Sunday, March 27, 2011

Yaya : Macam2 masalah ini budak!

Assalamualaikum wbt





Yaya, ini budak ada masalah lagi






kan saya pernah cerita yang dia selalu menggaru kulit dia masa tidor kan?





Dan sekian lama saya asyik bangun pagi sapukan minyak gamat kat kulit2 dia yang digaru





Bukan garu biasa tau





Tapi garu sampai berdarah2





sampai habislah satu botol minyak gamat





Pastu disebabkan saya takmau dia menggaru ditempat sama





Saya tampal pulak dengan handyplas





Tapi non ado, tak berkesan pun





Kudis tak baik2





malah makin teruk





Ada gambar bawah ni sampel kudis dia









Saya syak kudis2 ni adalah kurap




Sebab hasil temubual dengan farouq mak dia pun ada sakit yang sama





Dan saya syak kebersihan memang tak dijaga





Tu sebab kena kurap agaknya








Belakang telingan pun ada, jenuh dah sapu minyak tapi kudis ni memang sukar sekali sembuh






Malam tadi tangan di kawasan siku pun dah ada, hani yang perasan sebab tengok dia menggaru






Dan ini kawasan yang paling hebat, dipinggang



Dah berkali2 saya sapu minyak gamat pada peringkat awal kudis ni terjadi minggu lepas



Tapi tak sangka dia merebak dengan pantas, sekali jemguk macamni jadiknya



Tak lalu nak apu minyak gamat lagi, termenung panjang saya



Aktiviti menggaru dilakukan waktu malam agaknya



So, hari ni juga nak gi farmasi, ker nak gi doktor?



Harus saya dapatkan ubat segera'



hani dah takut dah takut menjangkit....dia punya geli toksah cakaplah



tak taulah nak kata apa. banyak nak citer hal yaya



tapi lain entry



Cuma nak bagitau kat sini



Masa kat cerating dua kali dia tenggelam dalam kolam



Memang salah saya tak awasi



Tapi dalam kes Yaya semua berlaku dengan pantas



Saya baru sampai nak letak baeg, dia ingat kolam macam padang



Dia meluru masuk dan jalan dengan cepat dalam kolam



macam dia jalan atas lantai biasa ni...sesambil gelak2



Skali saya toleh tengok dia dah tenggelam terapung2 dalam kolam



Dia berjaya bangun (sebab cetek sangat)



tapi dia tenggelam sekali lagi sebab ghairah sangat



saya punya jantung xtau nak cakap apa



Masa tu dah ketengah sikit dah (area kanak2)



terus saya lompat masuk kolam campak blackberry entah ke mana



pastu dalam bilik entah apa dia buat sommersault



Jatuh terhentak dan terhantuk berganda



Mula2 terhentak kat lantai pastu rterhantuk pada bucu kabinet TV



mana taknya seminit takleh duk diam



Orang lain jatuh juga tapi takdelah jatuh seteruk dia jatuh sebab kelakuan dia yang sangat2 gedik dan jalan serta geraklaku tak tentu arah dia, tu sebab cara jatuh tu pun kesannya lain dan berganda



Benjol besar kat dahi dan belakang kepala, terpaksa menuam dahi dan kepala dia



Bunyi berdentum kepala dia punyalah kuat




So, kurap dia sangat menyusahkan hati takut berjangkit



hani pun makin lama makin tertekan sebab ajaran hani tak diikuti



Sekadar ajar jangan gigit dan hisap pensel/kaler tapi 3 bulan masih juga tak ubah2 habit tu




Wassalam

3 comments:

Anonymous said...

Wa, dah pegi klinik belum? ina rasa, bukan kurap...nampak mcm sama yg terjadi pd anak ina yg sulung, athirah...hampir sethn menghadapi masalah gatal2 yg lebih teruk drp gambar...mula2 mcm yaya tu lah, lama2 menanah & berdarah...puncanya asyik menggaru lah.. pastu dlm masa sethn tu, ina berikhtiar mcm2 cara.cara kg, klinik biasa, klinik kerajaan, hospital pakar & last, Allah maha mendengar, kan..kita berdoa & Allah memberi jlnnya... ina ke klinik pakar kulit perdana (bukan hosp pakar perdana, sbb ramai org konfius),AlhamduliLlah, ubat dia serasi ngan athirah agaknya.... kalau berubat kg, diorg cakap 'badang', bila ke klinik pakar tu, eczema... & athirah ni, eczema yg teruk jgk lah..

NANI SHAHABUDIN said...

jgn sapu minyak gamat kot. kudis mcm ni kena sapu cream. cuba check dgn doktor lah

Irfa said...

kudis buta kot?sbb irfan penah kena camtu..makan bulan nak baik.yelah duk ramai2 umah pengasuh mesti la jangkit ngan sapa2 tu..

jgn sapu minyak gamat