Saturday, June 24, 2006

anda menentang poligami?

Assalamualaikum w.b.t


Saturday, June 24, 2006


Anda mungkin ada sebab tersendiri menentang poligami. saya juga kalau dibenarkan untuk menentang poligami tentu akan berdiri sebaris dengan persatuan2/pertubuhan yang menentang poligami. Tapi apakan daya sesuatu yang dihalalkan oleh Allah maka barang tentu tidak boleh pula kita sebagai hambaNya untuk mengharamkannya pula. Poligami ni istilah untuk merujuk sang suami manakala bagi sang isteri istilah popularnya "bermadu".


Anda tentu tahu seribu satu khasiat madukan? sebagai pengubat segala penyakit. tak taulah apa rasionalnya nenek moyang kita membandingkan madu yang manis ini dan menjadi ubat segala ini dengan poligami yang dianggap begitu pahit dan mendatangkan kesakitan pula kepada yang menjadi mangsanya (boleh juga jadi sakit jiwa!)


Bagaimana saya terjebak dengan poligami dan analisys cause and effect nya?


Jawapannya ringkasnya mudah saja: SUDAH JODOH


Malah ada beberapa senarai jawapan yang tidak ringkas yang lain seperti;


a. Saya / suami gatal - boleh jadi ?


b. Saya suka (lebih tepat perkataan sesuai/sekufu pemikiran) dengan lelaki matang - memangpun !


c. Madu saya (dulunya isteri suami sedia ada) memberi terlalu banyak ruang kepada sang suami beraktiviti luar pada masa sama dia ada aktiviti sendiri. (ramai isteri bersikap begini sekarang)


d. Saya /suami pada masa itu punya kedudukan mantap dari segi kewangan (jaga-jaga pada suami yang punya baki gaji bersih yang tinggi)


e. Paling penting mendapat restu kedua ibu bapa saya/suami dan adik beradik serta ipar duai kedua-dua pihak. (dalam hal ini saya dapat sokongan penuh tapi bersyarat)


Alasan diatas hanyalah asbab sahaja, sebenarnya semua telah ditentukan dan ditulis sedari alam roh lagi. Walaupun agak sukar menerima hakikat menjadi isteri yang ketiga dan kemudian kedua pula tetapi setelah melalui tempoh pengalaman perit itu, kini Allah tunjukkan hikmah disebalik semua ini. Dahulu, lebih tepatnya tempoh antara tahun 2001-2004, serasa mahu saja lari sekuat hati ke hujung dunia dan menjerit sekuat hati dan sesekali terfikir untuk mati sahaja dari menanggung beban perasaan yang maha hebat dan menguji tahap kesabaran yang paling tinggi.


Bercakap dengan dinding dan berhalusinasi menjadi satu basahan jiwa melepas dendam membara, menulis surat tanpa diserah kepada suami tercinta menjadi medan melampias seksa jiwa menderita, tapi kini semua itu hampir langsung telah terkubur kerana hakikat hidup bermadu telah dapat diterima dengan hati terbuka malahan kupanjatkan syukur kerana Allah masih sayangkan hambaNya ini dengan mengurniakan seorang cahaya mata yang mana mungkin Hani Suhailah akan dapat kalau saya masih menunggu teruna melamar dalam keadaan kerja saya yang tidak menentu masa dan digeruni untuk didekati lelaki.


Suami sering mengingatkan saya dan madu saya dari dulu sampai sekarang bahawa;
"Dalam poligami ini bukan suami yang beri kita ketenangan, macamana suami buat baik pun isteri takkan puas hati kalau ketenangan itu tidak datang dari dalam hati isteri sendiri. Selagi kita tidak bersyukur dengan apa yang ada, dan sentiasa keluh kesah kita tidak akan tenang. Tanda orang yang syukur ialah tidak ada keluh kesah dan sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan Allah"


Hidup saya dari era belajar di U seolah-olah memang disuratkan bertemu dengan lelaki telah berkahwin sehinggalah saya memasuki era dunia pekerjaan dan terbaru sehingga tahun sudah dalam keadaan telah berkahwin dan beranak pun masih ada juga rakan sekerja lelaki telah berkahwin yang berminat dengan saya. Anda silap kalau anggap saya mungkin cantik dan menggoda, tidak sama sekali saya bukan kategori cantik mahupun menggoda atau seksi dan gemar "meleseh".


