Assalamualaikum w.b.t
bahagia subjektif
Menderita pun subjektif
Situasi saya sekarang...dalam rumahtangga
bahagia tidak, menderita pun tidak
Situasi dalam hidup pula
Bahagia dengan beberapa benda baru yang berlaku dalam hidup
Beli benda2 baru~kereta, baju2, BB, barang kemas, dll
Kesimpulan:
Saya bahagia dengan hidup saya sekarang, walaupun dalam rumahtangga saya tak rasa apa2
So, perlu ker saya menjanda kalau kehidupan 'rumahtangga' saya sedia ada sekarang ni bertukar dari takde apa-apa menjadi kepada sesuatu yang berkecenderungan ke arah 'menderita'
Saya rasa saya nak remain dalam mode bertahan ni sampai saya rasa hubungan dan situasi rumahtangga ni bergolak sekali lagi
Amacam? nampak cam dangkal sangat ker keputusan ni?
Okay....
Saya bukan tak sedia menjanda
Tapi saya rasa saya sendiri belum nak bersedia dan menyediakan diri ke arah itu
Saya rasa sebelum saya nak menjanda saya nak kena sediakan sistem sokongan dulu
Supaya saya betul2 bersedia dan takkan menyesal
Lagi satu
Saya ni bukannya kategori gatal
Yang sampai suka menempel kat jantan
Tapi saya pun tak tau
Kadang2 ada lelaki dia jenis suka mendekati kita dengan cara berbeza
Sebab saya cepat mesra, banyak cakap, dan sebagai anak bongsu sedikit manja (sungguhpun usia dah meningkat ni)
Ciri-ciri yang ni sukar saya nak kikis dalam hidup saya
Ciri yang sama nilah yang saya bimbang dan takut akan menjerumuskan pada fitnah orang
Saya cakap bukan semberono
Tapi situasi dalam SPRM ni agak berbeza
Sebab majoriti di sini lelaki, kerja ni bnyk didominasi lelaki
Sebagai pegawai penyiasat telah dididik dan dilatih untuk kepochi
Suka ambik tau hal orang, pantang nampak pelik dan lain adalah mulut yang bercakap nanti
Saya tak cakap kosong
Saya perhatikan perempuan yang tahap boss yang janda pun kena kutuk
bila dia bercakap gaya2 mesra pun orang dah pandang lain...
Dan ciri2 semulajadi saya ni susah nak buang
Dari jenis cepat mesra dan suka bertanya tiba2 nak jadik kera sumbang....pelik juga
Eh tak de sebenanya saya nak bagitau yang saya taknak nanti ciri2 semulajadi ni
Dikaitkan pula dengan status saya yang menjanda tu pasal perangai camtu
Saya takdelah berurusan dengan ramai orang.....dan mesra dengan semua orang
Tapi orang yang kenal saya dan berurusan dengan saya dalam kadar kerap dan jangkamasa panjang pasti tau yang saya akan cepat mesra
Saya taknak bila saya janda, saya mesra orang mengata saya bermesra tu sebab saya gedik yerlah janda....
Walhal saya memang mesra (bukan bertepuk tampar) dengan mereka yang selalu berurusan
Tu sebab saya diletakkan di korporat comm sebab aya pandai cakap, cepat mesra
Eh ni mungkin hanya ilusi dan imaginasi saya jer yang phobia sangat dengan gelaran janda tu
Yerlah saya tak cuba lagi kan...
Tapi saya dah dapat baca dah, kalau sya menjanda mesti akan ada suara2 nakal
Tu yang malas nak layan....
Ataupun mgkin takde apa2 pun saya jer yang melampau2 bayangkan negatif
nanti saya sambung,
Malam ni saya di The legend....bermalam di sini
Hotel ni 5 bintang, bayar jer mahal tapi bilik biaa takde apa2 yang menarik
saya rasa baik pulak di Puteri pacific....
Kami awal2 dah bookinh triple tapi lepas majlis penghargaan wartwan tu
Dalam jam 11 lebih baru kami check in
masuk2 ada 2 single jer'
Bila follow up nak tunggu dia ambik action sampai 4 orang follo up baru kaitil tambahan datang
Yerlah tido sini sebab pagi2 esok dah start kan dialog tu
Mujur juga esok memang tertutup so takde sidang media xde wartawan senang kerja
eh dahlah....nanti bebel lagi
Pnut, maryam...nak datang dialog ni boleh...saya rasa masih ada kuota lagi sebab ada yang dah cancel pulak....dari 9 pagi to 1 petang.....tapi sempatkah?
Buat blogger, kalau ada nak komen yang over sensitif dan nak personal advise kat saya, xnak komen kat blog sms @ call nombor saya ni 019 6996901....saya berlapang dada....
9 comments:
Ini adalah jawapan terbaik dari Salwa. Betul, bahagia itu subjective. One man's meat is another man's poison bak kata orang putih.
Jika Salwa selesa dan bahagia dengan keadaan ini, dengan cara tak adil Pak Hj treat Salwa dengan Hani (dari pandangan mata pembaca based on what you write in the entries) - maka this is your best choice.
