Assalamualaikum w.b.t
Semangat nak berjaya jer tak cukup
Semangat tu kena diiringi sama oleh unsur lain
Emosi, jasmani, rohani dan spiritual
Saya joint prudential asalnya bukan sebab satu unsur di atas pun
Tapi semata-mata rasa kasihan dengan en joe
Agensi manager saya tulah, yg saya kenal dr 2006, blog reader saya nilah, sama macam anda semua juga...
Kasihan sebab dia tak putus asa ajak itu ini dari 2006 lagi
Sampailah saya ambil exam, lulus dan akhirnya ada kod number agent sekarang ni
Sampailah sekarang saya dah ada semangat
Semangat yang didorong bila melihat kejayaan orang lain
Semangat bila melihat ramai orang dapat dibantu saat2 mereka perlukan bantuan
Berdasarkan kes-kes sakit/kemalangan yang di claim oleh client ejen lain bwh en joe
Saya tau dan dapat lihat pentingnya persediaan sebelum malang menimpa kita
Sementelah orang kita memang sangat kurang saving nya utk kecemasan
Dari kelas-kelas yang saya hadiri setiap rabu malam di bangi dan sabtu pagi di shah alam
Banyak cerita dan ilmu baru, yg saya rasa perlu share dengan anda semua
Balik citer pasal semangat tadi
Semangat boleh datang dan boleh pergi
Macam-macam faktor penentu semangat untuk turun dan naik
Itulah yang jadi pada saya, mula2 semangat sangat, pastu semangat hilang....
Saya jenis kalau buat sesuatu tu (yang saya minat) memang saya sungguh-sungguh
Kalau saya rasa saya tak mampu buat sungguh-sungguh automatik semangat saya akan jadi lemah
Macam tu lah jadinya dengan prudential ni, tiba2 hilang semangat
Saya berusaha dan bersemangat mula2 nya sebab saya rasa saya boleh maju
Terutama lepas dapat boss baru di unit saya ni
Untuk tahun 2012 ni, saya jangkakan beban tugas saya akan menyusut pastinya
Rupanya tak...langsung tak menyusut, brtambah2 lagi
Makanya, bila mencuba dan mencuba pastu rasa masa takde maka semangat mula terbang
Keinginan mula menyusut
Dan saya rasa saya tak berupaya, takde daya
paling buat saya gusar adalah harapan en joe
Memang dia yang kuat bagi semangat
Memang dia yang banyak bagi dorongan
Makasaya rasa bersalah kalau saya hampakan harapan dia
Sebelum itu berlaku, saya fikir baik saya undur diri
Kadang saya rasa macam saya beri harapan palsu
Maka sya pun bbm dia ( en jo)
Saya kata, "en joe salah pilih orang ni, saya takmampu sebenarnya...
Saya dah takde daya, letih saya taknak bagi en joe harapan palsu
Saya hanya tunjuk yang saya boleh, sebenarnya saya memang tak mampu
Saya rasa amat letih dan saya memang tak berdaya nak kejar semua benda satu masa
Saya kata lagi, isnin- jumaat memang saya tak boleh nak selitkan langsung pasal prudential
Saya ada customer dah tu nak urus diorang saya tak mampu
Sebab saya takde masa yang cukup
Bayangkan hampir setiap hari bekerja saya pulang selepas maghrib
Balik tu badan memang amat letih yg teramat
Otak rasa tak boleh nak dijana dah, hanya nak rehat jer
Jam 9 pun mulut saya dah menguap-nguap
Malahan ke kelas rabu malam tu, kejap2 saya menguap, asyik kena tegur dgn penceramah
Maka saya cakap kat en joe, cukuplah, saya tak nak hampakan dia..
Tapi en joe seperti yang dkenali bukan seorang yang mudah berputus asa
Saya cuba tarik diri, lagi dia tarik saya hampiri dia
Tarik serapat mungkin untuk ikut jejak dia yang berjaya
Saya serba salah, saya sekarang tak boleh bergantung pd semangat semata- mata dah
Saya kena masukkan faktor keinginan, kesungguhan, tak kenal erti kalah
Tak perlu menoleh ke belakang langsung
Walau pun hidup saya sangat packed sekarang ni, saya kena tempuh juga untuk berjaya
Saya dah ada beberapa customer ni, nak submit kes jer tak sempat, ni senarainya
Yang nak ambil medical card - yazid, azizi
Yang nak ambil pru bsn ummah -salwa ( kakak ipar ), saya, hani, anna, laila, norwandi, hasimah
Yang nak ambik investment - azmi
Allah mudahkan saya sebenarnya, saya cuma kena kerja Kuat lagi
Saya kena korbankan sabtu ahad saya, kalau orang berehat sabtu ahad, saya kena kerja
Itu jer, takkan nak berjaya tak buat apa-apa kan?
Dikesempatan ni saya nak bagitau satu produk namanya PruBsn ummah
Polisi ni adalah berbentuk saving + protection
Satu polisi yang memberi jaminan untuk anda megerjakan haji
Konsep asas simpanannya sama dengan tabung haji tetapi bezanya ia beri perli dungan dan saving pada masa sama
Katalah kita simpan di tabung haji, bila duit kita cukup sahaja baru kita boleh ke mekah kan?
Dan kalau apa- apa berlaku pada kita bila duit kita dah cukup atau semasa proses mencukupkan duit tu, takde jaminan yang kita akan dapat mengerjakan haji kan?
Tetapi dengan prubsnummah, jika berlaku apa-apa pada kita, samaada dalam tempoh simpanan atau selepas simpanan cukup
Contohnya kita sakit, hilang upaya kekal,atau kematian(minta dijauhkan sebelum ke mekah lah ) maka pru bsn akan mengupah badal haji untuk kita
Malah pru bsn akan memberi wang khairat kematian, manfaat hilang upaya
Juga jika simpanan kita telah cukup, dan kita hendak mengerjakan haji, pru bsn akan memberi tambahan RM2,000 bagi perbelanjaan tambahan kita di mekah
Selan itu, simpanan kita di pru bsn ini juga tidak boleh dikeluarkan sewenwng-wenangnya
Ia hanya boleh dikeluarkan atas dua sebab sahaja, iaitu umrah dan haji
Itupun dengan bukti surat samaada dari tabung haji atau agent yang membawa kita mengerjakan umrah
Jadi, bila kita ambil polisi ni, jaminan haji pasti ada, samaada kita hidup atau mati, sihat atau sakit
Dan pastinga semua kelebihan yang ada ini tidak ditawarkan oleh Tabung haji
Malahan bila seseorang dah meninggal dunia, ia mengambil proses yang lama pula untuk keluarkan wang berkenaan untuk dicairkan
Adakalanya kena melalui amanah raya pula
Melalui pru bsn ia mudah dicairkan hanya dengan menggunakan nama waris yang dinamakan dalam polisi berkenaan
Tu sebab saya dan hani walaupun kami berdua dah tolak secara bulanan gaji saya, saya ambil juga polisi ni bulan ni
Untuk mak saya pun rasa nak ambil, tapi mak saya dah lebih 60, tak bolehlah ambil
Paling tidak saya boleh kerjakan umrah berdua dengan hani bila cukup duit tu, saya dah beh buat kiraan dah,, sebab duit tu macamanapun tak boleh dikeluarkan.....so senang nak buat kira2
Saya rasa sapa tak ambil polisi ni rugi, sebab takkan sebagai orang islam kita takde keinginan nak kerjakan hami kan?
Dan simpanan melalui pru bsn ini untuk saving+ protection boleh dibuat serendah RM50
Dan jika anda rasa saving dah cukup, anda nak surrender, bolehlah keluarkan semula wang tersebut sebanyak mana simpanan yang dah dibuat tu
Kardah simpanan prubsn ummah ni boleh dibuat secara auto debit ( dari bank anda) atau melalui potongan kad kredit sahaja)
Itu ajer
Jika berminat (cewaaah), nak close presentation dah ni.....hubungilah puan salwa muharam,
019 6996901, saya akan ke tempat anda dengan bersemangatnya untuk terangkan lebih lanjut lagi polisi ni
Dengan hanya RM50 ( apalah sangat ) anda dijamin mengerjakan haji, kalau dalam familiy tu ada 4 orang baru RM200, kalau tak mengerjakan haji pun, umrah pastiya....
Macam saya dan hani, saya simpan setiap sorang 100, jika apa2 berlaku pada kami berdua dalam masa terdekat selepas ambil polisi ni insyaallah pahala haji dapat juga sebab prubsn akan mengupah badal haji untuk kami walaupun simpanan tak cukup atau tak cukup...
So, saya rasa kalau tak ambil polisi ni, macam sengaja menolak kebaikan, saya dengar banyak kali dah nama produk ni tapi baru jer minggu lepas saya faham dengan sebenarnya pasal produk ni, dan rasa nak sangat kongsi kebaikan polisi ni kat pembaca blog ni....
Dan kalau nak share kan dengan kawan-kawan dialu-alukan, kalau ada kawan-kawan anda berminat nak gau lebih lanjut, saya sedia setkan appoinment dengan mereka tapi weekend atau malam sahajalah...
Setakat shah alam, kelang, kl, nilai, selangor saya sedia redah jer....insyaallah
Wassalam
1 comment:
sy ni bila dengar je teringin nak join tapi mslh nga tak konsisten..last2 burn camtu je :(
Post a Comment