Friday, March 18, 2011

Akhirnya, moga ini jalan kebahagiaan buat kami....



Assalamualaikum w.b.t


Saya sangat terharu dan sayu bila baca komen-komen ni, dan sesetengah komen tu banyak buat saya terfikir. Sebenarnya saya rasa pembaca blog saya dah boleh mentelaah apa yang ada dalam fikiran saya. Tu sebab bila saya baca saya rasa macam kena betul dengan jiwa saya nasihat tu. Tepat!


Komen MA sangat-sangat memberi kesan kerana betul apa yang MA kata tu cuma saya tak terfikir (malas nak fikir) sampai tahap tu. Komen Luna pun sama, betul apa Luna cakap tu, banyak episod dalam hidup...dan cukup2lah episod yang ini kan? dan dayang, akak asyik ingat dayang jer, rasa macam apalah sangat masalah akak banding dayang.....ummi dan oren, tq jugak atas nasihat pendek tu....kak zar dan kak sal, doakanlah saya diberi kekuatan....kak sal, jiji, amir syafiqah....harap2 semuanya akan okay lepas ni....

Saya ni kalau ikut orang-orang terdekat yang saya bergaul selalu macam Miss Sinar, Miss Conquer, diorang kata saya ni fikir lurus sangat (lurus bendul loain sket kan maknanya), suka nak bersangka baik jer....bahkan Iza anak tiri saya pun komplen kata apasal makcik ni nak fikir baik jer tentang orang? Khususnya bila kami bincang hal Aza, mak tiri dia....



Kalau seseorang tu cakap macam ni macamtu, memang saya akan percaya bulat-bulat. walhal kadang-kadang orang tu berlakon atau sengaja bergurau dengan saya. tapi saya percaya. memang itulah saya. Dulu2 saksi/OKT cakap pun saya akan percaya versi diorg walhal penipu semua tu. Tu sebab saya dulu malas nak deal dengan saksi/OKT, bila dah mengaku baru saya masuk campur.



Dalam kes mak si yaya, Nor ni pun ikut hati sya memang percaya jer bulat2. Bila Miss conquer dan Miss Sinar cakap macam2 baru terbuka minda. Dan saya buat keputusan tak nak bela Farouq. walau dalam hati kesian sangat.



Saat ni mak, kakak dan abang ipar dalam perjalanan hantar farouq balik Kedah. Semua tak sanggup jaga. Saya sekarang hanya nak tumpu pada Yaya sahaja. Cukup beban yang ada.


Begitu juga dalam hal rumahtangga, saya masih percaya bahawa pak hj masih sayang saya. Sungguh tak patut perasaan tu kan? terang2 dia dah bersedia sangat2 nak ceraikan saya, malah tak langsung bertanya hal anak, saya pulak fikir bukan2.


Paling tak munasabah saya masih berharap dimalam terakhir tu saya dapat bermalam dengan dia dan berbincang hal selepas penceraian, terutama hal Hani.


Saya taknak dalam court nanti dia timbulkan isu hak penjagaan anak. anak perempuan automatik akan diserah pada ibu jika umurnya 7 tahun dan kebawah tetapi lebih 8 tahun dan ke atas maka hak penjagaan adalah pada ayah, melainkan ayah tidak membuat tuntutan ataupun siibu dapat buktikan bahawa sia ayah tak mampu.



So, saya taknak tetiba pak hj nak buat tuntutan hak penjagaan anak pulak. Memang bunyinya mustahil tapi semuanya berkebarangkalian.


Saya berdoa agar dia tidak buat apa2 tuntutan. saya sms dia pasal tuntutan hak penjagaan anak ni pun dia tak balas. Dan saya bimbang juga kalau2 di court nanti dia bangkitkan hal bukan2. memang ada sejarah antara saya dan dia melibatkan orang ketiga. Berlaku pada 2003/2004 dulu. nanti saya cerita lain kali.


