Wednesday, June 14, 2006

Hani

Assalamualaikum w.b.t


Hani adalah nama buah hati pengarang jantung saya, umurnya baru 3 tahun 8 hari, sumayyah pula orang pertama yang Allah pilih untuk mati syahid (wanita ya!) jadi saya gabungkan kedua-dua nama ni kerana saya berangan-angan kalau dapat anak ke 2 nanti inilah nama yang bakal saya berikan.



Akhir-akhir ni selalu buah hati saya ni kena marah. Saya tak boleh langsung nak mengawal emosi amarah saya terutama kalau ayahnya tiada di rumah. Mulalah dia meragam dan saya pula dengan badan yang penat tak larat betul nak melayan kerenahnya yang kadang-kadang tak masuk dek aqal untuk ditunaikan.



Antara perkara yang saya marah betul akhir-akhir ini;

1. Sampai di rumah tak mahu naik ke rumah nak duduk dalam kereta w.pun hari dah malam
2. Minta buatkan susu tapi bila buat tak minum, bila sejuk langsung tak minum
3. Tak benarkan saya padamkan lampu bila nak tidur tapi minta saya temankan
4. Kuatkan volume TV sehingga tahap maksimum dan tak bagi saya pegang remote
5. Mata dah mengantuk tapi masih minta makan biskutlah, koko crunch lah macam2 lagi
6. Pergi mana-mana baru 5 minit dah ajak balik sedangkan apa pun saya tak sempat beli lagi


Kadang-kadang saya hilang betul sabar, kalau sesekali boleh juga saya pujuk tapi setiap hari perkara ni berulang, satu tahap saya rasa hilang pertimbangan dan rasa nak dera sebagai jalan keluar. Tapi setakat ni belum serius lagi tetapi setakat cubit, tampar sesikit tu adalah. 3 tahun saya tinggal berdua hampir keseluruhan masa, hanya hari selasa, Rabu dan sabtu ayahnya ada, itupun seketika dan banyak masa dihabiskan di masjid, waktu anak dah tidur baru balik ke rumah. Setiap hari juga dari dulu saya terpaksa mengambil masa paling kurang setengah jam nak pujuk dia balik kerana suka benar dia tinggal di rumah pengasuh. Adakalanya terfikir saya ilmu apa yang dipakainya, hari cuti pun anak saya ingatkan dia.


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/14/2006 01:10:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani


Wassalam

No comments: