Sunday, January 24, 2010

Menanam minat bekerja semula dan ada jer kekangan

Assalamualaikum w.b.t



Memang agak sukar bila kita dah rehat setahun setengah dari bekerja tetiba nak kena kerja semula. macam kena buat pusingan 360 darjah pulak rasanya. Tambah2 pulak kerja yang kita nak buat tu satu kerja baru yang totally lain dari kerja kita sebelum ni. memang macam loser jer rasanya....


Everything kena start dari bawah..macam orang baru mula kerja jer gayanya. Tambah2 pulak dah ada 'seseorang' (saya gelarkan dia miss conquer) yang buat kerja tu semua sebelum saya ada. lagilah rasa tak berguna ada kat situ pun iya juga. Tambah 'buruk' keadaaan orang tu macam taknak lepaskan kerja yang selama ni dia buat semuanya.

Huh! Tension sungguh makcik dibuatnya! Mulalah pening rasa cam takde kerja. Walhal banyak kerja. Posisi dan saiz bilik pun main peranan rupanya. Datang2 jer saya ditempatkan kat satu bilik yang pastinya saiznya kecik dari kat negeri 9...itu okay takde hal.


Tapi yang jadik masalahnya, Miss conquer tu duduk kat bilik yang sangat besar, yang saya tak siasat kenapa dia boleh dapat bilik sebesar tu (gaya mcm bilik gred 54) cuma kemudahannya takdelah cam gred 54....sebab dia gred 41 baru masuk last mac (2009)....disebabkan dia terlibat dalam mengasaskan unit ni so dialah conquer semua kerja coz masa tu ada 2 peg wanita jer, sorang lagi kump B, dia jer yang Kump A.... tapi ada cerita jugak Cik sinar kata sebelum dia share dengan sorang lagi peg tapi bergaduh pulak!
Sorang lagi peg unit kami yg minta dan dah ditukar pada 1 januari tu sempatlah saya jumpa dua hari masa saya masuk kerja 7 dan 8 disember lepas dan sempatlah dia meluah kenapa dia minta tukar bahagian lain. Tak tahan katanya, tak tahan dengan miss conquer yang selalu bagi dia tekanan. Khususnya bila masa miss conquer tertekan dia akan transfer tekanan tu kat kawan tu.....cakap marah2, tengking2, pastu orang tanya buat tak layan jer.....mana kawan tu nak tahan kan?


Ok, balik citer hal bilik, disebabkan bilik Miss conquer besar, maka tetiap pagi dua pegawai kanan unit saya akan ke bilik dia, dengan saya2 pun kena ke bilik dia juga, yerlah dah boss ke bilik dia, lagipun kat bilik dia ada printer besar...yerlah kerja kami pagi2 kena print berita2 yang keluar pada hari tu dan kena mengadap KP brief dia pasal berita tu..nak respond atau buat apa2 lah tindakan lain..PC ker, apa ker....so semua pun akan ke bilik dia... dah bilik besar takde masalah nak muatkan semua org...


Ok fine takpe,...masalahnya sekarang dia rasa dia penting dan dia rasa dia tergugat dengan kehadiran saya plak sebab saya kan setakuk atas dia..tambah2 saya kerja nak masuk 10 tahun....yang peliknya dia setahun pun belum...takkan nak bersaing dengan saya? Betul2 peliklah.... banyak ciri2 dia yg saya perasan dia sentiasa pastikan saya tak buat sesuatu tanpa pengetahuan dia....mesyuarat pun sama, dia akan cakap segala2nya macam semua dia tau dan buat kami rasa "wowww....", dia akan highlightkan macam2 perkara....



Saya dari mula masuk kerja memang dah tanam prinsip low profile, kalau rasa kau nak menonjol kau pergilah, saya tetap macam ni tak rasa luak apa2 pun. Kalau betul saya akan cakap betul, kalau rasa tak sesuai saya cakap jer....dengan bos atas saya pun camtu saya buat. walaupun adalah pandangan saya tu ditolak mentah2... malu memang malu tapi selamber jerlah, nak belajar....


Dan saya dah nampak sikap dia nak conquer semua kerja biar nampak cam saya tak buat kerja. Tapi camana saya nak buat kerja kalau semua kerja dia dah conquer???Tell me how? dia taknak delegate langsung kerja2 tu kat saya. Saya suruh emailkan contoh2 surat/memo dan segala mak nenek pun dia tak forwardkan kat saya....takper saya tengok jer....sabar lagi ni....


Memang cam bangang jer saya cakap camtu kan, walhal saya boleh jer arahkan dia bagi saya buat, pasal saya atas dia tapi as usual saya taknaklah paksa2...biar datang dari kerelaan dia lah.


Tapi hari tu memang nampak cam 'terkangkang2' dia nak buat kerja...rasakan. Saya perhati jer, dua pagi tu Dato' Ketua Bahagian kami cuti dua hari, yang patut masuk jumpa Kp dua peg kanan atas saya tulah, Mr Talkative dan Mr Yesman....tapi miss Conquer dua2 hari pun masuk. Dia tak ajak saya pun. Okay takper....saya pun bukan suka masuk jumpa dato' Kp tu.....takde kuasa saya....lagipun lebih baik kita low profile.....bukan kita yang ke depan biar kerja kita yang ke depan kan?


Pastu belah tengahari kena buat press release pulak....tiba2 saya dapat call kat bilik, tu pun peg lagi sorang Cik Sinar yg call, dia pun 4 tahun belajar buat berita, ada diploma dan ada degree journalism lagi, takat berita 4 perenggan tu sekejap jerlah. Tambah2 pulak Cik Sinar lagilah terer, dia memang budak Journalism, dan sebelum masuk SPRM setahun dia kerja wartawan Sinar jaga belah utara....


Miss conquer plak fresh graduate dari UIA mana ada pengalaman kerja wartawan, dan dia bukan ambik kewartawanan macam kami, saya dan Cik Sinar. Tapi dia nak gak buat press release tu...saya masuk jer saya cakap bagilah kat Cik Sinar buat lepas saya tengok macam susah bebenor dia nak menulis tu tak kena ni tak kena.....tapi yg pelik dia buat dek jer...taknak bagi keyboard tu kat Miss Sinar atau saya.


Yang boss atas saya tu pun boleh tahan gak ngok nya....dah orang tu pening....dan kami kat belakang miss conquer ni doklah bagi cadangan ayat gitu gini tapi yang miss conquer buat tak tau jer...malah siap tunjuk mukambengang dan tension, pastu boss cakap kat miss conquer, "takpe, u relax...relax..tenang.....tenang" bila dia tengok Miss conquer macam dah tension sangat tak siap2 press release tu....





Yang saya dengan Cik Sinar memang tak tahan sungguh dah..macam kami tunggul...so kami dua2 blah jer.....biarkan dia terkangkang2 siapkan....pelik betullah manusia ni....kalau dah rasa susah sangat buat apa nak bagi tekanan kat diri sendiri dan menyusahkan diri...bagi jerlah pada yang pakar....yerlah saya dan Cik Sinar dua2 bekas wartawan..taulah kami handle....tapi dia tak mau serahkan....apalah!!!



Esok tu dalam mesyuarat dengan Mr Yesman, Mr talkative, Miss Conquer, Cik Sinar dan saya....konon nak cakap, tapi kena cantas plak, tak sempat cakap. Asyik Miss Conquer jer cakap......Sudahnya saya jumpa Mr Talkative saya cakap kat dia lepas ni apa2 press release bagi kami berdua yang buat, sebab kami memang dilatih untuk jadi wartawan. habis citer.


Tak tau kenapa saya boleh ajer masuk dengan miss sinar, tapi dengan miss conquer susah betul nak masuk! Takde chemistry....dengan miss sinar macam2 cerita boleh...mungkin sebab kami satu bidang dna dua2 ada pengalaman jadik wartawan. Walhal Cik Sinar umur baru 25, 10 tahun beza tu....dia free hair plak tu..tapi okay jer semua benda kami boleh bincang....


