Thursday, February 2, 2012

Takde perkara lebih mengembirakan bila tau anak kita dalam rahmat Allah swt

Assalamualaikum w.b.t

Saya berjaya mengejutkan hani dengan kedatangan saya ke madrasahnya

Sampai wajah dia takde ekspressi apa-apa kerana terkejut sangat kot

Memang dia tak sangka sungguh

Sedari bulan oktober tahun lalu dia masuk ke marasah

Mana saya pernah ziarahnya

Ini kali pertama, manalah anak itu tidak terkejut

Saya ada menelefon ustazah madrasanya

Khamis petang sebelum bertolak malamnya baru saya call

Yerlah sebelum ni berkali2 saya minta nombor madrasah aza xberi

Malaslah nak sms banyak2 kali

Pagi2 jam 8 lebih saya dah sampai

Saya ambik taksi dari stesyen bas KB

Lepas cek in hotel area situ, saya subuh dan mandi siap2

Terus turun, tak sarapan pun

Sebab tak sabar sangat nak jumpa hani

RINDU GILER

Eh benci ah menaip dgn ipad ni

Bagi org yg taip laju giler macam saya. Ni, ipad tlh berjaya memperlahankan kelajuan taipan saya

Menyempah! Selingan!

Salah satu sebab malas update entry adalah kerana ipad nilah

Taip tiga empa baris pastusaya stop sebab asyik errorjer typo error

I tak pandai sgt touch2 ni....slow jadinya

Ok balik citer hani

Sampai madrasah saya jumpa ustazah dulu, chit chat jap

Eh lupa nak citer khamis ptg masa saya cal ustazah tu, saya tanya perihal hani

Yerlah first time kan dapat cakap dgn ustazah madarsah dia

Walhal anak dari last year dah masuk belajar situ

Seolah hani macam xde mak pulak gayanya

Jawapan pertama ustazah lepas saya tanya, 'hani macamana ustazah'

'hani ok, budak cerdik, takde masalah langsung'

Terus bergenang air mata saya, sayu sedih syahdu bangga semua ada bercampur baur

Kan dah cakap.....hani cerdik budaknya

Mak dia jer tak berapa nak cerdik

Soalan kedua saya, 'dia ada masalah tak ustazah, ada menangis'

'takde langsung masalah, ok jer, tak pernah menangis, ok sangat dia'

Belajar pun okay....."

Apa lagi jawapan yang dapat menyedapkan hati seorang ibu?

Hanya lelehan air mata jer dpt saya luahkan

Habis cakap dengan ustazah, terus call iza

Dia jer layak untuk saya kongsi kesedihan berbaur kegembiraan ni

Sambil menangis saya bagitau dia perihal hani, dia pun suka

Saya kata, makcik tak dapat share dengan suami, share dengan anak suami pun jadikler

Gelak dia

Masa saya beri salam di pintu madrasah tu, kawan2 dia terus bagitau dan berlari2 carik hani

Tapi bukan hani yang keluar

Yg berlari keluar pintu tu hani syakirah dengan khairin nazurah

Dua2 dah siap pakai jubah dan purdah dah ada kat dagu, cuma tak pasang jer

Sah2 diorang ingat umie yang datang kot

Rupanya ustazah bagitau umi yang nak datang

Saya pun tak pasti macamana miss comunication tu boleh terjadi

Yang pasti anak aza dah bersiap

Hani dalam bilik air tengah mandi

So syakirah lah yang berlari ketuk pintu bilik air bagitau hani ammie datang agaknya

Sekejap lepas tu lintang pukang agaknya hani mandi

Dengan baju kurung, seluar track dan tudung yg pakai xbetul dia keluar

Saya pulak berpurdah, so dia macam xcam saya lah

Lagipun saya pakaia jubah baru beli yg dia tak lernah tengok, lagi tak cam

Muka macam takde ekspresi langsung

Terkejut sangat2 agaknya

Bila saya panggil..kakak, kenapa mandi lambat sangat

Baru dia cam, lah ammie rupanya

Tu pun nampak macam riak wajah dia tak percaya sangat2 ammie depan mata

Terus syakirah dan kak chik suh dia cepat2 siap pakai jubah ikut ammie

Sekejap jer dah siap, sarung jubah pakai purdah siaplah dia

Kawan dia yg ambikkan kasut dia

Terus dia ikut saya

Dalam teksi masih tak percaya agaknya

Bertubi2 soalan dia tanya

Bila ammie sampai

Kenapa tak bagitau ammie nak datang

Ammie duduk kat mana

Sian dia...innocent jer soalan2 dia

Muka pun nampak macam pucat jer

Macam terkejut tak abis lagi

Seronok sangat lah dia tu agaknya

Dapat keluar dengan ammie buat pertama kali

Kami terus pergi pasar siti khadijah

Atas pemintaan hani

Tau tak dia nak beli apa?

