Sunday, October 31, 2010

aku nak cerai, tu jer!

Assalamualaikum w.b.t


Sebagaimana yang ditulis dlm entry sebelum ni, biar saya jelaskan sedikit sebanyak. Sangat rumit sebenarnya pengalaman hidup saya.


Dalam hati sentiasa ingin yang terbaik yang boleh membimbing dan dalam hati dari dulu kepingin suami yang jika mampu membawa sya sampai berpurdah pun saya redha.



Itulah tarikan utama pak hj dan itu yg buat saya anggap keputusan terbaik buat saya. Memenag allah hantar ikut kehendak saya semuanya melainkan statusnya sahaja. Apakan daya.



Dah kawin 10 tahun pun. Sungguh ranjau ditempuh tidak sedikit saya anggap itu ujian memanh utk saya. Suami perantara. Jahat dan zalim macamana pun dia hakikat utamanya allah bagi ujian utk saya


Sungguh memang saya sudah bersedia jasad dan nyawa untuk menjanda. Ujian apapun sya rasa telah bersedia.



Cuma dalam hati gusar jika satu ujian yang datang ini. Ujian yang mungkin sukar sya nafikan yang sya akan cair juga.


Saya dah bagitau dulu MO pak hj kalau dia dipujuk pasti dan pasti dia akan cair.
Hendak pujuk @ tidak tu terpulang kepada sya


Senang sangat sejuKkan dia. Dengan satu sms pun dia berpotensi okay semula. Sekarang pun dah ada tanda2.



Dalam hati memang manyampah gila. Kau ingat aku apa? Takde hati dan jiwa sesuka hati mengata. Ikut sedap fitnah asalkan kau bahagia?



Tapi jumaat baru ni balik dr melaka saya singgah seremban selesaikan pindahkan talian telefon dan streamyx ke p.jaya. Sambil tu jumpa iza anak tiri saya.


Sebagai pelajar final sem syariah dan memang ambik paper munakahat dan enakmen undang2 keluarga islam sya tanya pandangan dia



Dia kata dia tidak bias pada saya atau ayahbya tapi sebagai peg syariah katanya tugas dia nasihatkan ke arah kebaikan



Panjang bicara kami di secret resepi. Sudahnya dia akur kehendak saya utk bercerai. Sedih katanya. Tapi sapakan daya. Jalan keluar ini sahaja.



Cuma pak hj ni nampak gaya dah takde apa2. Siol jer dia kalau saya sms hal biasa2 macam saya tanya hal2 rasmi cepat betul dia jawab tapi bila saya suh jatuhkan talak takde pulak jawabnya.


Nak psiko sayalah tu suh pujuk dia. Peerah. Aku dah bahagia dan dah ada hidup sendiri yang tak perlu dah lelaki.



Saya dah beli GPS. Wah best betul senang nak jalan2 lepas ni.

Wassalam

7 comments:

Anonymous said...

GPS?? hehehe...senangkan? cuma kdg2 ada gak dtg 1x sekala 'bengong' alat tu...hehehe..

ina

Pnut said...

kalau sudah ada bahagia di depan mata, jangan pilih derita lagi...
terus melangkah. buktikan pada si dia, awak leh besarkan hani sebaiknya tanpa bantuan dia pun..

MOKCIK AZWA said...

Mokcik pun dah beli GPS gak...betul tu sesekali memang keluar gak 'kebengongan' GPS ni hehehe...contoh mudah...dari psint 8 ke parcel C..dia tak ikut roundabout besar...dia short cut naik bukit hotel Shangrila tu, pehtu kluar dekat depan parcel D...dia expect kita nak memotong trafik tu untuk ke parcel C...oooo sungguh merbahaya kalau masa sibuk..

Tapi...masa2 lain memang mudah...contoh masa pi UIA tempoh hari...berdezupppp jer hehehe

Cerai?

Apapun pilihan Salwa...semoga kebahagian jadi milik Salwa dan Hani.

Irfa said...

salam kak..
baru abis khatam entri2 lama..
spt kak zar cakap..moga bahagia milik akak dan hani

dayangbest said...

sy pun pakai gps
takleh hidup laa esp kalau drive gi kl

nak gi mana2 mall pun senang kalau turun kl
cakap je mall ape..suma dah save dalam favorite
hihihi

oren said...

huh..saja jek dia nak psiko kan akak..jgn berpaling dan hadap derita tuh lagi..teruskan hidup, masih panjang kebahagian di masa depan..

Luna said...

fuhh hari ni baru berkesempatan khatam semua citer kak wa yg saya tertinggal

hah apa tunggu lg kak wa..move on dan mulakan episod baru!