Sunday, July 25, 2010

Lamanya dah tak jumpa pak hj

Assalamualaikum w.b.t


Saya pun tak ingat lah dah berapa lama saya ni macam tak berlaki


laki sendiri pergi berapa lama pun tak sedar,


Kali ni tak kira langsung...tambah2 lak ada isu kak aza, so masa berlalu tu tak terasa sangat


Dan kerja pun super busy...tapi bizi2 pun seronok dan terasa masa terisi


Macam seolah-olah takde apa rasapun bila dia takde


Tapi sesekali bohonglah kalau saya kata langsung tak ingat


Adalah jugak gesaan manja2 teringat kat dia


Tapi bila memori tu datang, puas fikir dan nak membayangkan memori indah2 bila bersama


Takde benda lain yang timbul


Sebab kami memang tak berapa banyak kenangan indah dan menarik


Sebab buklan selalu kami spend masa bersama


Kalo ada pun hanyalah kenangan intim di atas ranjang! [yer, itu jer kenangan indah yg dominan dalam kepala]


Selain itu, kenangan2 pergi makan2, yerlah dah katanya selalu makan kat kedai


Kenangan pergi jalan2 dah tak ingat terlampau lama dah tak jalan


Yang saya ingat kenangan masa keluar 40 hari akhir tahun lalu


Tu pun jalan2 secara berkonvoi dengan kereta jemaah lain dan berkelubung....pakai purdah tutup badan termasuk muka 100%....camna nak menikmati pemandangan?


Rasanya kalau pak hj balik sebelum ramadhan, saya nak ajak dia jalan2 lah..ke pantai timur ker, ke utara ker...asalkan jalan2...bosan dah duk rumah dan ke pejabat, jalan2 pun dekat2 sini atas tujuan kerja...


Mesti hani seronok , sebab dia yang paling lama tak jalan2...


tahun depan kalo dah masuk madrasah lagilah dia terperuk kat madrasah...mesti dia pun fikir dah lain...


Oh yer, semalam saya dah belikan hani keperluan untuk madrasah dia...


Dua helai jubah kanak2, warna hitam pastinya. dan dapatlah sekali dengan dua shawl size kanak2


Malam tadi saya pakaikan dia jubah dan shawl tu...kami dua beranak sebenarnya lepak kat masjid shah alam dari tengahari tu.


Sebelum tu ronda2 buang duit kat tesco shah alam..beli keperluan raya, kasut raya untuk saya, hani dan mak saya kat kedai bata jer...serta serba sikit pekakas rumah [rasa macam banyak kali dah beli barang2 rumah ni -beli utk rumah sendiri, homestay dan ni beli lagi benda remeh temeh ni sekali lagi macm cermin, alas kaki dll..aduh bazir betul!]


Sampai kat masjid s.alam kan ada peniaga kat situ jual jubah segala tu..so saya ambil peluang lagi buang duit kat situ pulak


Beli jubah saya, tudung, dan dua jubah hani dan baju kurung cotton untuk raya hani


Hari jumaat saya gi sermban, ada penyewa baru nak amsuk terus so saya gi hantar kunci ler


Rupanya mamat tu kerja kat parcel D jugak, D5...ker D3 ntah tak pasti....dekat sgt lah dengan pej saya D6 SPRM...


Isterinya pensyarah di UiTM Kuala Pilah...so overall okaylah penyewa ni muda belia baru kawin dan masih mengandung trimester pertama


Sewa pak hj letak RM550 sebulan, dah dia pun okay cuma saya rasa macam mahal sangat...tapi kenangkan perabot ada semua, berbaloilah jugak dia sewa situ...saya agak suaminya tu PTD takpun DPP kot...ntahlah dari gaya2 dia cakap tulah macam banyak knowledge jer, saya nak tanya malu pulak....macam kepochi sangat...


balik hanra kunci saya terus ke senawang, ada kedai favourite saya kat situ, baju kurung dan tudung murah


Masa tu dah 9.30 malam, dalam masa tak sampai setengah jam, saya dapat juga beli 4 helai baju kurung dan hani pulak saya belikan sehelai baju kurung moden...semua murah2 jer...


4 helai baju kurung saya tak sampai RM180..murah kan? Baju2 ni semua untuk ke pejabat, dua helai cotton dan dua helai baju ala2 batik ni...


Cotton yang sama di Bangi adalah RM79, di senawang hanyalah RM39 sahaja, beza RM40...murah kan?


Tudung bawal yang berharga RM40 di mana2 kedai di sini hanyalah RM12-15, sangat murah...


Tapi sekejap sangat tak dapat pilih dan hanya satu kedai jer sempat pergilah.....pastu nak balik nampak cam ada pesta jualan kat Dataran Senawang...so menyinggah lagi, beli lak 4 lai tudung nak padankan dengan baju2 kerj yg baru beli tu.....

So, jumaat ni ada court case nak ke sana lagilah... nak belikan mak punya baju pulak..dan nak ke butik Pearl Haya (www.pearlhaya.com] belikan hani tudung [yg mahal gila] sebab payah lah nak carik kan tudung kanak2 yang lawa dan sesuai kat Pearl haya jer ada w.pun mahal belikanlah jugak utk raya sehelai dua....lagipun hani jenis bertudung memang tak rugi beli tudung sampai lunyai satu2 tudung tu dia pakai.....


Eh..bebel apa lak ni..lari tajuk daaaaa

Wassalam

1 comment:

Zareda Norman said...

kak zar pun suka tudung pearl haya ni.. nampak kemas aje.. nanti nak try untuk raya pulak..