Saturday, June 24, 2006

Tidur asing-asing?

Assalamualaikum w.b.t



Saya telah memisahkan tempat tidur anak, Hani Suhailah sejak Mei lalu, dan dia pun dapat menyesuaikan diri dengan bilik tidurnya sendiri walaupun umurnya baru je mencecah 3 tahun 5 Jun lalu. Kadang-kadang tengah malam saya akan menjengah ke biliknya dan kesian pulak tengok dia tergolek tidur seorang diri. Malahan saya kini selalu rasa bersalah kerana sayadan dia dah takde "body contact" lagi di malam hari. Malahan saya kini pula rasa tak sedap kerana malam-malam dah takde anak disebelah untuk dikucup bila tiba-tiba tersedar seperti amalan biasa saya sebelum ni. Tambahan pula saya ni bermadu, jadi selalulah suami tak bermalam di rumah saya dan dulu ada juga anak buat teman tidur kini dia pulak dah menolak untuk tidur di bilik saya.
Jadi, sekarang ni saya cuba nak pujuk balik Hani Suhailah untuk tidur di bilik saya.


Tapi ni jawapannya;


"Ibulah temankan kakak tido"

"Kakaklah temankan ibu"

"Jomlah....Ibulah.... tido atas katil kakak teman kakak tido"

Selalunya alasan saya macam ni...

"Katil kakak kecik, ibu gemuk macamana nak tido"

"kakak tido kat tepi je, ibu tido kat sini" (sambil tunjuk bahagian hujung katil)


Tapi selalunya taktik yang saya gunakan ialah menyanyi lagu batu belah batu bertangkup sambil buat muka paling sedih disertai sound effect tersedu-sedu dan dia dengan muka serba salah akan bersetuju tido bilik saya. Itu hanya janji mulut dia aje, sebab bila sampai waktu tido dia sanggup tarik tangan saya bawa ke biliknya.
Selalunya saya akan temankan dia sementara sahaja, lepas dia tido saya akan masuk bilik saya semula. Pada jam 4 atau 5 pagi selalunya dia akan masuk bilik saya bawa botol dan cakap "Ibu, nak susu".


Lepas tu dia akan masuk semula bilik dia dan tunggu saya bawa susu dan selepas tu pandailah dia letak sendiri botol atas meja dan sambung tido. Malahan dia pandai buka suis lampu dan kipas sendiri kalau masuk dan keluar bilik dia. SEjak umur 2 tahun lebih sikit dia dah pandai handle CD player- dah tahu tukar CD mana nak tengok dan boleh guna remote control untuk on/off, tukar ke Video dan boleh control volume.
Sebenarnya saya mula dedahkan dia dengan menonton CD sejak usia 3 bulan, tapi masa tu saya buka CD doa, mengaji , Nasyid, Iqra' dan kartun yang simple. Tapi sekarang janganlah melintas kedai CD kalau ke mana-mana shopping Complex, semua cerita dia dah tau, biasanya pilihan wajib dia mesti pingu, atau kartun terbitan Disney World dan saya sendiri akan beli CD bentuk pendidikan.


Tapi pendekata apa-apa CD dia boleh tengok termasuk CD senaman aerobic saya sambil dia terlompat-lompat dan gelek2 pinggang lagi!. Sekarang aktiviti dia kalau sampai rumah akan terus masuk bilik dia, on lampu, kipas, TV dan Cd sambil bermain-main seorang sementara saya bersolat ataupun masak.


Yang paling saya risaukan aktiviti dia sekarang hanya berkisar dalam bilik sahaja tambahan pula semua dah ada dalam bilik tu, dengan segala mainan, gelungsur, buaian, basikal, motor dan segala macam buku. Sesekali kesian sungguh tengok hani ni, selalu bercakap sorang-sorang terutama dengan bear dia. Bear dia pun hanya ada dua sahaja sejak kecil kerana dia tak pernah tunjuk nak beli bear apatah lagi nak beli anak patung cantik-cantik macam Barbie tu. Anak saya ni tak suka mainan keperempuanan, yang dia paling suka main hanyalah mainan lego, menengok-nengok buku dan belek-belek alatulis dia- asah pensel dan kalerlah, gunting kertaslah, dia paling minat buku yang ada sticker dan tampal untuk suai padan! mainan masak-masak dan mainan perempuan lain yang dibeli hanya dimain pada hari beli aje lepas tu dia simpan dalam bakul mainan. Normalkah anak saya ni?



Suara hati dan pemikiran siti detik 6/24/2006 12:13:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani


Wassalam

No comments: