Assalamualaikum w.b.t
Sepanjang saya berborak tu, saya kumpul maklumat pasal diri dia juga
Tapi saya citer secara berterabur jer sini
Anizam, nama penuh dia, orang Selangor
Degree holder dari USM juga
Sebaya saya, dia major dalam interior design
School of house, building and planning
Ada master tapi tak dapat disahkan
Saya bertanya juga, mana sijil-sijil dia
Dah tenggelam dalam banjir di Shah Alam
Gituler yg dia bagitau
Memulakan kerjaya sejak zaman belajar
Jadi agent insuran under IAA, tak sure sangat company dia
Berkahwin pada umur 28 dengan sorg pharmacist
Dapat anak 2, sepasang
Telah bercerai 6 tahun
Lama dia berkecimpung dalam insurans
Sampai dari cerita dia katanya anak-anak banyak dibesarkan oleh dia
Sebab waktu kerja yang fleksible
Kemas rumah dan masak juga dia
Dari cara cerita dia juga katanya ada belajar madrasah seketika
Waktu cuti semester
Bila saya tanya, awak ni nampak macam lembut orangnya
Tetiba plak dia jawab dia bekas model dan penari
Tu sebab dia lembut (agaknya)
Tapi lembut dia bukan dari bentuk badan atau gayab diri dia
Cuma cara dia bercakap tu lah
Tetiba dapat rasa adakah dia 'gay'
Sebab dia juga ada sebut yang dia ada adik angkat dan kawan-kawan baik
Musykil....tapi dengar jerlah apa dia nak cerita...
Tapi sejujurnya saya bukan sahaja simpati, tapi empathy juga
Tapi empathy saya tak sampai tahap saya nak membantu
Apatah lagi nak berkorban
Saya jumpa dia hanya sebab nak dengar cerita dia...
kisah di celah-celah kehidupan
Tapi satu kelebihan dia yang saya tak boleh nafikan adalah yakin dia
Yakin dia pada Allah, tinggi betul yakin dia
Pada masa ni dia takde credit handphone pun
Malah takde transport
Duduk tolong kawan dia di kedai dobi
Membasuh dan melipat baju
Dia ni kemas orangnya, tengok cara memang pembersih
Dan saya tanya juga berapa lama dia berniaga steamboat
Dah lebih dua tahun katanya
Saya tanya berapa dapat sehari?
Dalam RM500 sehari katanya
Dan saya sangat pelik kenapa dia takde buat saving
Bukankah 500 tu banyak
Tapi saya takdelah tanya dia soalan tu
Apa agaknya jenis orang macamni yer
Bila saya tengok dia saya mula teringat abang saya yang baru kawin tu
Abang saya tu pun kenal ambil masa 10 tahun
Lepas 9 tahun baru salwa berkorban
Buatkan loan 20k untuk abang saya bua modal bukak bisnes cyber cafe dia tu
Itupun selepas salwa mengenal hati budi abang saya agaknya
Dan bulan 6 ni habislah bayar 900 sebulan untuk loan tu
Khabarnya lepas ni salwa nak suruh abang saya ambil lesen memandu pulak
Nak beli kereta khabarnya
Alhamdulillah
Dan salwa dan abang saya juga ambil medical card dari saya untuk mereka berdua
Salwa yang bayar menerusi auto debit dari akaun dia sendiri
Hebat betul pengorbaman salwa tu
Memang saya tak boleh ikut
Kagum juga dengan dia sebenarnya
Di samping bersyukur sebab abang saya dapat berjodoh dengan dia
Balik kepada cerita zam ini...
Sebenarnya payah juga cari lelaki zaman ni yang ada pendirian macam zam ni
Ada semangat untuk berjaya dalam bisnes, semangat yang berkobar-kobar
Dan ada yakin yang tinggi kepada Allah dalam susah dan dalam senang
Saya nampak yakin dia tu dari penceritaan dia
Tapi dengar jer, bukan 100% percaya dan tertarik dengan segala fakta dia tu
Keinginan untuk berkorban tu ada sebab empathy
Sebab saya dapat rasa yang dia benar-benar dalam kesusahan
Tapi keinginan jerlah, takkan diterjemah dalam bentuk perbuatana
Saya bukan sesiapa untuk tlong dia....dan dia pun takde ruang langsung dalam hati saya
Dan keberanian dia bercerita masalah dengan saya membuatkan saya tanya direct dengan dia
Saya tanya, berapa ramai customer awak yang lain awak minta tolong?