Sejak buat keputusan dan dahpun dapat tarikh untuk sebutan dan sekaligus hari pak hj akan melafaz talaq (jika tiada masalah berbangkit) ni hati saya memang rasa remuk redam walaupun jauh dalam sudut hati saya tau inilah sahaja jalan keluar yang terbaik untuk masa depan saya (kadang2 ada sudut lain dalam hati ni cuba menafikan hal ini, jenuh juga saya nak ketepikan perasaan tu).



Saat yang sama pula, berlaku perubahan di pejabat melibatkan isu kahwin. Miss conquer kan baru kahwin disember lepas, banyak perubahan berlaku pada dia dan dia juga sering kongsikan kegembiraan dan perubahan2 dalam hidup dia pada saya. sungguh excited dia melayari rumahtangga.


Miss sinar pulak baru lepas kahwin weekend baru ni. Pun asyik2 sms saya, dari malam berinai besar tu sampailah sekarang asyik ber BBM. Saya kan di ibu pejabat Putrajaya dia di Court jalan duta sebab dia men'tweet' kes RCI teoh beng Hock tu. So kami ber BBM jerlah.


Okay, dua2 pengantin baru ni sering menjadikan sya tempat merujuk. Suka dan duka dalam rumahtangga. Minta nasihat sebenarnya. sampailah bab2 sex ni, ialah dua2 takde pengalaman, ada jer masalah sana sini. Saya pulak memang terbuka, terus terang. Bagilah nasihat serba sedikit.

Dalam bagi nasihat ni, saya sangat cemburu juga melihat mereka bahagia dan dapat menikmati alam rumahtangga. pada masa sama saya juga buat perbandingan, yerlah mereka mendapat suami muda lebih2 kurang sebaya, takde pengalaman beraksi ( sorrylah lucah sikit yer) memang bermasalah bagi isteri memenuhi spesifikasi yang awal2 mereka idamkan. Nikmat mereka rasa tak sama seperti saya. Bersuamikan orang muda lain kehendaknya banding orang tua....




Saya rasa sangat bertuah kerana dalam hal tersebut saya tak bermasalah. bila fikir benda2 tu rasa macam ahhhh, adakah sebab bertuahnya saya dalam hal sex saya sanggup bertahan 10 tahun? Dapat dia yang boleh layan saya, berkorban untuk saya dalam hal itu....sedangkan dalam urusan rumahtangga lain semuanya dia lepas tangan.



sekarang ni tulah masalah saya, memang saya takde kebergantungan lain pada suami selain dari yang itu, makanya bila berpisah ni, yang itu sahajalah perkara yang paling perlu untuk saya ber mujahadah melawannya! Apalah benda lain yang boleh gantikan yang itu agaknya.



Memang boleh puasa, solat dan mengaji, benar tapi mungkin sedikit sukar. Apapun saya akan cuba dan cuba lagi dan lagi.....sebenarnya dah okay dah lately ni tapi bila miss conquer dan miss sinar kahwin ni dan mereka pulak merujuk pada saya, memang saya rasa macam sunyi, sepi, lonely.....dan terbayang2 bahawa semuanya dah berakhir, saya takkan merasa lagi nikmat yang itu.



saya kagum pada mereka yang bertahan, MA, Kak Sya (dah lama dia tak masuk blog saya rasanya-sekadar menyebut beberapa nama) agaknya apa rahsianya. Mungkinkan setiap wanita berbeza kehendaknya, mereka lain dan saya lain? Dalam hati saya pasti saya memang boleh bertahan dan seterusnya lupakan semua kehendak tu (dan memang itu bukan segalanya tentang hidup pun kan?) cuma saya mungkin perlukan sedikit masa.

Saya turut kongsikan komen-komen membina dari anda semua....sangat tersentuh keprihatinan anda buat saya rasa lebih yakin atas keputusan ini....


MA said...
Saya doakan agar dipermudahkan semua urusan untuk Salwa. Juga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi semua ini.

Jangan fikirkan sangat hal "title" yg bakal disandang. Why give label to yourself? Ada hikmah tersembunyi, Tuhan mahu bagi yang terbaik untuk Salwa. Kita tak tahu perancangan Allah - berbaik sangka lah kepaada Nya.


Take care Salwa.


kakLuna said...
ye kak...ingat blk tujuan Allah menjadikan kita adalah utk beribadat kepadaNya, mencari keredhaanNya, mengumpul pahala...dan akhirnya memperoleh syurga Allah....untuk tujuan itu...tak kira lah siapa kita...seorang bujang, isteri, isteri bermadu, janda, balu dan sebagainya...

hidup ini banyak episod,ini salah satunya, di sebalik perpisahan, bkn semua itu tidak memberi hikmah...dr kehidupan rtangga yg lalu, Allah telah memberi peluang merasai nikmat perkahwinan, dimurahkan rezeki, diberi ilmu agama, dikurniakan zuriat...sudah tertulis bahawa nikmat2 tersebut yg diberi melalui perkahwinan adalah setakat itu saja...tapi tidak bermakna tidak ada jalan yg lain...jika sekalipun tiada, kena ingat, pertemuan perpisahan adalah fitrah...sebaik2 mana pun sesama manusia, pasti akan berakhir dgn perpisahan, hidup ini cuma pinjaman, apa yg ada jua pinjaman, sampai masanya kita akan memulangkannya kepada yg Hak iaitu Allah.


banyakkan solat akak, baca Qur'an, dekatkan Allah dlm hati..Dia pasti mengurniakan ketenangan dan kejelasan minda utk akak menghadapi semua ini.

andainya dekat mmg sy pinjamkan telinga dan bahu yg zahir ini utk akak luahkan segalanya.

Jiji said...
kak add me in ur speed dial.

*hugs*


Zareda Norman said...
Kak zar juga doakan agar hani dan salwa dipermudahkan segala urusan.

Terimalah dengan redha, jodoh salwa dan suami hanya setakat ini. kak zar doakan agar Allah SWT berikan Salwa dan hani kekuatan untuk melalui kehidupan seterusnya. Redha, pasrah dan bersabar. Setiap yang berlaku ada hikmahnya!!!


oren said...
speechless...

idak la mendoakan perceraian, tapi kalo itu lebih baik utk ketenteraman idup akak, hati akak, jiwa akak, then, kenapa menidakkan ia?

takpe..dia takde pon, akak bleh hidup gembira ngan anak2..hati kena hepi, tu yg paling penting..bila hepi, org sekeliling pon hepi,anak hepi..

all the best..

dayangbest said...
Maybe its about time, Kak

Percayalah, maybe this is for the best..
Kita tak tau perancangan Tuhan macam mana kan?


Ummi said...
all the best wa, itulah jalan yang terbaik untuk hani dan wa

semoaga di permudahkan semua urusan


MA said...
Salwa,
Jangan rasa rendah diri dgn apa yang terjadi. Ini bukan satu pertandingan untuk ditetapkan kalah atau menang. Lihat sudut positif - kehidupan Salwa adalah JAUH lebih baik dari kehidupan mereka berdua.

Sepatutnya Salwa yang rasa bertuah dapat melepaskan diri dari semua belenggu ini. For all you know Aza yang rasa dengki yang Salwa mempunyai kekuatan ini dan mampu membuat perubahan hidup yang lebih baik, dan dia yg kena menghadap benda bodoh Pak hj for the rest of her life.

Salwa ada BANYAK kelebihan. Nilai kehidupan Salwa adalah jauh lebih baik dari mereka berdua. You are stable, with a brilliant future in your job dan mampu memberi Hani semuanya.

Ibadat dengan Tuhan bukan terletak di tangan/kaki suami - apalagi dapat suami yg tak bertanggungjawap mcm Pak Haji. Keimanan ketakwaan kita direct kepada Tuhan, tak ada perantaraan - thats the beuty of Islam.


Percayalah - Salwa membuat perkara yang terbaik dalam hidup Salwa dan Hani. Kesedihan itu memang natural - tapi jangan sampai ianya mengaburi your best judgement terhadap perkara yang benar dan logic.


Yang paling penting - kawalan emosi dan jangan sekali2 rasa rendah diri atau sudah kalah.

On the contrary - Salwa sudah menang BESAR. Nobody can bully you any more.

Idea Miss Sinar nak teman Salwa itu sungguh baik. Thats a true friend. Biar dia temankan - you need that support.


Good luck.

Mutiara said...
Semoga Allah permudahkan urusan. MA has said it all.


Amir Syafiqah said...
Semoga salwa d beri kekuatan utk berhadapan dgn Pak aji nnt. Jgn mengalah Dan berputus asa. Dan jgn toleh ke belakang (jgn menyesal) once desicion been made. Insyaallah, Ada hikmah d sebalik semua ni.

terima kasih sekali lagi untuk komen MA, Luna, Kak Zar, Jiji, dayang, Oren, Ummi, Kak Salma, Amir Syafiqa....sangat saya hargainya....




Dibawah ni adalah gambar hani sejurus lepas saya bagitau dia yang saya tak jadi hantar dia ke Penang sebab ayah dah pindah kelantan. masuk keter saya cakap kat dia...takperlah kak, mungkin kita dah takde makna dalam hidup ayah, pindah sana sini tak bagitau kita...kakak janganlah sedih (masa ni saya dah nangis dulu), ammie pun dah cukup untuk bahagia kan kakak..nanti kita bertiga pergilah jalan2 okay....sekali dia diam jer lepas masuk keter, pandang tingkap, saya panggil dia toleh pada saya, dia dah meleleh air mata, dia menangis dalam diam.....sapa yang tak sedih sebab ayahnya, anak saya menitiskan air mata.......






Dalam diam dia menangis maksudnya sedih dia cukup dalam...mungkin sama macam sedih saya...saya takde niat nak lepaskan kesedihan saya pada dia malah saya tak kongsikan pun dah masalah2 saya suami isteri dengan dia bermula tahun ni atas nasihat pembaca blog...tapi berita yang satu ni saya kena bagitau sebab dia memang excited nak gi penang, banyak kali dia bagitau dia suka sangat suasana kat Balik Pulau, macam kat kampung2 yg terpelihara boleh jalan2 masuk hutan main air sungai, pusing satu kampung.....malah kalau nampak suasana kampung (masa kami merayau kat sg merab carik rumah sewa) banyak kali dia kata ammie duduklah sini, suasana dia macam kat balik pulau...saya tau dia rindu suasana tu....kat Sg Burung balik Pulau tu memang cantik....






tak lama lepas tu, dia cakap dengan saya...ni betul2 buat saya sedih tau (sedang menaip ni pun meleleh air mata saya)....hani cakap, ammie tau tak....kakak selalu menangis ingat ayah bila ammie marah kakak......nak tido kakak pandang dinding kakak nangis pastu kakak panggil ayah...ayah..ayah...kakak teringat kalay ayah ada ayah pujuk kakak, peluk kakak tidokan kakak...."



Saya akui sejak yaya ada ni ada jer benda yang selalu buat saya marah dia....saya selalu juga marah kedua-duanya, ada benda saya kena marah hani sebab memang betul dia yang salah....tapi salah dia tu takkan berlaku kalau yaya takde, kalau hani berdua dengan saya memang saya jarang marah2 dia takde buat salah apa...tapi sejak yaya ada ni, saya perlu juga marah kadang dia buli yaya, dia geram kat yaya dia pukul yaya.....benda2 macam tu saya tak boleh biarkan sebab saya nak diorang betul2 ada rasa kasih sayang macam adik beradik betul...sya tak sangka dalam dia setiap kemarahan saya tu makan dalam.....kesian hani.... so saya MMS gambar hani kat atas tu pada pak hj dengan mesej.....