Cuma bila Salwa tulis "penderitaan" Salwa - maka kami pembaca memberi opinions dan perspektif yang berbeza supaya Salwa dapat analyse situasi itu dengan baik.
Tapi, if you feel that it is alright to be mistreated, dan this is the kind of marriage with the false sense of security that you want - tiada siapa boleh cakap atau judge apa-apa. Kerana ini kehidupan you.
Semoga Salwa mendapat yang terbaik.
MA
saya pilih (kalo saya di tempah kak wa) utk berpisah. Sebab perasaan ditinggalkan.. perasaan tidak di hargai...perasaan 'aku ni tiada nilai ke?" akan bunuh saya slowly. Inthe end saya akan 'bunuh' anak saya pulak tanpa sedar.
kak zar setuju dengan MA.
Bahagia memang subjektif, kalau tak, tak deler isteri yang suami kaki pukul, suami isap dadah pun masih sanggup berlapang dada dengan suami masing2.
Dan sekiranya salwa bahagia dengan cara sekarang... peganglah kebahagiaan itu dan teruskan melangkah. Semoga salwa mendapat yang terbaik..InsyaAllah
yg penting, kita tau apa yg bahagia buat kita..
org boleh bagi pandangan, kita pun boleh pilih samada nak ikut atau tak..
kalo saya dtempat akak, saya pilih berpisah saja..tu kalo saya taw..sbb skrg pun rasa nak berpisah jek..hidup hambar dlm ikatan..nothing happy except bila ada anak2..rimas sebab selagi ada dlm ikatan, tanggungjawab semua nak kena buat..mencik!!
Faham sgt perasaan akak ttg hidup nak jd single balik
Mcm saya nih bukan pilihan utk jd balu
Balu ye, bkn janda cerai hidup pon
Tp ttp orang pandang serong gak
Mulut tetap mengata gak
Lebih2 lg sbb muda, xde anak
Suma org feeling saya nak rampas laki depa
Xbleh nak cakap sket pon
Boleh je buat tak endah
Tp kat mulut je laa
Hati ttp terasa gak
Mungkin akak rasa bahagia gini
Hj pon x kacau selalu sbb dah jauh
Hidup pun makin happy
wa,
kebahagiaan terletak di tangan sendiri and you have a reason untuk berbaik
so teruskan selagi wa terdaya, ummi doakan yang terbaik
jika sudah tidak berdaya, pilihlah jalan yang betul
i have a fren yang suaminya dah bertahun tidak balik tapi mereka masih bersatu
bila kami bagi nasihat, kami suruh dia buat pilihan, pilihan nya masih untuk bersatu, so wa jika itu yang di pilih, teruskan, dan pilih kebahagiaan, macam wa buat skrg kalau itu yang membahagiakan wa :)
i do understand sometime kita tak boleh nak comparekan hidup kita dengan orang lain, so dont compare be yourself :)
Saya harap Wa akan lebih bahagia selepas ini. itu keputusan awak, mesti dah fikir abehkan? so harap suami awak tu dapat menghargai awak sepatutnya, dan letakkan awak ditempat yang sepatutnya.
Ada pepatah mengatakan kawan yang sebenar adalah kawan yang sanggup berkata benar walaupun pahit untuk diterima..jadi walaupun komen-komen ini pedas-pedas belaka, dan Salwa baca pun mengelegak, tapi percayalah komen-komen ini datangnya dari hati yang ikhlas memberi pandangan berdasarkan penceritaan dan perkongsian Salwa.
In the end, however, keputusan adalah ditangan Salwa kerana bagaimana bentuk bahagia yang menjadi pilihan hanya Salwa sahaja mengetahui.
Bak kata Zar, bahagia itu memang subjektif, sebab itu ada isteri yang sanggup berhutang keliling pinggang semata-mata nak menjamin suami yang merogol anak gadis sendiri. Sebab itu ada isteri berjawatan peguam sanggup bertahan bertahun2 sebelum mengambil keputusan bercerai dengan suami yang kaki pukul.
My point is, you deserve to be happy. Therefore, why waste time in a relationship that's making you miserable? Because, the way i read it, that is how you feel in this relationship with your husband.
Pada Azwa, Salwa kena beri peluang pada diri sendiri, sebab hanya Salwa yang boleh beri peluang itu. Salwa masih muda, rupa ada, pangkat pun ada, kebolehan pun ada...siapa tahu Allah akan beri Salwa yang lebih baik berbanding yang ada sekarang.
On the other hand, Salwa juga mengatakan bahawa Salwa bahagia dengan keadaan yang ada sekarang atas sebab2 yang Salwa dah berikan...so, if that is your definition of bahagia, who are we to argue anyway.
Apa pun pilihan Salwa..kami cuma mampu doakan agar Salwa mendapat yang terbaik dari pilihan ini.
salam kak wa..
saya tumpang baca komen je..tp selalu doakan kawan2 yg saya kenal tak kira dunia nyata atau dunia blog semoga mereka gembira selalu dan termasuk la jugak kak wa
Post a Comment