Terus terang dia cakap, dia pun malu nak minta tolong
Hanya saya jer yang dia bagitau
Itupun selepas dia solat hajat minta allah tunjukkan jalan
Terus dia tergerak hati untuk telefon saya
Itupun katanya dia takde credit nak call, dia pinjam gunakan hp kawan
Dan hanya saya seorangyan dia bercerita
Saya tanya kenapa?
Dia bagitau saya sebab saya nampak berbeza dari customer dia yang lain
(adakah sebab saya janda?) <--- sayaterfikir begitu
Saya tanya apa yang saya berbeza
Saya bagitau kita pun baru jer kenal....
Dia kata saya nampak tak sosial, jenis baik, nampak jujur, low rofile
Alhamdulillah lah kalau saya kelihatan begitu
Dan dia kata, dengan saya dia boleh berterus terang
Sebab dia kata dia sendiri tak sedia untuk bercerita hal hidup dia
Apatah lagi pada orang luar yang dia tak kenal rapat
Kawan-kawan baik dia pun tak tau dia duda, mereka ingat dia bujang terlajak
Malah usia dia sendiri pun kawan-kawan dia tak tau
Tapi dia kata dengan saya dia yakin untuk bercerita
Ohhhhh...kenapakah saya yang dipilih? Pelik sungguh rasanya....
Saya hargai dia pilih saya
Tapi dalam hati saya geram juga
Saya pun sikit sebanyak bercerita juga hal diri saya
Jangan dia ingat saya ni low profile sangat
Saya bagitau dia, saya dah biasa terkena
Saya dah puasa berkorban sebagai isteri kedua
Pada suami yang sakit dan tak bekerja
Juga saya baru jer terkena
Sampai membelikan kasut clark dan sampin songket pada mejar tak guna tulah
Dan saya takkan nak terkena sekali lagi
So, saya taknak involve lagi dengan orang yang saya tak kenal hati budinya
Entahlah....bila saya duduk fikir balik pelik pulak
Kenapa Allah temukan saya dengan macam-macam orang
Yang pelik-pelik....
Wassalam
8 comments:
Ada pepatah yang arwah bapak saya selalu pesan kat saya. Jangan sampai " tiada beban, batu digalas."
Maksudnya - jangan sampai jadi tak ada susah, pergi cari susah.
Jangan cepat percaya cerita2 org yg baru kenal. Gunakan ilmu siasatan yg you ada, put on yr SPRM hat and evaluate the situation and the person.
I think si Zam ni sbb you dah cerita psl diri u, so dia gunakan info tu to attract you...berhati2 lah. I dont trust this Zam fella.
Sijil tenggelam dlm banjir, tak boleh pergi buat salinan ke?
MA, betul setuju bangat dengan cadangan tu, even saya cakap dengan dia, u boleh dapatkan salinan degree dari USM and master dari UKM...tapi katanya pada saya tu tak penting lagi sebab saya hanya minta bisness jer.
Dan pelik lagi, macamana dia boleh hidup tanpa ada saving, sedangkan dia ada dua anak yg wajib dia tanggung. Juga sikap lelaki yang suka sangat menyelahkan isteri sebagai penyebab penceraian memusykilkan saya.
Banyak lagi keraguan yang melampaui ketaguan munasabah. Cuma malas nak bersoal jawab, tapi saya lebih suka mendengar dan mengumpul fakta buat masa ni.
wa,janganlah awak percaya kat lelakini...zaman sekarang manusia nak cari duit/kesenangan gn cara yg mudah...macam2 modus operandi yg depa guna, terutama gn pompuan.
Amboi, cik wan zakiah bersuara dah....saya tak cayala yah...ni sekadar cerita jer ni....heheheeee....
dont trouble, trouble.
Jiji....
I know it! Btw tqvm dear....
salwa
dengar boleh percaya belum tentu.. hehhee
zaman sekrg ni manusia mmg pelik pelik dan bermacam ragam.. Allah temukan salwa dgn manusia pelik pelik tu insyaAllah untuk muhasabah diri jugak tu.. kak zar baca pun boleh amik iktibar
ting tong ting tong..siren bells are ringing...
Baru kenal dah berani buka mulut nak pinjam duit, pandai pulak berkata2 nak memuji2 tu.. not good not good.. better say bye bye as soon as possible...
Post a Comment