

Serius bangat ni nak resign kalau prudential dah okay

Okay nak citer pasal kerja

Tau tak hampir dua bulan ni saya dapat boss baru

Tapi sngat tak seperti diharapkan

Stress dan rasa macam kena bully

Tak pandai tapi tunjuk pandai

Pergunakan kepandaian saya untuk dapat credit pada dia

Kan kelemahan sya tak pandai matket hasil kerja saya snagat

So, dia seolah2 macam jadi perantara hasil ( idea) saya diplagiat present pd KP

Tak kisah sangat pun, tapi kdg2 geram sebab macam otak dia taknak dipergunakan

Play safe sangat pun yer

Sekarang saya banyak diam dlm meeting

Atas nasihat miss sinar yg dalam pantang saya perlu ada strategi

Supaya boss baru ceoat belajar, maka saya kena banyak observe

Sekarang ada 3 gred 48 unit saya ni, tapi seolah2 macam saya buat kerja semua

Termasuk masih macam boss yg bg arahan

Pastu boss baru tu nak tau hasil jer

Bengang tak

Dah lah tak kira sabtu ahad siang malam bagi arahan

Amaklumlah bila dia tau saya bujang anak takde

S sesuka hati pergunakan

Maka ada saty weekend saya matikan diri

Xjawab bbm dia call saya tak angakat

Kena buat press release

Sudahna dia call misssinar kat tapah

Giler ahhhh, dia boleh suh miss sinar wat PR

Ahhh malasla nak mengumpat lagi

Sekarang dia dah okay skit.....

Saya pun dah minta anaj2 buah bawah lapor kat dia, tak yah rujuk saya

Keputusan kasi sama dia buat

Berkerut2 kening member tak sangaka korp comm ni banyak kerja

Rasakan dia..

Dia diambil kerja sebab pandai sngt calap PR power now buktikan dengan oandai buat kerja plk

Hahahaaaaa,sesekali ajar boss ni bagus gak kan

Ingat tamiss conquer?

Kn dia dah kena tukar

Tapi sebab dia tukar bulan ogos maka saya masihlah penilai SKT dia

Rasakan, pembalasan dendam

Saya tak niat pun nak bagi rendah

Tapi tuan salim boss lama arahkan

Memang pun layak diberi sedikit rendah dari org lain

Makanya dia saya beri paling rendah...

Ok chow, nak balik..


Wassalam

1 comment:

Irfa said...

emm lama x dgr citer kak aza tu
hehe

Pegang agama sungguh2 insyaallah kejayaan dunia datang ke pangkuan
suka ayat tu