Tuesday, March 29, 2011

Dia nak gantung saya tak bertali agaknya, sama macam dia buat Nani!

Assalamualaikum w.b.t


Lepas saya tinggalkan dia tepi traafic light tu


Saya terus pergi kat parking area depan Mahkamah Syariah tu


Saya agak dia mesti datang.


Sebab saya tinggalkan dia betul2 traffic last before smpai mahkamah


Kalau dia malas dan tak larat nak jalan pun


Dia boleh ambil teksi ada berderet lepas selekoh yg saya stop turunkan dia tu


Masa tu dalam jam 8.15 pagi


So saya rasa macam saya tak boleh masuk court lagi


Saya raba pipi saya dah mula bengkak


Dan saya menangis tahap tersedu-sedu


Bukan jenis nangis yang meleleh air mata tu jer


Ni tahap tersedu sedan dan tak boleh kawal suara tangisan yg keluar


Sedih sangat plus sakit juga


Menyesal toksah cakaplah


Menyesal saya buat baik pada dia dengan anggapan dia juga akan balas baik


Saya tak sangka langsung dan tak pernah terfikir dalam kepala otak saya


Yang dia sanggup tumbuk muka saya


Kenapa mesti tumbuk?


Takde jalan lainker?


Apa yg saya faham jantan yg sanggup tumbuk isteri ni mmg dayus


Macam dah takde cara nak berkomunikasi


Saya hanya keluarkan perkataan bodoh jer


Sedangkan dia pernah cakap saya macam2


Saya diam jer selama ni


Dengan macam2 tohmahan dan macam2 fitnah dia buat


Dengan sikap dia yg jarang balik


Hubungi saya pun tidak


Dia boleh kata saya ada hubungan dengan lelaki


Memang ada rahsia saya dengan dia


Mengapa saya kahwini dia


Yg saya tak pernah cerita di blog


Tapi xbermakna dia boleh sesuka hati


Kata dan tuduh macam2 pada saya


Sangat tidak adil sangat bodoh dan dangkal kalau dia buat kesimpulan


Tanpa asas dan semata-mata andaian sahaja


Saya sakit ati toksah cakaplah


Saya tak tau nak hubungi sapa


Saya hubungi mai (miss sinar) tapi tak berjawab


Saya terus teringat kak azwa


Saya bbm kak azwa sebab masa tu saya macam blur tak tau nak teruskan @ buat apa?


So kak azwa kata gi court dulu kemudian baru gi report polis


Dengan muka bengkak dan mata berair saya masuk court dewan bicara 1



Masuk2 dah nak mmula dah pun


No kes saya dipanggil dahulu


Saya ke hadapan angkat sumpah dan hakim tanya saya latarbelakang saya dan kes


Saya maklumkan defendan lewat hadir dan hakim kata dia beri tempoh 20 minit dan kes akan disebut semula


Lepas tu saya keluar dan saya call pak hj berkali2


Langsung dia tak jawab


Saya sms bertubi2 pun tak reply


Saya buntu sangat


Saya duduk termenung kat birai tiang2 besar luar court tu


Macam2 terbayang dalam kepala


Rasa macam nak patah balik bawak keter jemput dia


Asalkan perkara ni setel


Tapi masa tu saya takleh buat apa


Saya terbayang kes fasakh dia dengan Nani


MO sama dia tak lepaskan nani dan dia juga tak balik2 rumah


Leoas tumbuk nani dia chow dan dia tinggalkan nani macam tu jer


Lepas setahun macam tu nani failkan penceraian secara fasakh


Agaknya dia nak buat pada saya benda sama


Saya tak sangka perkara bodoh ni dia nak ulang lagi


Dari bercerai cara elok kenapa perlu nak lalui cara yg menyusahkan


Kenapa perlu nak cari lawyer?


Kenapa dia mengambil jalan tidak hadir ke mehkamah


Hanya beberapa langkah jer lagi


Hanya seketika jer utk capai persefahaman


Saya mmg xbercita2 nak melalui fasa penceraian ni dgn cara yg xelok


Jika boleh saya nak laluinya dengan cara yang paling sejahtera dan tak menyusahkan kedua-dua pihak


Demi hani takperlah saya korban sedikit


Saya tebalkan muka depan dia


Sebab lepas ni pun demi hani saya akan hadap muka dia juga tiap kali hantar hani


Tu sebab saya taknak sejarah dia dengan Nani berulang dengan saya


Saya taknak hani lalui pengalaman sama macam Iza lalui


Saya nak depan hani saya dan ayah dia tidak saling bermusuh


Boleh bercakap dan berbincang tentang masa depan hani pada bila2 masa akan datang


Tapi nampaknya saya gagal


Lepas 20 minit polis mahkamah panggil saya masuk sekali lagi


Bila kes saya disebut


Lepas tanya dan terangkan pasal notis yg pak hj xtandatangan sebab alamat adalah alamat rumah sya


Hakim tanya saya, awak pastikah defendan ada dah ada di Putrajaya


Saya jawab pasti sebab saya yang bawa dia pagi ni ke mahkamah


Tapi saya dah dropkan dia di traffic light sblm simpang masuk court


Sebab saya bergaduh dan dia telah menumbuk saya


Hakim terkejut dengar


Dan saya pula macam tak terkawal emosi saya mula mengalirkan air mata


Dan hakim maklumkan saya


Awak perlu buat laporan polis


Dan saya rasa awak tak boleh mohon secara biasa


Awak perlu gunakan peruntukan seksyen lain mi


Saya jawab, saya akan fikirkan dan saya akan buat report polis selepas ini


Dan kes saya ditetapkan pada 21 April depan


Saya tak taulah pak hj akan hadir @ tidak



Wassalam

9 comments:

mrym said...

Kak wa,
tak usah dirisau tentang hani. walaupun nampak macam selfish sebab akan melibatkan hani, mungkin lebih baik ikut saranan hakim. tentang hani, serah pada Allah. penyerahan total ya (saya yg terasa susah..).

meh kejar pelangi dihadapan, harungi dulu kesusahan sekarang... semoga dipermudahkan segala urusan.

MOKCIK AZWA said...

Salwa, Hakim dah bagi jalan [cara].. ikutlah saranan dia. From now on..think about yourself and Hani. Biarlah kenangan dengan Pak haji itu berlalu, jgn biarkan kenangan itu menghalang Salwa mencari kebahagiaan...

macam lagu Shahir pulak..pasti ada kebahagian dalam perpisahan!

MA said...

Salwa,

Sekarang Salwa hanya fikirkan diri Salwa dan Hani saja. Orang mcm Pak Hj tu mmg tak boleh dibuat baik. So the sooner you kick him out of your life the better.

Apa yang hakim sarankan ialah dapatkan fasakh, so you prepare semua dokumentation yang berkenaan. Again be prepared perkara ini ambil masa, tapi skg mahkamah selesaikan kes cepat tak mcm dulu.

Jangan salahkan diri atas apa yg berlaku, Pak Hj tu mmg jantan tak guna - kami pembaca dah nampak sejak dari dulu lagi how he make use of your weakness, cepat kesian dan gunakan alasan agama. So you kena kumpul semangat dan kekuatan to rise even higher after this. You deserve so much better.

Jangan tangiskan kehilangan 10 tahun dgn Pak Hj tu but raikan the next 20-30 years hidup tanpa masalah dgn org tua tu....

MA

Zareda Norman said...

lagi sekali setuju dengan MA...

be strong wa.. jangan ditangisi lelaki tak berguna macam tu..

sabby said...

just let it go...

kalau benar itu cinta, tidaklah ia sakit sebegini

kalau benar itu atas dasar agama, tidaklah Tuhan itu kejam membiarkan kita bersedih, Tuhan Maha Kaya dan mengasihi dan kita hanyalah hamba bermohon kekuatan dan keampunan.

enough is enough

take care

oren said...

speechless..

tapi saya agree dgn semua komen kat sini..akak ada hak utk hidup gumbira..hani pon..biarlah pak aji begitu..kita takleh ubah org, meh kita kuar dr lingkungan org itu..

kuatkan semangat eh..

*hugs*

Mutiara said...

Hugsss. Jangan toleh ke belakang lagi. maju terus. what is the last 10 years compared to the next many more happy years.

ibuVouge said...

kak wa
((((((((HUGS)))))))))))

take care ye..

kami semua readers doakan kak wa

Pnut said...

Wa plis, jangan menangis lagi dah pasai jantan tu, macam mana dia buang wa dari hidup dia, wa pun kan buang dia dari hidup wa, tak guna berbaik selama ni, end up berani dia tumbuk seorang isteri yang dia sendiri jadikan isteri.

Soal hani, biarlah masa menentukan, kalau dia masih ada sisa kasih sayang dia akan beri, tetapi kalau dia jenis tak heran, apa sangat hani tu, anak aku lain bersepah... so tak salah kalau hani pun tak pedulikan...

pandang depan, terus melangkah, ko cakap ngan dia "hey this is beginning not the ending, my life is better without u, get out from my life"