Friday, June 23, 2006

Mula kenal dengan blog

Assalamualaikum w.b.t



Saya mula kenal dengan blog ni agak lama juga, rasanya sejak mengandung tahun 2002 lagi. Masa tu rajin mencari maklumat dalam internet, terutama maklumat pasal kesihatan ibu mengandung, bayi dan persediaan bersalin. Saya gunakan "search" pakai perkataan2 tulah. Jadi banyaklah keluar laman-laman web termasuklah blg-blog yang ada kaitan dengan perkataan tu. Masa tulah jumpa dengan blog-blog ni tapi takde masa nak baca tulisan2 ni dan tak berminat nak tau pasal bila baca tak ada maklumat berbentuk ilmiah dalam blog ni. Cerita2 aje dan banyak pula gunakan bahasa pasar, perbualan seharian dengan singkatan2 perkataan yang menyakitkan mata nak baca. Sampailah tahun 2004, bila saya sekali lagi nampak makin banyak blog dalam internet ni sya cuba juga baca sikit-sikit. Tapi tahun lalu saya mula baca secara aktif blog-blog seperti joeperantau, blog k. sya, k. lady, Mak Andeh, tuan tanah, abdullahjones, Mat Jan dan hampir semua blog yang link ke blog tu.


Saya dapati kebanyakan mereka ni dah menegnali satu sama lain. Pendek kata ada satu koloni masyarakat dalam blog. Berkawan secara maya lepas tu berkenalan pula di luar. Macam seronok je mereka bila berjumpa.


Saya juga tengok adakalanya baca blog ni satu keseronokan kerana dapat merasai pengalaman orang lain, dapat belajar dan tahu apa berlaku di sekitar mereka sehinggalah satu tahap saya rasa macam satu kewajipan untuk saya jengah ke blog untuk tau perkembangan mereka. Biasanya hanya waktu rehat atau lepas waktu pejabat sahaja saya baca blog. Kerana guna internet di pejabat. Rasa bersalah pula nak guna waktu kerja dan biasanya takde masa nak baca ni masa off hour.


Keinginan untuk buat blog sendiri juga mula timbul pertengahan tahun lalu, tapi bila fikir akan lebih banyak masa bekerja nanti disalahgunakan untuk berblog, maka tak jadilah saya buat blog. Cuma dalam hati azam nak beli komputer di rumah dan pasang internet. Itupun teruk juga kena soal jawab dengan suami kerana pejabat dan rumah jaraknya 50 meter je,


Suami tanya;

"kat pejabat dah ada internet, buat apa nak masukkan kat rumah?


"Nak buat bloglah bang, macam diary tapi boleh letak macam-macam, ramai orang dah ada blog".


"Kan abang dah buat laman web kita sekeluarga, tak payahlah buat blog"


"nak masuk juga internet, senang malam-malam boleh cari maklumat, akan datang nanti kalau wa jadi pegawai pendakwa boleh tengok authoriti case dalam MLJ dan CLJ"


"Suka atilah"


Jawapan suka ati tu menang ditunggu-tunggu sebab suami saya ni memang payah nak bagi persetujuan perkara yang pada dia tak banyak manafaat, macam nak masuk astro dari mula kahwin sampai hari ni dia masih tak setuju nak pasang astro w.pun dulu beli wira dapat percuma astro, dia biarkan aje, katanya, " baca Quran" lagi baik. Saya malas nak lawan. Macam tulah suami ni... banyak sangat benda nak jaga dengan dia ni. Buat blog ni pun tak bagi dia tau ni, kalau tau nanti takut dia terbaca, kot-kotlah kecik ati ke. Agak-agaknya orang lain tu suami baca ke blog bini masing-masing?


Jadi azam beli komputer hanya tertunai bulan lalu dan internet pula hanya dapat masuk awal Jun, dapat pula pakej staff tel*kom, guna nama suami jadi hanya bayar RM 44 sebulan unlimited guna internet. Tanpa ada apa-apa asas pada masa ni, inilah aje bentuk blog yang termampu dihasilkan dengan masa yang terbatas untuk belajar lebih banyak lagi dan buat blog lebih cantik dan menarik. Apapun sekarang ni ada jugalah tempat baru luah perasaan dan kongsi buah fikiran. Sekurang-kurangnya ada juga catatan nak rujuk kemudian hari.


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/23/2006 11:52:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam

No comments: