Sunday, April 5, 2009

Saniah Wanita Kemboja

Assalamualaikum w.b.t





Saniah bersama anaknya kini berada di rumah saya. Semalam saya balik kampung, berurut lagi. Balik berurut kak aza pesan suh ambil anak perempuannya, kak cik yang belajar di Madarasah batu Berendam. Kami ambil kak cik lepas asar dan kemudian hantar kak cik ke rumah kak aza, bersantai di rumah kak aza sampai lepas maghrib.


Lepas maghrib terus bawa Saniah dan anaknya, Fahmi ke rumah saya. Fahmi orangnya sangat ceria, sekadar pandang pun dah senyum. Hishhh sukanya saya tengok. Walaupun bezanya sebulan dengan Sofiyyah, anak kak aza tapi cergas dan cerdiknya dia. Geram saya.





Sebelum ni, macam geram sangat bila kemboja ni nak diserahkan pada saya. Tapi bila dah ada depan mata sukalah pulak. Macam tiba2 jer Allah hantar anak depan saya. Dan ada satu berita, yang saya tak taulah berita baik atau buruk. Dia nak beri anak dia tu pada saya. hal ni nanti saya cerita kemudianlah.





Fahmi ni sangatlah handsome, hidungnya mancung. Bayangkan Kemboja [berkulit cerah] campur dengan Pakistan. hasilnya...lahirlah anak yang berkulit cerah berhidung mancung.


kalau nak lihat perkara ni dari sudut negatif maka akan jadi negatiflha kan? Tapi saya cuba sedaya upaya fikir secara positif dan anggap ini semua ada hikmahnya. Selama ni untuk pengetahuan yang membaca blog sya, saya berusaha encari anak angkat. Memang saya nak sangat anak dan tak isah kalau dapat anak angkat. Saya bercadang untuk susukan dengan susu sendiri supaya tidak timbu masalah aurat dan mahram nanti.


Dan sekarang tiba2 Allah hantar Fahmi duduk di rumah saya. Ajaib tak? Saniah kata dia pu tidak ada kawan sebenarnya. Dia pun tak tau macamana Allah buka pintu hati dia berhubung dengan kak aza. walhal dia sendiri tak kenal kak aza dan tak dapat temgok pun muka kak aza. Tengok mata jer.


tapi lepas jumpa kak aza setahun lepas [masa sama2 mngandung] tiba2 dia rasa kak aza boleh menjadi kawan dia mencurah masalah. pemberi semangat kepada dia. Dan akhirnya membuka hati dia untuk datang rumah kak aza. Menurutnya, kak aza kata kak aza akan tanya saya nak ker saya ambil dia sebagai pembantu [sebab dia ada anak kecil]. Kalau katalah saya taknak kak aza kata baliklah semula ke Muar...tempat saudara mara dialah...


Saya suka befikir posotif, kalau kita tolong orang hari ni, esok2 orang tolong kita pulak. rang tengah susah, nak makan pun takde duit, dengan nak beli susu anak, pampers anak, saya bantulah mana yang boleh. pagi ni buaian hani, baby walker, mainan hani semua keluar semula. Suka saya tengok tak benda2 tu semua terbiar dalam stor. Lepas ni banyak lagi perkakas hani Fahmi boleh gunakan.


Hal dokumentasi utk ambil Fahmi sebagai anak angkat, Saniah sedia bila2 masa uruskan. Dia kalau boleh nak balik kemboja. Dan Fahmi dia nak jadikan warganegara Malaysia. Dan sebenarnya dah ramai sangat yang nakkan si Fahmi ni. Tapi dia taknak beri. Sebab tak yakin. Kalau boleh dia nak yang terbaik utk Fahmi, nak beri Fahmi didikan agama. Nak jadikan Hafiz. Tu sebab nma dia Abdullah Fahmi, nama peserta Akademi Quran katanya. Saya sendiri pun tak pernah tengok AQ ni sebab tv saya mana dapat TV9 dulukan...


Tu sebab bila dia tengok saya, dia terus tawarkan saya ambil fahmi, terkejut juga saya...cuma katanya bila serah pada saya, dia yakin yang hubungan dia takkan putus, bila2 masa nak tengok anak dia boleh datang sini...hmmm...sebab semua berjalan terlalu pantas, saya pun tak buat keputusan apa2. Semuanya kena difikirkan masak2.


Seronok sebenarnya tuba2 dapat anak lelaki. Sapa tak seronok,kan? Tapi semua sudut kena difikirkan. Saa perlukan masa dan buah fikiran. Buat masa ni biarlah saniah dan Fahmi tinggal bersama saya dulu. Sekurang2nya Suhailah ada teman di rumah. mesti dia suka sangat tu. Oh ya, Suhailah tinggal dikampung, dia taknak ikut balik. Saya fikir takperlah biar ponteng sekolah isnin ni, asalkan dia seronok jumpa sepupu2 dia kat kampung tu. Makanya dia tak tau langsung hal cerita ada baby kat rumah ni. kalau tau tu harus melompat nak balik...alangkan si Fifi kucing tu hari2 dipeluk cium dimandikan siap syampu, apatah lagi anak manusia...lebih2 lagi layanannya lah....


Buat masa ni saya nak tumpukan hal kuliah dan exam, lain2 hal ketepikan dulu....saya anggap besar hikmahnya saniah dan fahmi hadir dalam hidup saya secra tiba2 ni. Adalah agaknya yang Allah nak uji atau nak beri pahala kot.


Sekali lagi saya rasa ajaib sungguh. Allah hantar baby betul2 depan mata dan terus masuk dalam rumah saya. Sekian lama saya tanya sana-sini, cari baby...dan kali terakhir hari tu saya ditawarkan oleh kawan di HQ [sama2 jadi saksi kes, kebetulan isteri dia peg penjara] untuk diberi beby anak banduan kalau adalah....sebagai anak angkat, dan saya seia ajer..... Dan dalam kes ni saya anggap Kak Aza tu sebagai asbab jer untuk Allah hantar saniah dan baby tu ke rumah saya. Kalau si Suliyati ada lagi kat rumah ni sebagai maid rasanya takkan kak aza cadangkan saniah jadi pembantu kat rumah ni...tulah semua perancangan allah tu ada hikmah disebaliknya.


Harap2 kawan2 juga melihat kes ini dari sudut positif. Saniah ni juga sangat rajin, tak duduk diam langsung, dengan Fahmi diletakkan dalam baby walker macam2 kerja dia buat. Sekejap jer rumah dah licin....cuma masakan melayu jer tak pandai lagi...tapi bersedia untuk belajar dari saya, katanya....


Dan persamaan dia dengan saya juga, dia sebenarnya juga bekas isteri kedua....bolehlah cerita2...dan apa yang saya belajar dari dia adalah kesusahan hidup dan betapa syukurnya saya dlahirkan di Malaysia. katanya di kemboja nak kerja, dia kena korban agama, sebab kalau kerja aurat tak boleh dijaga, maka itulah puncanya ayahnya [juga karkun/tabligh] suruh datang kesini bekerja, tambah2 ramai saudara mara dan adik beradik di sini cuma nasibnya agak malang sebab terjodoh dengan pakistan yang takde sifat kasih sayang...dan tak menghargai anak isteri...

11 comments:

Zareda Norman said...

Salwa

Rezeki Allah nak bagi ni macam macam cara dan kaedahnya..Ini pun kira rezeki jugak dan rezeki jangan ditolak.. Kalau Allah nak beri, semuanya jadi mudah kan..

Kalau salwa tak nak, kak zar nak.. ehhehhe.. mencari anak lelaki jugak ni..

izawani said...

Salwa, akak tak mo komen pasal anak angkat tu lebih lebih. Fikirkan masak masak sangat tauuuu... bimbang diri sendiri terluka. Pastikan semua risiko sanggup ditempuh... hehehe... ni cerita dari pengalaman tau...

Ok... saniah tu... hmmm... nanti kita sembang kat YM... mana tau kot saniah tu ada kena mengena dengan abang ipar akak...

izawani said...

Eh... satu lagi... dulu masa akak dok bermasalah dengan hubby, akak berangan untuk ada seorang susah, ibu tunggal yang punya anak untuk tinggal bersama akak... leh bermanja dengan anak dia... So, akak dapat rasakan betapa Salwa gembira sekarang... dan dapat bercerita itu ini dengan perempuan lain yang lebih bermasalah...

Cool said...

Kak Wa, hati-hati tau.

Irfa said...

emm..tetiba saya jd suka ngan fahmi.walau cuma baca cerita.kalau akak berniat menolong krn Allah,saya doakan akak mendapat balasan yg baik..buh gambar fahmi next en3 yer..tingin nak tgk.hehe

Ummi said...

ummi doakan yang terbaik untuk wa

kalau itu yang wa inginkan, harap semuanya akan di permudahkan Allah

Irfa said...

komen ke2..
kak,dapaty sms saya tak?saya berminat nak tahu pasal tukang urut yg guna daun kat melaka tu..
nak cuba utk hero kenit saya tu.mana tau menjadi.camner nak kesana?senang tak cari jalan?ada no tepon tak..

dayangbest said...

kak,
letak laa gambar dia..
saya dah imagine betapa comelnyaa budak tuh
lebih2 lagik kalau dapat berkakak dengan hani kan??

Hanisumayyah said...

kak zar...

Memang klau boleh saya nak sangat, tapi melihatkan cara maknya sayang kat anak tu, tak sampai hati nak ramps kebahgiaan dia, lagipun banyak sudut perlu dfikir...


Kak wani...


Tulah saya dah cakap kat saniah suh fikir masak2, dan saya taknak saya menaruh harapan dan kemudian saya kecewa, sebolehnya saya nak dia fikir 4/5 bulan dulu, cuma probelmnya kalau lambat takut d=si fahmi tak nak menyusu badan saya nanti...harap2 blh sy usahakanlah...sy takdelah pulak fikir camtu, cuma fikir nak anak angkat jer, tapi Allah bagi double plak...


Jiji...

Insyaallah moga allah mengethaui apa yg terbaik buat akak


Irfa...

Nak ngambik gambornya tapi masa tu suntuk sngat dan leka main dengan dia sampai lupa nak ambik gambarnya, nanti weekend ni akak masukkan gambranya yer...

Akak takdapat sms pun, betulker no akak, ni no akak 019 6618157

Senang jer rumahnya, dari masjid al azim terus menghala ke umbai/merlimau/muar. Rumahnya selepas Pusat kesihatan Umbai dan sebelum masjid umbai sebelh kiri, kena tanya orang kawasan situ mesti diorang bagi tau tu...


Dayang..

Tulah semalam Saniah pertama kali tengok hani terus dia kata Fahmi dan hani boleh kata macam adik beradik....akak pun rsa, cuma takdelah sebijik sama, tetapi persamaan tu ada...



Ummie...
saya pun harap begitu

Luna said...

hmmm..sy pun tarik balik lah kata2 sy aritu..

muka fahmi dgn hani pun mcm seiras..


mungkin mmg betul hikmah yg Allah dorongkan pd akak.

Irfa said...

salah ko.no dlm hp saya ni dulu saya ambik kat blog sblm akak private..017-3201161..anyway tks kak