Wednesday, January 27, 2010

Tumpah juga air matanya

Assalamualaikum w.b.t


Semalam betul2 sedihlah. Hani menangis mengongoi2 sejurus saya sampai. Sedih betul dia saya ambil dia lambat. Takdelah lambat sangat lebih dalam 5 minit dari waktu biasa. Biasa saya sampai dalam 6.30 semalam sampai dalam .35-6.40 ...camtuler....


Tapi semalam dia tak bawak hp sebab ayahnya pinjam hp dia....tambah2 pulak semalam katanya takde kakak boleh tolong masukkan duit dalam public phone.


Pastu kata kakak (yg juga tunggu anak taekwando) dia dah tertido kat tepi longkang atas kaki lima tu sebelum saya sampai. Kata hani lama dia tido bila bangun ammie tak sampai2 juga.


Member tambah nangis bila aya tanya soalan secara syahdu dan saya peluk dia terus duduk atas pangku saya yang sedang mencangkung pujuk dia yg berjuraian air mata. Tanya apa soalan pun dia tak boleh jawab dah, air mata jer jawapan dia.....yerlah dah besar dah ada perasaan sendiri agaknya. Makin pujuk makin kuat tangisan dia sampai tak boleh berkata2....



Saya pulak sampai dalam kereta jer dengan saya2 pulak menangis, rasa bersalah sangat dan rasa kesian sangat pada dia. Memang rasa salah sayalah...teru call pak hj, konon nak kongsi rasa sedih dan rasa bersalah. Tapi bila call dia saya dapat rasakan yang dia tak dapat meletakkan diri dia dalam situasi kesediahn kami dia beranak.


Sebab masa tu saya dengar keriuhan suara anak2 sana. Dia dalam keadaan riuh rendah dan gembira mungkinkah dapat dia meresapi kesedihan kami dua beranak?


hani pulak langsung tak nak bercakap, air mata jer meleleh2.....pada masa sama saya terpaksa ambil keputusan drastik, mahu tak mahu suka tak suka satu keputusan terpaksa saya buat. Mula2 yang terlintas dalam fikiran saya hanya hendak berhentikan hani sekolah sementara saya urus perpindahan ke Putrajaya. Tapi tak masuk akal pulak rasanua idea tu....


Pastu tetiba teringat nak gi rumah Mak Ros yang tak sampai satu kilometer dari sekolah tu. Ingat mak Ros tak? yang jaga Hani dari umur 60 hari sampai 3 tahun lebih.....saya terpaksa juga buat keputusan untuk minta bantuan Mak Ros.


Sebelum ni memang dah rasa nak minta mak ros suami isteri bantu, tapi bila fikirkan peristiwa dulu...(bagi yg baca blog saya dari dulu tentu ingat cerita berkaitan suami mak Ros ni) teru tak jadi. Tapi bila dalam keadaan macam ni rasanya ini jerlah jalan keluar terbaik yang mampu saya buat.


Semalam memang nak balik cepat tapi macam biasa kerja kat unit saya ni macam ada jer menghambat. Semalam sebelah pagi dah penuh jadual, bahagian kami ada aturkan close session semua in chief editor mainstream media dengan KP, habis tu terus kena sediakan jawapan utk interview session KP hari ni dengan surat khabar cina, pastu jawapan utk interview dgn harakah plak...(tak siap gak....banyak soalan2 maut, nak kena study carik statistik) pastu datang dua kerja nak kena buat paper work PR course utk semua pengarah state, aturkan close session dgn in chief editor alternatif media lak....macam senang kerja nya tapi saya ni budak baru belajar...semua baru nak start, semua rasa cam hmmm... kerja sedia ada pun tak siap lagi...hishhh tetiba macam banyak lak kerja....boss cakap 3 bulan pertama lepas setup bahagian kami ni memamg banyak kerja....tapi iyer ker...


So semalam walaupun dah nak maghrib saya pergi jugak rumah mak ros....pastu jumpa mak ros dan suami dia, masa cakap tu dengan saya2 pun menangis dan macam saya agak memang mak ros suami isteri takde masalah suka sangat diorang bila saya minta tolong ambik hani 4.30 lepas habis sekolah. mak ros terus pergi kat keter tengok hani yang hani pulak bila mak ros datang lagilah tambah ngongoi nangis...sedih sangat lah tu....


Borak2 pastu terus balik rumah. Dalam perjalanan tu barulah ceria boleh bercakap....rupanya katanya yang buat dia sedih tu sebab tunggu lama sangat, sampai dah tertidur pastu katnya biasanya ammie ambik tu matahari masih ada, adalah cahaya banyak tapi tadi matahari pun cahaya dah tak banyak...macam dah nak gelap, tapi ammie tak sampai2..kakak ingat ammie tak nak ambik kakak...penat kakak tunggu....


Kesian betul saya dengar....memang betul salah saya tapi saya pun tak mampu ubah suasana. saya ingat hani cukup kuat menempuh saaat2 macam ni, saya ingat di usia dia dia dah mampu korban perasaan macam saya boleh korban. Rupanya baru saya sedar dia pun macam kanak2 lain, yang masih bergantung perasaanny dengan seorang ibu. Yang sedih bila terasa macam ditinggalkan.


Betul, saya rasa betul2 saya dah mengabaikan perasaan dia selama ni. Saya ingat dia boleh sesuaikan diri dengan suasana menunggu saya 2 jam lebih tu, saya selalu pesan kat dia bawalah buku cerita, atau buku latihan atau buku mewarna masa tunggu saya, takdelah rasa lama sangat tapi kanak2 tetap kanak2, dh belajar dari jam 7.30 pagi sampai 4.30 petang duduk dalam kelas, takkan dua jam lagi nak mengadapa buku jugak kan? Zalim betul saya pasksa dia baca buku petang2 dlam keadaaan letih dan mengantuk!



Tulah kisahnya. hari ni dia akan mula balik 4.30 petang, abah dan mak ros akan ambik dia. Abah dah janji nak bawak mak ros ambik dia petang ni. Hani pun setuju sebab dia memang dah biasa dengan mak ros. takde masalah langsung dengan nak ros. Dan saya juga yakin dalam usia hani nak masuk 7 tahun abah tak berani nak buat2 apa2 pada hani. Secar jujurnya saya nampak yang suami mak ro ni betul2 ikhlas, tak taulah macamana peristiwa dulu tu boleh berlaku. Samaada benar atau tidak pun masih diragui lagi. Tapi apa yang saya lihat dia memang baik dan atas dasat itu saya ambil keputusan minta bantuan dia. Dan itu jer pilihan saya yang ada. Jangan kata saya ambik risiko bila saya letak kat mak ros.


Sungguhpun keputusan ini drastik tapi saya sudah fikir benda ni sejak hani masuk sekolah.... cuma saya tak bertindak sahaja. Saya percaya suami mak ros menghormati saya dan hani...yang lepas tu kalau betul mungkin jadi pengajaran pada dia dan harap tidak akan sekali kali berlaku lagi kalaulah benar.....dan situi sekarang juga tidak membenarkannya berlaku, sekolah hani dan rumah mak ros sangat dekat...tambah2 mak ros juga akan ikut ambik hani (tu yg dia cakap semalam) sebab mak ros takde apa2 kerja lagi dah....takde jaga anak orang lain pun...lagipun ini hanya tindakans ementara saya sebelum pindah ke kuarters....doalah moga cepat saya dapat uruskan semua ni.





Wassalam

4 comments:

MOKCIK AZWA said...

kesian kat hani...kita menunggu lewat 1o minit pun rasa macam lama sangat ni apatah lagi kena tunggu 2 jam kan..

hopefully keselamatan hani akan lebih terjaga bila dok dgn mak ros tu.

try minta tolong ngan ahsan la salwa...atau tulis emel citer segala masalah pada pegawai BPH berkenaan dan berdoa padaNya agar dipermudahkan segalanya. . InsyaAllah bleh dapat cepat sikit..

Jiji said...

Kak wa..... biar la dia ikot kawan dia tu balik umah dari duduk rumah mak ros. Please la kak wa.... Hani tu kecik lagi tak terlawan dengan lelaki.. mak ros tuh.. (saya agak dah tua)... lagi la kot?

Lagipon mak kawan hani dah offer..

oren said...

susahnya keadaan akak..sblm nih dok baca, tapi tak tau nk komen apa..cuma saya respek 1 pada hani, yg dia mmg LUARBIASA..mira yg saya amik lmbat 5-10 minit pun, mcm nak nangis dah..pdhal, ramai jek bebudak kat skolah tu yg blum balik..

saya doakan akak cepat le dpt kuaters..dan saya rasa baik le hani g umah kawan dia tu (yg ayahnya somebody tu)..mmg mcm segan, tapi mak kawan tu pernah offer kan? takut jugak hani di rumah mak ros..

Ummi said...

macam-macam wa nak kena fikir dan wa nak kena lalui,

risiko gak kat rumah mak ros, kat sekolah pun risiko gak, ummi kalau lambat ambil batrisya pun ummi akan suruh kawan ummi tolong tunggu batrisya kejap, takut gak nak tinggalkan dengan pak guard, tak leh caya zaman skrg ni, macam-macam perangai yang ada

kalau nak tumpang rumah kawan hani tak leh ke? tapi dah bgtahu mak ros pulak ye, nanti apa lak kata mak ros

ummi faham, susah nak buat keputusan dalam waktu terdesak :(