Friday, June 16, 2006

Hani lagi

Assalamualaikum w.b.t



Friday, June 16, 2006

Soalan suami ; "Anak ok ke, hari ni perang tak?"

Jawapan saya ; "Perang" @ "Melalak jer..." @ "Hari ni lama pujuk tak nak balik"
Itulah biasanya soalan pertama suami tanya kalau telefon. jarang saya jawab ok. kalau dulu ketika masih berdua, soalannya selalu "Dah solat tak?" ataupun, "hari ni baca taklim tak?".


Begitulah selalunya saya dengan anak, pasti hari-hari ada masalah dengan dia, entah saya yang tak pandai menjaga hati dia, atau dia yang terlalu luar biasa saya pun tak begitu pasti. antara saya dengan anak selalu tak sehaluan. Samaada dia suka melawan apa yang saya suruh/mahu ataupun permintaan dia yang saya tak mahu tunaikan. Akibatnya mesti dia jadi mangsa kemarahan saya dan adakalanya lagi dimarah lagi dia melawan.


Sehingga suami secara bergurau katakan yang saya ni perlu jumpa psikatry(?) sebab tak pernah/ jarang berdamai dengan anak. Sekiranya kami berjalan jauh, suami selalu akan membawa sama anak tiri saya yang umurnya 20 tahun untuk sama-sama menjaga adiknya. Saya cepat benar naik angin kalau anak saya menangis atau mengamuk dalam kereta.



Kadang-kadang saya rasa saya perlukan bantuan luar untuk mengubah sikap saya ni. Kadang-kadang juga saya fikir ada sebab saya jadi begini walaupun saya tak salahkan 100% tapi antaranya ialah;

• Saya tak pernah ada pengalaman menjaga anak kecil, sebab saya yang bongsu
• Sedari mengandung sehinggalah hari ini saya selalu/kerap berdua sahaja dengan anak kerana selain suami tiada disebabkan bukan giliran bermalam dengan saya, suami juga kerap keluar membuat dakwah.
• Anak saya kerap ditinggalkan bermalam dengan pengasuhnya sekiranya saya berkursus atau saya terlibat dalam operasi malam hari.
• Anak saya lebih rapat dengan pengasuh kerana air mandi dia lebih banyak lekat dengan pengasuh dari lekat pada saya. Pagi hantar dia separuh sedar dan tak mandi lagi, petang hantar mesti pengasuh dah siap mandikan anak saya.
Tapi semalam saya cuba mengikut rentak anak saya, saya ikutkan semua kemahuannya- balik kerja bawa pergi beli mainan dan dia pilih apa mainan yang dia suka, bawa ke A&W untuk main gelungsur dan beli kentang. Bila balik saya temankan dia tidur di biliknya sehingga pagi. Justeru, semalam dia tidak menangis langsung. Malahan ketika saya masuk ke bilik saya untuk berehat di kerusi urut juga dia ikut belakng saya dan berbaring atas badang saya tatkala saya enak di urut. Ya, nampaknya eksperimen saya berjaya. Tapi saya perlulah korbankan semua keinginan saya jika mahu si kecil itu tidak menangis.



Semalam pagi semasa dia bangun, dia telah terkencing di atas tilam dan saya membawanya ke bilik air dan dengan gaya cakap lembut gigi dari lidah saya memujuknya membuka baju dan seluar, malangnya baju tidak dibenarkan untuk dibuka, selepas melalui proses memujuk yang panjang akhirnya saya terpaksa guna kekerasan tapi lagi saya mengamuk lagi dia melawan dan dengan tenaga saya saya telah memukulnya di tangan sehingga pijar tangan saya sampailah saya ke office kepijaran itu masih terasa!



Akhirnya semasa memandu ke rumah pengasuh saya melihat tangannya yang kecil dan comel itu telah membengkak dan berwarna kemerah-merahah dengan kesan jaluran lima jemari saya! Oh alangkah menyesalnya dan saya serta merta menitis air mata sambil kata

"Lain kali jangan buat ibu marah pagi-pagi, kenapa tak nak dengar cakap ibu, kan kakak yang sakit"

Sambil menjeling ke arahku yang memandu dia kata...
"Tak sakit lagi"

Tengahari saya saya menelefonnya dan terus cakap..

"Kakak, sakit tak tangan kakak?"

"Tak"

"Tulah, kalau kakak baik kan ibu sayang, nanti ibu belikan mainan, bawak kakak pergi taman, kita jalan-jalan"

"Ah... salamualaikum..."

Memang begitulah dia kalau cakap telefon belum sempat cakap apa-apa dia dah bagi salam. Walaupun baru umur 3 tahun, tapi kadang kala saya melayannya seperti budak 13 tahun dan selalu bercakap seperti orang dewasa dengan dia dan silapnya saya selalu beranggapan dia faham dan boleh fikir sendiri apa yang baik dan apa yang buruk (maksudnya apa saya benarkan buat dan saya suka dan apa saya larang atau tak suka) Petang semalam bila sampai rumah pengasuh, Mak R terus dia bagi tau Hani cakap,
"ibu nak beli mainan kakak."


Kadang-kadang rasa kelahirannya satu anugerah paling bernilai dan membawa kegembiraan mengisi masa kosong saya selepas saya melalui tempoh perit dua tahun pertama bermadu dan sering keseorangan, tetapi adakalanya allah seolah-olah menguji saya kerana saya tidak mampu membelanya seorang diri sehingga satu tahap suami saya telah meminta anak saya ini untuk dibela oleh madu kerana ketidaksabaran saya melayan kerenahnya dalam keadaan kerja yang membebankan dan sungguh stress rasanya. Itulah juga sebabnya agaknya allah masih belum mengurniakan anak kedua kepada saya sehingga say benar-benar sedia dan mampu.


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/16/2006 02:41:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani

Wassalam

No comments: