Assalamualaikum w.b.t
Sekejap jer 2011 dah nak menjengah
Tak sangka rasa baru jer nak menikmati tahun 2010
Tapi dah ke penghujungnya
Saya rasalah begini juga perasaan kita nanti bila dah tua agaknya
Macam kita rasa eh...dah tua rupanya aku ni
Dok sibuk gi kursus sana sini
Dok sibuk meeting sana sini
Tiba2 nanti dah nak pencen...dah 58 tahun
Tapi tetap rasa tak puas dalam kerjaya kot...
Tapi takper....itu hanya kerja
Kalau bayangkan nak mati, tentu lain ceritanya
Tentu dah tak pikir nak shoping baju tudung hand bag bagai
Tentu takde rasa nak buat aap2 hal keduaniaan lagi
Secara peribadi saya menilai prestasi tahun 2010 saya sangat2 merudum
Saya tak nak ukur benda2 dunia dalam jangka masa pendek ni
Semua tu takde manfaat dan kesan jangka panjang ke arah kebaikan
dan semua tu senang sangat nak ubah dan atur serta perbaiki semula
tapi yang paling paling penting adalah amalan
Sangat merudum
Dan sangat sedih juga kalau berfikir!
Kewangan pun tahun ni paling banyak belanja benda tak paedah
paling banyak beli baju kerja
Mula pandai beli alat2 solek
dan dah mula beli kasut/handbag lebih dari 3 pasang pada satu2 masa
Dah mula ada rasa terancam dan ada rasa nak bersaing dalam hal nak melawa ke office
Tu tak bagus....sebab dari segi emosi tak banyak membantu pun sebenarnya
benda2 baru dan mahal hanya nilai tambah yang menyumbang sangat sedikit pada keyakinan diri
Orang lain mungkin berbeza tapi saya lepas mencuba memakai pakaian sedikit bergaya dan ada harga tetap rasa sama jer...
Apa pun yang saya pakai asalkan ada keyakinan pada saya cukuplah, tu yg penting
Sebab sekarang ni memang asyik setiap kali gaji akan beli sepasang dua baju...termasuk dengan tudung sekali....membazir betul!
Dan ni adalah benda yang saya tak buat sebelum2 ni...
dan tahun 2011 ni akan ada anjakan baru dalam hidup saya
Anak bertambah, kos bertambah
Mujur pak hj takde, so ada senang sikit dari segi masak makan
Makan untuk anak tekak saya dan dua anak jer
Tapi untuk Yaya banyak kena buat juga, baju dia mmg buruk2 belaka
Kena beli baju baru..spender pun ketat2 sampai getas kiri kanan
Dan kos sebulan mujur juga RM 130 utk Yaya
Dan Hani saya rasa saya putuskan hantar ke sg merab yang PAS punya tu
So cost hani RM 250 sebulan, campur hani dan yaya RM 380
Kalau banding tadika hani dulu, lagi tinggi tadika hani RM 386...ada save RM 6...
Cuma kos dari segi masa dan minyak hantar ambik hani...
dari segi perbelanjaan meningkat banyak sebab tahun ni dah ada komitmen banyak banding tahun2 lepas
kereta, insuran saya dan hani...semua tu takde dulu...
Sedangkan income hanya bertambah RM130 ker RM 160 setahun kenaikan gaji (lupa plk)
maknanya saya ekna berjimat semula tahun depan
cadangan nak tambah pelaburan ASB pun tak taulah....
dalam kepala terfikir nak minta pak hj RM100 sebulan kos untuk hani....
Macam tak aci pulak kalau semua saya tanggung...memang dia menzalimi anak dan diri dia sendiri lah sebab macam lari dari tanggungjawab...
Kat padang mahsyar nanti mampuslah nak menjawab
Saya pulak tahun 2010 jugak rasanya tahun banyak dosa
Pergaulan tak berapa jaga
Gurau senda macam takde batasan
Dan ada jugak buat perkara2 mungkar dalam sedar
Malam tadi dapat nasihat dari seseorang yang saya kenal sangat
Dulu dia tak macam tu, teruk jugaklah perangai dia
Tapi sekarang dah ada peningkatan dan ada kesedaran
Saya dulu boleh tahan baik dan tinggi motivasi nak tambah iman dan amal
Sekarang rasa terbalik pulak
Terkagum dengan idea dan pandangan dia tentang kehidupan
Buat otak saya ligat fikir kenapa dia boleh berubah dari tak berapa baik kepada baik
Boleh ingat benda2 yg saya tak sangka dia akan cakap
Saya pulak terbalik
Sungguh rasa Allah tu Adil
Allah tahu apa yang ada dalam hati kita
Saya kena perbaiki hati
Kena bersangka baik dengan Allah
Nak cari bahagia kononnnya
Tapi buat ikut suka hati sendiri
Mujur Allah tak hantar bala serta merta
tahun ini dalam diam sebenarnya saya ada buats esuatu yang dulu2 saya tak buat
kerana geram dengan pak hj saya melawan arus
Saya ikut kata hati
Saya ikut perasaan yang geram dan marah
Kononnya nak ubah haluan hidup
nak cari bahagian sendiri
Tapi silap sangat
Apa saya buat biarlah saya simpan sendiri
Syukur Allah hantar yaya ni
banyakbenda saya boleh belajar dan perbaiki diri dengan adanya yaya ni
memang motivasi lemah
Hanya nak harapkan diri sendiri
takde support system keliling
Takde suami nak nasihat dah...dah jemu agaknya atau malas nak ambil tahu
tiba2 rasa takde mood nak menulis lagi...
Apapun maal hijrah baru lalu masih tak terlewat utk saya laksanakan perubahan pada diri
Wassalam
2 comments:
emm betul kata akak tu..pejam celik pejam celik..tengok diri dah tua..itupun kalau masih panjang umur..
bagus wa ada perancangan.. saya tak tau apa nak dirancang :(
pembaca setia
Post a Comment