Smple sangat2 permintaan dia

Sayu hati saya

Dia hanya nak beli sagun jer

Yang bungkus panjang2 dalam kertas belang2 tu

Gambar2 hani ada dalam BB

Lupa sungguh nak ambil guna ipad

Kalau tak boleh upload terus

Ipad dgn bb ni bukan boleh connect

Pastu dah jumpa terus beli, tu pun ambik sebngkus jer, rm1

Saya suruh ambil 2,bau dia ambil satu lagi

Then saya suruh dia ambil kacang tumbuk, dia ambil sebungkus, pun saya suruh ambil 2

Pastu saya bawak dia ke parkson

Dia nak bantal peluk katanya

Semua org ada bantal utk peluk

Kakak jer takde, kakak peluk selimut jer...

Alahai kesiannya anak saya

toto pun katanya toto yg ummie bagi tu nipis sangat

Saya offer beli baru xnak jugak

Yg ada tu boleh pakai lagi ammie

Bantal peluk bila takde yang kecik terus kata takperlah takyah beli pun xper

Saya tak taulah kenapa hani ni zuhud sangat

Kalau keadaan biasa pun memang dia tak meminta2 melainkan saya yg gedik sgt nak belikan

Apatah lagi bila dah masuk madrasah ni

Lagilah langsung tak buat permintaan

Sampai saya paksa2 beli baru setuju

Sangat2 tak menyusahkan, malah saya plak yg berlebih2

So saya belikan bantal peluk dan tilan size bujang yg beh lipat2

Siap dua2 tu dalam beg dia, supaya senang kemas, bangun tido masukkan dlm beg

Kat hotel saya suh dia praktis lipas sendiri dan kemas tilam tu

Sungguh2 dia buat tak benarkan langsung saya tolong

Alhamdulillah berjaya

Berdikati sungguh dah anak dara saya tu

Sejuk perut saya mengandung, kalau ikut kata orang tua2

Takde apa saya harapkan lebih2 dari dia, apa perlakuan dia depan mata saya dah cukup buat saya terharu sgt2

Sepanjang jalan dalam parkson takde satu barang pun yang dia minta

Walaupun saya sengaja lalukan dia area stationary dan alat2 untuk kanak2

Section utk kids and children yg ada brg2 barbie, mcm2 lagi tu

Maybe sebab dia tau, madrasah takleh bawak apapun brg2 bersifat watak kartun agaknya

So sarung bantal peluk dan tilam bujang lipat dua2 corak kosong warna hijau pilihan dia

Dua benda saya belikan tu pun cukup berbesar hati dan gembira sangat dia

Sampai dia kata, malam ni dapatlah kakak tido selesa skit

Aduhai anak....ammie tiap2 malam tido tilam empuk

Rupanya dia tido atas toto nipis sambil memeluk selimut jer selama ni

Menitis air mata saya ni mengenangkan mujahadahnya dia...ya allah ....:(

Tak pernah bersungut, tak mengeluh, bila telefon bagitau semua okay

Sepanjang dengan dia kami berbual sakan

Saya minta dia luahkan semua cerita pada saya

Insyaallah lepas ni dua minggu sekali saya ziarah, jika allah izinkan

Dia pun cakap dah matang sangat dari sebelum ni

Beli majalah pun dah tak baca serga merta

Cakap2 dia pun sejuk jer hati saya dengar

Bagitau yang ada sheikh dari mesir datang madrasah beri ceramah

Then bagitau doa yang dia belajar dan amalkan,

'ammmie, kakak ada satu doa, bagus sangat makna doa ni kalau ammie amalkan....

Ammie nak dengar tak....

Cuba ammie dengar makna dia pulak....(dia baca makna), baguskan?

Baik ammie amalkan doa ni....

Sedih kan...kecik2 dia dah ajar mak dia ni

Pastu saya jawab..yerlah nanti kakak tuliskan, ammie boleh hafalkan

(hishhh xsukerla buat entry ni, kejap2 kena lap air mata, sedih sgt sebab teringat kat hani)

Saya teringat tahun lepas sebelum dia masuk madrasah

Dia ada tuliskan pada sehelai kertas a4 nama2 doa dan mukasurat doa tu

Dia tulis untuk saya bacakan pada masa lapang bila dia dah masuk madrasah nanti

Dia sendiri pilihkan doa2 yang bagus....untuk mak dia ni

Sedihnya saya....pastu siap dia tandakan (dia lipat sudut mukasurat tu)

Supaya saya senang buka :( :( :(

Satu perubahan dia, sepanjang saya jalan dengan dia, langsung dia tak bersungut

Taulah saya ni, jarang dpr shopping, asyik sibuk kerja

So masuk parkson tentu belek sana belek sini

Dia ikutkan jer, barang2 dia semua dia tak benarkan saya bawak

Dia kata, 'takperlah ammie, biar kakak sendiri yg bawak kan barang2 kakak'

Walhal bantal dan tilam bujang tu besar and panjang, susahdia nak pegang

Tapi dia tak kisah langsung

Saya tau sebabnya

Sebab di madrasah walaupun kecil dia dilatih untuk khidmat, ada jadual khidmat

Kena menyapu, mengemop dan kerja2 lain

Somemang automatik dia dah jadi rajin

Tak kisah menolong dan tak berat tulang

Itu manfaat secara tak langsung

Terharu kan?

Tapi saya tetap xsuruh dia bawak, kesian kan

Gaya cakap pun positif jer...

Suasana membentuk dia....hari2 dengan quran, doa, hadith

Mana mungkin tak jadi baik....kalau nak jadi jahat pun xsempat agaknya

Malaikat hari2 bersama orang yang dalam majlis ilmu

Apatah lagi ilmu yang secara langsung dengan ayat2 quran ni

Ilmu membesarkan allah, memang malaikat berbondong2 turun mendoakan kesejahteraan ahli majlis ilmu ni

Lama2 bila mereka sering bergesel dengan malaikat, mereka juga akan dapat sifat malaikat

Sami'na wa'atho'na ( dengar dan taat)

Itulah kelebihannya mengapa hani berubah..semuanya kerana suasana

Apatah lagi langsung takde unsur lagha dan melalaikan

Hari2 wajib bangun tahajud jam 5 pagi

Hani masih pelajar termuda madrasah tu dari lebih 40 pelajar

Ini bukan kes dera, ini sunnah nabi....bg kita mungkin anggap tak wajar

Sebenarnya, inlan yang diamalkan zamapara sahabat dan tabi'in

Saya sikitpun tak kesal, tak keciwa, jauh sekali rasa tak patut

Malah hani punsangat positif, tak mengeluh langsung perihal bangun 5 pagi tu

Malah saya rasa tercabar pulak dengar dia cerita hari2 bangun jam 5 pagi

Lagi terkejut pulak saya bila dengat dia cakap yg dia bukan tahajud 2 rakaat dah

Tau berapa rakaat dia solat bangun jam 5 lagi tu?

Aduh takleh taip rasanya....meleleh2 air mata saya ni

Rasa macam, ya allah baiknya anak ni

Rasa macam ta layak sungguh dia jadi anak saya

Mak dia ni seolah2 macam jauh sangat dah dengan dia bezanya

Dah lama tak tahajud...

iman turun naik....rasa macam baru nak belajar buat amal ibadah

Tapi anak saya sekecil 8 tahun setiap 3/4 malam bangun solat malam

12 rakaat puan-puan....bukan sikit tu bagi kanak-kanak macam dia

Mujur hani dah biasa solat lebih 20 rakaat

Masa terawih kan kita solat 20 rakaat, tu tak masuk isyak, solat iring waktu isyak
then witir

Dan saya pun 10 akhir ramadhan kan bawak dia qiyamulail di masjid mizan

Memang dia tak asing lagi solat banyak rakaat ni

Tapi jika hari2 buat mcm sktg ni agaknya mungkin dah biasa....

Diaverita dengan sayatu selamba jer

Katanya uztazah kata, mula2 blehlah solat 2 rakaat, sekarang kenalah solat 12 rakaat

(dalam hati syahdu + bangga sangat, juga syukur)

Anak saya berpeluang terdedah dengan perkara begini diawal usianya

Dan lebih membanggakan dia dapat menerima semuaya dengan lancar, takde pemberontakan

Takde keluh kesah, takde rungutan

Bayangkan kalau saya hantar dia umur 13tahun, atau umur 10 tahun pun

Adakah reaksinya begini jg? Mungkin tidak

Usia dia skrg nilah paling molek, paling segar dan paling sesuai

Hani sendiri langsung tak tunjukkan tanda yang dia nak keluar dai belajar sistem madrasah

Memang dia dah lama menyebut2 nak masuk madrasah

Tambah2 ayah dia memangdah berulang kali dari baby, masa kecik malah bila masuk tadika

Dah maklumkan dia yang dia akan masuk madrasah

Dan dia puna dah kerap melawat kakak2 dan abang dia dr usia hani baby lagi di madrasah

*nanti sambung*

ngantuk!


Wassalam

3 comments:

Luna said...

subhanallah.sy pun terharu baca zuhudnya hani. untungnya akak...sy yg baru skali jumpa hani pun dh rasa bangga sgt.inikan akak yg melahirkannya..tahniah akak, Allah beri akak nikmat yg tidak ternilai...

Anonymous said...

Wa, ina mmg sokong apa yg wa buat ni.. Cuma sedihnya sbb berjauhan je lah. Nak dpt sesuatu yg indah mmg kena bersusah payah. Ina mmg plan nak hantar anak no 2, ke tempat sebegini bila sek rendah nanti. Cuma kat sini, boleh pergi pagi, balik ptg. Bila umur 13, baru duk asrama dia. InsyaAllah cita2 ina d makbulkan Allah. Ina dah rasa mcmana hidup kami suami isteri yg x ada ilmu agama yg byk, asas dlman x brp kukuh. Skrg baru terkial2 mencari. Tp apa pun, bersyukur, Allah masih bg peluang dr segi masa & kesihatan utk mencari ilmu akhirat.

Irfa said...

YaAllah..
bergenang air mata baca entri ni
hani dan aina sekarang duk dinegeri yg sama :)

tadi baru call aina pun saya masih lom abis mengalir air mata..cakap lembut je buat saya lagi sayu.duk jauh.huhu