"hani menangis bila dpt tau tak dapat pergi Penang, sampai ati sanggup buat anak saya macamni. zalim! Lepas ni tak payah ingat dia dah. Anggap jer dia tak wujud , dia ada hp pun tak pernah nak sms@ call tanya khabar dia. Ayah jenis apa?"









Dan jawapan dia sangat buat saya terkejut;



"Apa cerita ni hendak hantar je! Biar ayahnya uruskan. engkau ni betina apa?"


Terus saya putuskan jantan sial ni takkan ada dalam hidup saya lagi! Serta merta saya balas semula;


"Jantan dayus. lari dari tanggungjawab. Lari dari masalah sana sini. Putuskan silaturrahim. Pindah tak bagitau tiba2 nak suruh aku hantar kelantan. Gilalah kau anak beranak ni."






Sijil nikah....menyesal nikah dengan dia....nampak sangat saya muda belia masa ni banding sekarang, dia dah tua....lepas 10 tahun tua saya pulak berganda2 nampak tua sebab menanggung beban memikirkan masalah yang dia bawa dalam hidup saya...dlm 10 tahun ni berkorban tak pikir diri sendiri, tak pernah pi facial, buat rawatan diri ker semata2 sebab dia kata tak payan buat benda2 tu membazir.....lepas ni nampak gayanya bolehlah jaga diri sendiri...









Ni notis summon/sapina untuk hadir ke mahkamha syariah Putrajaya 28 Mac ini, jam 8.30 pagi...untuk sebutan kali pertama kes...mudah sangat urusan cerai di Wilayah persekutuan ni, undang2 keluarga islam kan berbeza setiap negeri. kalau kat seremban dulu setiap kes permohonan cerai kena melalui proses kaunseling dulu, tapi kat sini lain, terus boleh bercerai kalau takde masalah berbangkit...


Wassalam

11 comments:

Ummi said...

all the best wa, fight for your right, jangan sekali-sekali bagi hani kat pak haji,

betul jugak kot, wa ni suka buat tanggapan baik walaupun orang tu dah terbukti di depan mata cuba meranapkan kebahagiaan wa ( refer to aza), so lepas ni biar dia sorang aje yang jaga pak haji, dah nak sangat kan, jagalah

so lepas ni jangan nangis2 lagi, bawa hani dan yaya jalan-jalan sana dan sini, happykan diri dan buat apa yang wa dah miss dalam hidup wa ok

oren said...

hmm..

cuma nk akak kuatkan semangat..kalo dia tuntut anak pon, tunjuk jek sms yg pak aji bagi tuh..

saya doakan, semuanya selesai n hani tetap duduk ngan akak..sudah2lah berendam ayaq mata psl pak aji tuh..buat rugi jek..

pls take care, n moga2 Allah permudahkan jalan yg akak pilih nih..

ps: lagi satu, kalo boleh, tak yah la mintak pendapat miss sinar atau miss conquer psl hal hani n yaya..depa tak kawen lagi, depa tak tau..cer tnya kat saya...hahahha..sedangkan depa berempat keluar dari perut saya, pon hari2 gaduh, memekak..mmg kena pekakkan telinga..apatah lagi hani..just my 2 cents..

Cool said...

kak wa .. kalo le sy ada kat sebelah kak wa ni sy ajak pegi piknik!

MA said...

Salwa,

Macam kata Oren, jangan buang karan memikirkan hal Pak Hj dengan Aza tu lagi - kira ini jalan terbaik Tuhan dah tunjukkan, maka sekarang ini jangan fikir negatif - boleh ke tak boleh kawal nafsu - itu semua atas diri sendiri, nak jadi "baik" atau jadi "tak baik".