Saya pun doalah dengan Allah bagi jalan keluar. Alhamdulillah takdelah sukar sangat nak betulkan keadaan sebab Allah bagi jalan keluar, unit kami kena pindah ke bilik2 bersebelahan dengan bilik KP dan dua TKP sebab unit kami letaknya bawah pejabat KP. Jadinya miss conquer kena keluar bilik yang besar tu, pasal ada gred 54 nak masuk, dan dia masuk ke bilik dekat dengan bilik saya, saiz yang biasa sesuailah dengan dia....Miss Sinar sebelah bilik dia. saya pulak dapat bilik lagi kecik dari bilik sebelumnya tapi saya selesa sangat dah...sebab barulah cam nampak tersusun sikit. Saya sebelah bilik Mr Yesman....


Lepas ni barulah saya nak mainkan peranan saya. masih low profile tapi saya akan gunakan sedikit kuasa saya kawal Miss Conquer ni....Miss Sinar banyak kali dah suruh saya bersuara sepanjang 3 minggu kerja ni tapi saya tak kuasa! walauapun dia senior saya dari segi pengalaman dalam unit ni, tapi tak bermakna dia tau segala2nya.


Malah PR dia dengan reporter memang out! Dan 4 kali PC diadakan, nampaknya dia tak bertegur sapa dengan wartawan pun. Saya plak terlebih menegur...yerlah saya taulah apa dalam minda wartawan, kan saya pun pernah jadi wartawan. Miss Sinar plak memang nak beramah mesra dengan wartawan tapi tak pernah kesampaian sebab miss conquer ada jer panggil dia arah buat itu ini...saya setakat ni Miss Conquer tak suruh apa2 kalau dia nak suruh pun dia akan sms tu pun ayat baik punya....



Hisshhhh takde citer lain ker? kutuk orang jer makcik sorang ni....ok ok dah lepas ni takdak dah nak citer....ni nak lepas geram jer ni....


Wassalam

3 comments:

Zareda Norman said...

salwa, tersenyum senyum kak zar baca entry kali. Kak zar rasa di mana mana pejabat kerjaan memang ada pegawai yg bersikap macam ni.

Bila kita kerja di HQ dan state memang totally 100% tak sama. Di state, kita di cari, kita low profile pun kita akan terserlah tapi di HQ tidak cam tu. Kita mmg kena high profile tapi kena seiring dgn kerja. Mcm kerja kak zar mmg bnyk direct ke KP, TKp dan deal dgn pengarah pengarah, so PR mmg kena superb, skill mengayat kena no 1, appearance dan skill menyelamatkan diri juga kena jaga. Kerahsiaan sbb bila sll kerja direct ngan high management ni sll juga dgr keluhan keluhan dorang ni so jangan pepandai panjang panjangkan citer tu.. simpan jadi iktibar. Syok kerja kat HQ sebab tu sesekali kami turun ke state, kami dilayan macam KP yg turun.. hahahh sebab org state tahu, ni org org yg rapat dgn higher management so kena layan bes bes..

Hanisumayyah said...

Kak Zar...


Hahahaaa...saya pun senyum balik jer baca komen kak zar...ohhh gitu yer...tulah nak sesuaikan diri memang payahlah. Dah 10 tahun kat state. masuk hq terus kerja kat pejabat KP....memang pening arrr....saya memang lomeh bab mengayat2 ni...tak reti sungguhlah...kita golongan marhein biasa deal dengan saksi2, OKT, masayarakat bawahan manalah tau nak layan orang2 atasa ni...sepak terajang dan politik orang atas ni lagilah tak tau....

Saya kadang tengok politik org atas ni mampu senyum jerlah....ohhhh camni rupanya...baru nak belajar2 jer ni....


Masing2 kalau boleh nak dapat nama dan nak tonjolkan diri....akulah yg buat kerja dan pandai kerja....tapi tulah saya pun kena ikut rentak jugak kot?


Takpelah pelan-pelan kalau tak sesuai nanti samaada aya minta tukar takpun sayalah kena tendang kot? tq nasihat kak zar tu...

luna said...

politik pejabat...mana2 pun ada baik gomen atau swasta..tp geram jugak drg citer miss conquer tu ..mcm bagus..tu la kadang2 kan..keje kita tu ok tp mslhnya org sekeliling. tp peduli lah kan. biar dia mengangkang buat keje. hehehe.