Saya jenis bercakap dengan suara yang kuat dan tegas, malahan tidak malu-malu bergaduh atau bertengkar depan lelaki sekiranya saya fikir saya betul dan juga tidak malu bertanya rakan sekerja lelaki lebih senior apa yang saya tak tahu walaupun ia kelihatan seperti solan bodoh! Rupa-rupanya itulah agaknya yang jadi daya tarikan kepada kaum lelaki yang berusia ini... apa yang saya fikirlah atau mungkin ada sebab lain. Terserah anda menilai saya kerana itu bukan urusan saya, saya cerita apa yang saya rasa!


Ikut senarai ada lebih kurang 4 suami orang yang cuba mendekati saya dan dua daripadanya agak serius, satu semasa saya belajar di sebuah U di Utara, Ustaz Din, berusia 41 tahun , beranak lima yang ketika itu bekerja dengan NGO (saya membuat kerja sambilan di NGO berkenaan semasa cuti semester) dan minatnya pada saya mendorongnya membawa saya (ketika itu bersama rakan2 lain) ke rumah ibunya di Taiping dan dalam diam telah mencuri gambar saya tanpa tudung (khabarnya isterinya terjumpa gambar itu dengan tulisan jawi nama saya berbintikan nama ibu saya) sehingga hampir bercerai berai dan akhirnya saya berhenti serta merta dari NGO berkenaan.


Satu lagi semasa saya bekerja sebagai wartawan penyiaran di sebuah negeri di selatan sebagai stringer dengan sebuah syarikat membekalkan berita kepada Stesyen NT*7. Pemilik syarikat merangkap jurukamera yang sentiasa bersma saya sepanjang masa bekerja rupa-rupanya dalam diam menaruh hati sesungguh-sungguhnyakepada saya. Saya yang ketika itu begitu anti lelaki dan tidak pernah terlibat dunia cinta sama sekali seakan terikut sama dengan rentaknya yang akhirnya memakan diri saya... rupanya suami orang ini lain penangannya. Saya terpaksa undur diri sebelum berlaku perkara yang tidak dijangka. Allah sayangkan saya, permohonan borang SPA8 semasa di tahun akhir saya pada masa itu juga datang menjengah memaklumkan ada panggilan temuduga.


Diam-diam saya berusaha menelaah dan bersedia kerana kini saya ada tempat pelarian. Saya berjaya menjawat jawatan dalam sektor kerajaan walaupun ketika itu masih ada sisa kegawatan ekonomi 1998. Bagaimanapun mungkin alpa dengan cinta saya memberi kata dua kepadanya sebelum saya pergi untuk dia masuk meminang. Dalam esak tangisan seperti budak kecil dia meminta masa, saya tahu itu jawapan orang yang tidak bersungguh. saya beri amsa dua bulan fikir dan cari saya sekiranya bersedia.


Dia masih mencari sya walaupun ketika itu saya telah duduk di Serdang dan kerja di Kuala Lumpur. Kemewahannya dengan kereta BMW, Perdana, Waja seakan mengaburi saya dan saya tidak boleh lari darinya kemana-mana saya dicari, malam saya dihubungi dan perasaan saya juga amat bergantung kepadanya.


Tuhanku, sungguh derita saya pada masa itu. Tapi pada masa itu juga saya memohon kekuatan kepada Allah untuk melupakannya tapi gagal dan saya akhirnya doa sungguh-sungguh agar Allah hantar manusia lain untuk mengubati saya dari kealpaan ini dan menjadi kekuatan buat saya untuk melupakannya. Tambahan pula saya mengalami cultural shock dari bekerja sektor swasta memasuki badan kerajaan dengan budaya kerja yang sama sekali berbeza (pada masa itu sebagai budak baru di unit Pendidikan Masyarakat saya tiada beban kerja yang besar berbanding sekarang) jadi saya punya banyak masa mengexplore internet. Disinilah segala-galanya bermula.


Pada masa itulah rintihan saya didengari Allah yang maha adil lagi maha mengasihani, saya dihantar dengan dua lelaki sekaligus dan perkenalan ini semua melalui satu laman web yang saya tak ingat dan kedua-duanya telah menghantar email kepada saya (sebenarnya banyak email mahu berkenalan tetapi akhirnya dua ini saja yang sealiran dengan saya) dan kedua-duanya juga punya perhatian yang berlebihan terhadap saya dengan nasihat yang tinggi menggunung apabila saya ceritakan masalah ini.