It is all in the mind, actually. Puasa lah enam bulan sekali pun atau solat 30 rakaat sehari konon nak kengkangkan nafsu - tapi kalau kepala dah dok memikir "hal" itu sahaja, maka hal itu lah yang akan sentiasa berlegar dalam kepala.

Nak tergelak saya baca, mcmana saya dan K Sya bertahan? Ha ha ha...sebab banyak benda lain yang saya nak buat dalam sehari dan banyak perkara lain yang lebih berfaedah yang saya fikirkan. Nak fikirkan hal sex? Pikirlah sampai pitam, bukan boleh dapat pun kan? So - why waste time and energy nak fantasize benda yang sia-sia (dan tak halal - sah2 dapat dosa free). Buang karan saja...:P

Baik saya fikir, mana aku nak plan holiday hujung tahun nih...mana nak kelebet duit lebih nak beli baju raya...mana nak makan seafood yang best in the world...haaa...tu yang lebih baik. Dapat pun dapat, dan puas hati, perut pun kenyang...:P

kakLuna said...

hikmah di sebalik sms bongok tu, sbnrnya Allah memakbulkan doa akak dan doa kami semua agar semua perkara ini dipermudahkan...

kalau dia sms elok2 nnt hati akak berbolak balik..betul x..

chuy4 said...

kak salwa, saya terpanggil nak share gak...

saya kawin usia muda.. 22 da kawin...
6 tahun hidup derita.. ada la bahagia, tapi sikit sangat... 5 kali dia curang.. tapi 6 tahun sy cuba bertahan sebab pk nanti saya jadi janda, camne nak hidup, org kutuk, sex lagi...

tapi akhirnya, bila sampai satu masa sabar saya dah habis, sy kuatkan hati... tuntut cerai...

tak diduga, proses sangat mudah sebab dia setuju... tapi bersyarat..
dia nak jaga anak2.. sy kata ok...
tapi dalam hati, sy nak cerai dulu, anak later saya akan jalankan plan saya...

bila cerai, beban atas pala dah release.. sangat lega... sangat bahagia...
sunyi? ye sangat sunyi.. tapi syukur, saya manage utk hadapi semua...

anak2, akhirnya kembali ke tangan saya.. dia ada gak ugut nak amik anak, saya ugut balik dengan nak bagi video dia dengan pompuan lain kat isteri baru dia.. terus dia tak sebut dah pasal anak... memang macam jahat, tapi saya terpaksa.. demi anak2...

skang ni, alhamdulillah.. sakit, derita, sengsara saya 6 tahun dulu, allah dah bagi gantinya...
saya da jumpa lelaki yg sedia terima saya dan anak2 dengan ikhlas.. dan skang dah sangat bahagia dengan keluarga....

bersabar.. dan yakin segala apa yg berlaku mesti ada hikmah yg allah da tentukan untuk kita...

pasal anak2, anak dara saya (setahun sorang).. yg adik tu lebih kurang yaya.. kuat makan, degil... tapi takpe.. sabar je.. didik yang terbaik.. insyaallah...
sedangkan anak dari perut saya sendiri pun kadang2 saya naik hantu, inikan pulak yaya yang dari acuan org lain...
kak salwa bertabahlah ya.. allah utuskan yaya untuk memberikan sesuatu dalam hidup kak salwa...

semoga allah berikan yg terbaik utk kak salwa, hani dan yaya... aminnn

Anonymous said...

wa, ina pun terpanggil utk mengomen... & komen ina berdasarkan bacaan setia ina kat blog wa ni... apa yg ina perhati & hrp terima dgn terbuka & kalau ina salah, ina mtk maaf & ina ni jenis x reti buat ayat sopan2...

wa ni cair betul dgn org yg boleh cakap pasal agama/ajak gi dakwah.. mcm tugas suami ni, itu je...rela tanggung bertahun2 makan hati, org perkotak-katik mcm x ada harga satu sen! nafkah zahir jarang2, nafkah batin pun agaknya sebln pun payah nak cari 1x...apa nama suami mcm tu? ina sensitif giler2 org laki yg x hormat perempuan...nanti bila pak aji buat baik, bg tazkirah, ajak keluar...cair balik..., pastu rasa diri sendiri pulak yg byk salah & dtg rasa sbnrnya pak aji tu baik... pastu bg duit byk2 utk pak aji nak apa2 plk..kalau mcm ni, bila pak aji nak sedar kesilapan dia? & kebykan kes2 mcm ni, time wa period, nanti dah boleh solat, lain cerita plk, x ada rasa nak marah pak aji buat mcm tu...rasa x kisah & biarlah keadaan mcm itu jgk tp tetaplah pak aji x jln t/jwb dia, tp bila wa dah cool, jd wa rasa, biarlah apa pak aji nak buat pun, janji hubungan ni berterusan & ina x bermaksud nak suruh wa bercerai...

Kalau wa rasa nak terus ngan pak aji, boleh menerima pak aji jenis mcmana 1x pun, wa kena cool dgn apa saja yg pak aji buat kat wa w/pun time berserabut....ina bukannya bosan ngan kisah wa ni (apa ke faedahnya ina buka blog ni, kalau nak bosan-bosan) ina dah anggap & rasa, wa ni dah mcm kwn baik dah...lgpun dah lama jd peminat setia blog wa ni....tp ina kesian sgt2 ngan perjlnan hidupn wa...mcm sedih, sedih, sedih...ina sensitif mende2 gini ... mmg lah ini ujian dr Allah tp kita kena fikir jgk cara nak solve masalah ni...

semangat mmg kena kuat...Allah ada.

kalau wa sentap dgn statement ina ni, ina mtk maaf lah..ina mmg jenis org outspoken

Mutiara said...

Salwa. Big hugs! You need big hugs. I am proud of you.

Anonymous said...

Wa, sori 1x lagi atas komen ina kat atas tu... niat ina 1 je, nak suruh wa rasa sentap 1x ngan komen tu... nanti wa akan jd MAKIN KUAT JIWA'... kalau ina, jenis mcm tu lah... kalau org bg semangat kat ina, ina duk mcm ituuu jgk...bila once ada sorg bg kata2 sentap 1x, baru ina sedar & jd makin kuat... sbnrnya ina pun ada ujian yg sgt hebat, tp buat masa ni, x mampu nak share ngan org... mana tau, 1 hari nanti, ina cari wa... ina sayang wa... sayang sgt2..ikhlas dari hati...

Irfa said...

kak wa..saya tak tahu nak komen apa.sebab sy tak pandai bagi nasihat mcm orang lain.tp itu tak bermakna saya tak prihatin dengan apa yang akak lalui..saya pun tak suka akak bercerai berai tapi kalau bersama lebih banyak derita untuk apa?sex bukan segalanya dalam hidup ini.

saya doakan yang terbaik utk akak dan hani..

Zareda Norman said...

wa

teruskan melangkah.. sampai dah panggil betina betina tu.. dah tak ada apa yg wa nak sebakkkan dengan pak haji tu..

tentang hani, rawatlah luka hani dengan sebaik mungkin.. hubungan ayah dan anak tkkan putus.. satu hari dia tetap perlukan ayahnya cuma yakinkan hani yg ayah dan amie tetap sygkan dia wpun wa dan pak haji bukan lg suami isteri.

sabarlah dan tekadkan hati.. keperluan yg satu tu kalau overload pun payah jugak.. ehheheh org pompuan ni nafsu 9 akal 1 tp kita gunakan lbh byk yg 1 tu.. nafsu ni mcm2.. aloihkan perhatian pada nafsu lain.. nafsu buat kek banyak banyak ke misalnya.. ahhaha sorry kak zar saja wat jokes ni.. but i really care.. take care ok