Friday, July 30, 2010

Melempiaskan kegeraman cara tidak elok, tapi puas hatilah!

Assalamualaikum w.b.t


Mul2 nak bagitau, sorrylah lama tak update, bukan apa, bizi

Sampai rumah dah malam, Hani dah merengek ajak teman tido, sudahnya dengan mak2nya tido

Bizi kerja kat office tu satu hal, selainnya bizi mengabiskan duit...

Yerlah minggu2 lepas gaji ni kan, dan sibuk lak beli baju2 raya hani....tau2 jerlah

So dah setel dah baju raya hani, mahal2 baju hani tahun ni, walaupun semua beli kat kedai2 biasa jer...sebab tahun ni hani totally saya dah ubah imej baju raya dia sebagai persedian menjadi 'ustazah' dan nak amsuk madrasah....no more jeans, no more t shirt and no more skirts

Yang ada, kurung, jubah seluar, dress labuh, gown labuh/lengan panjang....satu jer saya terbeli baju macam gown sleeveless paras lutut kembang A line, tu nak padankan dengan legging dan nak cari inner, nak padankan dengan tudung syria (kena gak ke butik Pearl haya ni)

Sebeanrany sebelum tido mesti azam, konon nak bangun balik mengadap pc buat kerja office sikit2...

Tapi bangun tu bangun gak....tapi cuma bangun tengok jam kat hp jer pastu tido balik

Hishhh berhantu betul lah tabiat tido ni

Takleh bayangkan ada anak kecik camana

Sebab saya rasa tido adalah perkara yang amat penting pada masa ni

Rasana ak boleh tolak ansur dah dengan mata ni

Semuanya sebab saya rasa disiang hari saya dah terlampau letih

Mental fizikal

Jadi badan bagi arahan malam utk rehat dan tido semata2

Dan arahan ni memang tak boleh lawan....

Badan rasa tak larat, mata pulak rasa nak pejam

Sungguh! Penangan tido ni memang ganggu jadual hidup saya lah...

Kalo tak dari pejabat dah rasa balik ni nak masak, nak kemas, nak basuh bajulah

Tapi sampai rumah, Ya Allah hai...takde benda lain kami dua beranak buat

Tido setido2nya.....sampai makan pun tak kesah dah...

Okay, baru abis intro...

Ni hah, nak bagitau, saya perang dingin dengan miss conquer...

Dah lama sabar dah ni...asyiklah perkotak-katikkan orang lain

Selama ni dia jerit2 kat budak pengkat bawah dari dia

Masing2 dah tau dah perangai moody dia tu

Tapi dengan saya dia tak pernah berani bersuara tinggi

Yerlah saya ni walaupun tak sepandai dia buat kerja tapi masih hormat kot sebab pangkat atas dia dan kerja dah lebih 10 tahun

Malahan boss kami dan boss atas saya pun sedar yang miss conquer ni moody

Sampai boss atas saya tu citer2 dengan saya, tanya kami ni ada bagi pressure kat u all ker?

Dan dato pun ada tanya kat boss no 3 tu katanya, jangan bagi pressure budak2 ni, rasa2 kalo sebelah petang nak balik dah takde kerja baliklah (bila masa yg takde kerja nya?)

Malah boss selalu gak cakap, kalau nak keluar, keluar jer....jumpa orang...u tak tau bila masa nanti u akan perlukan bantuan orang tu....bina rapport..katanyalah..tapi as kuli kat sini kerja mmg tak pernah habis lah


Balik citer miss conquer tadi, dua hari lepas ada arahan utk panggil wartawan, ada PC nak dibuat

Okaylah kat sini kami dah ada pembahagian tugas secara tak rasmi

Nak buat camana kan..takkan satu kerja semua nak buat, mestilah dibahagi2kan

Miss conquer akan deal dgn wartawan, semua pc dia akan buat, press release dia juga akan keluarkan (dah sah kelulusan dato' dan top managementlah)

Saya lak jaga portal, buat story, deal dengan bahagian teknologi maklumat/ Jk portal negeri/ Jk portal HQ, apa2 statistik yang akan dikeluarkan oleh top management, jawapan parlimen saya yg jadi liason officer dengan unit statistik... dan saya jugak yg buat teks ucapan KP, sometimes buat talking point KP, dan macam2 lagilah...

kebanyakan org luar/state akan cari saya apa2 hal kecik2 sebab mungkin dgn say senang dan saya lebih dikenali banding miss conquer setahun lebih kerja dan 100% duk kat korporat kom yg kononnya hanya deal dengan top manegement dan org luar (bahagain kami mana ada keperluan deal dgn org dalam)

Miss sinar, akan blast fomacc (sistem penyampaian mesej), dengan arahan saya lah ni, juga kami dua handle FB, juga miss sinar kalau saya arahkan keluarka press release jik aada tangkapan dia akan buat juga (selalunay saya malas nak suh miss conquer, dia takkan buat)

yg saya pasti saya dengan miss sinar ada kerjasama habat, tak taulah kenapa miss conquer tak langsung join kami dalam buat kerja, dia duk kat bilik jer...kalao dia ada kerja, dia conquer sorang2, utk dapat nama agaknya?

Tapi lepas tu ko mengamuk, ko stress buat apa?

Tau tak, baru kerja setahun ni dia dah dapat hasil dari taktik dia buat kerja conquer sorang2 dia dapat klhidmat cemerlang tau tak tahun ni? Bangang tak> bengang tak?

SAya tak ingin pun, tapi nama dia dicalonkan oleh Dato' Shukri, kami nya orang no 2..

Mana tanya, apa2 hal sikit2 jumpa dato; direct uuu.....bypass jer boss atas kami....

Tapi diorang tak rasa pulak dia salah, sebab w.pun setahun jagung dia paling senior kat korp. comm ni...yg lain2 semua masuk tahun ni..tu pun kena tarik lepas dato' abu ambik alih jadik KP..dia jer kekal dr zaman dato ahmad said...snior tuuu...

eh tak abis lah citer [ngumpat] dah abis masa lak..nak gi kerja...petang kang sambung!

3 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salam Salwa,

part badan nak, tapi mata tak larat tu memang menggambarkan situasi akak minggu lepas. minggu ni dah ok sikit hehehe

Zareda Norman said...

salwa
kalau citer part kerja memang rasa berhangen jer.. baik sepoi sepoi bahasa mahupun ribut topan, tambah dengan gomen.. kena jaga org atas kiri kanan sumerler. Cam tu lah dok HQ, deal dengan kp, tkp, susah mau citer.. PR mesti hebat kan..

Luna said...

ei,camne la rupa miss conquer ni tak dapat membayangkan nya.

apapun, skrg sy mmg nk tunggu citer miss conquer dr blog akak mcm tunggu citer Gems dari blog kak sya. hehe