Seingat saya perkenalan pertama ini bermula pada bulan Oktober 2000. Sehingga bulan Feb 2001 seingat saya, saya tidak berjumpa dengannya dan kami hanya berhubung dengan telefon sekali sekala dan saya selesa sekali bercerita dengan nickname "bojongpocong" berbanding seorang lagi yang punya nickname "alang bid*ra".


Saya tahu kedua-duanya suami orang. Ooh..., adakala terfikir saya, adakah saya disuratkan berkahwin dengan suami orang? Sehinggalah satu tahap iaitu lebih kurang April 2001 saya dilamar (nak masuk meminang katanya) oleh "Bojong Pocong" ini tanpa saya pernah melihatnya dan beliau juga tidak pernah melihat saya hanya berbual melalui telefon.


Tanpa berfikir panjang saya memang tidak bersetuju kerana dalam usia 26 tahun saya bukanlah terlalu tua untuk tidak mendapat jodoh teruna, dan tidak dapat saya bayangkan saya brkahwin dengan orang yang bezanya 18 tahun lebih tua dari saya. Macamana tanggapan orang kampung dan penerimaan ibu ayah saya? Pasti mentah-mentah ditolak! Tambahan pula saya hanya memerlukannya untuk berkongsi cerita dan masalah hidup saya yang berada dirantau seorang diri tanpa diambil peduli oleh family bukan untuk berkongsi hidup.


Pada masa itu, saya menyewa di Serdang dan setiap pagi selepas subuh menaiki motor ke pejabat di Jalan Duta, KL dan dalam keadaan hujan setiap hari (hujung tahun masa tu) airmata saya bersatu dengan air hujan mengenang nasib diri mencari rezeki dan kalau saya mati pun family tak tahu sebab mereka tak pernah ambil tahu dimana saya duduk! (saya terlalu independent sebenarnya, bukan salah ibu ayah) Banyak cerita sedih saya pada masa tu, tak tau nak cerita kat sapa, maka bojong pocong ni amat penting dalam hidup saya ketika itu walaupun tak kenal dia ni sapa!


Bayangkan saya datang dari Melaka menaiki motor Yamaha 110 dipinjam dari abang ipar pada hari Ahad 1 Sept 2000 (lapor diri 2 Sept 2000) dengan membawa beg baju besar di belakang dan singgah R&R Seremban sebab minyak habis. Dengan berat badan 46 kg masa tu, saya tak larat w.pun nak tongkat motor secara tegak, nak tongkat te[i motor tak mampu tanggung berat beg, tumbang. Terpaksalah minta tolong Mamat bangla buka tali, angkat beg, isi minyak dan saya naik motor dia pasangkan balik beg baju saya yang besar tu...


Sampai Serdang dalam keadaan badan bergegar rasanya disebabkan terlalu lama naik motor pergi pulak ajak kawan recce office yang tersorok atas bukit tu masing-masing menaiki motor dan sampai malam tersesat/terpisah dengan kawan depan auditorium DBKL. Hp tak boleh call plk, jenuhlah kawan pusing balik cari saya dahlah malam... sedih gilerlah masa tu...banyak lagi lah dugaan hidup saya sebenarnya.


Berbalik cerita bojong pocong, apabila saya menolak mentah-mentah permintaannya, jawapannya mudah sahaja;


"...cukup sampai di sini saya harap kita tak perlu berhubung lagi kerana saya tak boleh langgar prinsip saya sebab saya tak nak ada hubungan dengan wanita lain tanpa ada hubungan yang sah."


Saya pun setuju kerana saya tak mahu tawar menawar tentang perkara yang jelas pada saya jawapannya. Jadi bermula saat itu kami tidak lagi berhubung.


***Cerita ini untuk tatapan saya dan tidak ada kena mengena dengan orang lain dan bukan juga bertujuan yang lain melainkan bertujuan mengenang kembalai saat-saat awal saya berumahtangga sempena ulangtahun perkahwinan saya ke 5 pada 2 jun lalu beserta kelahiran cahayamata pada 5 JUn kerana saya tidak pernah mencatatkan kenangan ini sebelum ini dimana-mana, sekiranya cerita ini menganggu perasaan dan pemikiran anda maafkan saya dan silalah anda abaikan. Terima kasih, akan bersambung di lain masa.



Suara hati dan pemikiran siti detik 6/24/2006 03:25:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

Wassalam

No comments: