Monday, January 25, 2010

Kemalangan maut

Assalamualaikum w.b.t



Saya baru balik dari pejabat ni. Tadi masa perjalanan balik ada kemalangan maut. Kemalangan tu takdelah berlaku depan mata tapi dari firasat saya macam baru lepas berlaku jer. Yang menyebabkan saya terkesan sangat adalah saya sempat pandang wajah simati dan sempat juga saya meneliti sekujur tubuhnya.


Seorang lelaki melayu berusia lingkungan awal 40 an berjaket kulit hitam dan selaur slack hitam. Saya rasa lelaki tu baru balik kerja, dan dia bawak motor biasa jer, dalam 120 cc macam tulah. Bukan motor berkuasa tinggi dan takdelah bawak kapcai ker apa....agak baru jugak motornya yang hampir 60% hancur tu.


Masa keter saya lalu tu hanya ada sebijik dua jer keter kat tepi tu, takdelah ada lori ker bus ker apa, saya rasa kemalangan tu dengan kereta jer kot. Dan belum ada juga kereta laian yang berhenti, baru jer sorang lelaki dari arah depan nak berjalan ke arah motor simati tu. Agaknya baru 5-10 minit berlaku sebab takde kesesakan lalulintas lagi...jalan masih lancar cuma masa saya lalu tu kenderaan slow jadi dapatlah saya perhatikan...slow pun dalam seminit jer....depannya takde kesesakan langsung...tu sebab saya cakap benda tu baru berlaku.


Bergetar juga badan saya bila teringat balik wajah simati. Terbayang2 saya sepanjang perjalanan tadi. Terbayang betapa sedihnya isteri dan anak2nya yang menanti. Terbayang juga tentang azab kubur yang menanti dan saya terbayang juga macamana eksanya dia semasa nak dicabut nyawanya. Macam2lah terbayang dalam kepala saya ni.


Dan-dan tu juga terus saya bawa kereta perlahan ... tak sanggup nak bawa laju. Last week kawan saya cikgu mengajar di Jelebu tapi duduk di Seremban, kena langgar dari belakang siap kereta dia terpusing 360 darjah disebabkana kereta belakang tu tayarnya meletup. Bawak berhati2 pun kena juga kan....so pengajarannya kenalah banyak2 doa dengan Allah pelihara perjalanan kita biar selanat pergi dan selamat balik.



Hari ni balik lambat sebab esok ada PC lagi....kebetulan pak haji keluar 3 hari weekend ni, dan keluar kat taman tasik jaya jer dekat sangat dengan rumah saya ni. So saya pun apa lagi suruh pak haji jer ambik hani paal ada kerja tak siap. Hari ni punyalah cuai, dalam kereta pagi tadi dah terasa2 yang saya terlupa nak kunci grill tapi bila tengok kunci rumah ada pulak. Tu pasal saya fikir kunci kot...sebab kunci ada dalam kereta. Pastu terus terlupa.


Balik ni tadi (9 malam) terus nampak grill tak kunci, tergantung2 jer kunci tu pada grill, pagar dahlah tak kunci ternganga2 sebab pagi2 masa memang berharga takde masa nak tutup2 pagar ni....sokmo terkejar2 tak cukup masa.....masuk tu berdebar2 jugak manalah tau semua barang dalam rumah dah kena angkut. Tapi alhamdulillah semua macam biasa jer....orang lalu mungkin dia ingat ada orang dalam rumah kot walaupun pagar ternganga dan takde satu selipar/kaut pun kat luar pintu tu....


Sebenarnya pak hj suh saya tinggalkan kunci sebab dia naik balik....tapi saya terlupa, kalau tau tertinggal kunci kat grill suruh jer dia balik tadi....baru kejap ni call pak haji tanya nak saya ambik hani kat surau atau dia hantar balik.....katanya lepas isyak akan hantar hani...walhal ni dah lepas isyak dah ni.....kalau lambat hantar hani sian dia dari pagi tak mandi, mesti mata ngantuk tu...sebab hari sekolah memang saya paksa tido awal so mata dia pun dah diadjust mengantuk bila jam 10 malam....


Oklah...tu jer laporan hari ni....dan pesanan saya ingatlah mati boleh datang bila2 masa...sedekahkanlah al fatihah untuk simati tadi....moga2 roh dia ditempatkan bersama orang2 yang beriman...al fatihah.... dan atu lagi..berhati2 di jalan raya ingatlah orang yang tersayang....


Wassalam

No comments: