Friday, January 1, 2010

Hijrah?

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya saya takde nafsu nak berblog lagi. tapi paksa juga diri ni. Mungkin sehari dua ni takde mood kot..lepas ni oklah agaknya.


Sayang juga pada blog ni. Sayang catatan dan sejarahnya tu.

Saya balik ke KL pada 29 Disember. Dari Kampung Kobah, Kota sarang Semut kami berdua bergerak terus ke madrasah anak tiri saya, Uda di Balik Pulau, Penang.


Ziarah dia, belikan jubah dan seluar baru. Budak 10 tahun dah kena tinggal jauh2 urus diri sendiri kenalah kita bagi sokongan kan?


Pastu terus ke Seri Petaling, ke rumah Hj Osman Simpol. RUmah ni masa mula2 dulu kami berkumpul di sini juga untuk bayan hidayah, ada 3 jemaah. masa balik ni pun 3 jemaah ni berkumpul semula di rumah ni.


Pada masa yang sama, ada banyak jemaah lain yang balik berkumpul di Seri petaling rumah yang lain. Ada jemaah dari bangladesh, India, pakistan, South Africa dan lain2.

Bayan wapsi (tangguh) diadakan esoknya (30 Dis), dan agak lama banding bayan hidayah. Lama sebab nak dapatkan laporan dari setipa amir sab (ketua)3 jemaah ni berapa banyak usaha dakwah yang telah dibuat. Berapa banyak ruamh dapat buat taklim, bagaimana amalan masjid? dan adakah orang2/jemaah baru yang dapat dibentuk untuk keluar di jalan allah....dan banyak lagi....


Bagi masturat, laporan diberi oleh amie sab juga, bagaimana dengan halaqah quran, sessi baca quran, bagaimana amalan dirumah dapatkan amalan hidup dalam rumah 24 jam? bagaimana solat dapa dijaga awal waktu? banyak lagi lah laporan yang ditanya....



Jam 12 lebih tengahri barulah habis.Terus pecut balik ke seremban. Bukan apa, sayalah yang tak sabar2 nak balik cepat. Tak tahan sungguh 40 hari beb....hari2 pandang tapi tak dapat nak bersama suami..tau2 jerlah saya ni....mereng rasanya...suami cool jer...sebenarnya masa keluar ni boleh ajer nak bersama suami tapi saya malu lah pulak. Boleh kalau kita nak keluar mana2 dengan suami, tapi saya yang taknak nanti nampak sangat 'tak tahan'...so saya bertahan jerlah merengek dengan suami masa mulakad [sessi berjumpa suami setiap pagi]...sebeanrnya masa jumpa ni, kena bincang hal macamana ima meningkat tak, quran istiqamah baca..juz berapa dah...apa masalah yg timbul, berapa ramai orang datang nusrah....dan lain2..tapi saya asyik merengek jer...ada jugaklah citer hal2 iman...tapi merengek yg lebih...jenuh pak hj layan..hahahahaa



Dan saat sedih saya bermula petang tu bila pak haji kata malamnya dia nak balik PD. Ok fine....boleh sabar sebab baru balik keluar jalan allah kan kena banyak sabar..tapi malamnya saya sedih sangat bila saya bersms dengan kak bie [yg keluar sama2] utk dapat kekuatan dia nasihat saya....nasihat2 yg baik ni memang boleh buat kita sedih dan air mata saya menitis....satu menitis sebab esoknya saya kena tanggal purdah dan tak tau lagi esoknya macamana sebab saya akan mula bekerja esoknya kan?


Dah terbayang dah yg saya takkan dapat jaga pergaulan, for sure akan bertemu lelaki. Rasa macam kecewa sangat. 40 hari dapat jaga amal [tapi kenalah tolak 2 hari yang saya balik tulah kan...]dapat jaga suara, dapat jaga aurat sempurna dengan berpurdah penuh dan sarung tangan tiba2 esok kerja kena buka semua...takat pakai stokin jer...sedihlah sebab terasa macam berpura2...


Tapi kak bie cakap doalah dengan allah kan allah maha mendengar lagi maha mengasihani...kak bie pun dari zaman anak dara berpurdah dan bila masuk pagar sekolah terpaksa buka. Sekarang kak bie dah umur 46 tahun dan ada anak 9..masih berpurdah di luar dan bukan semasa di sekolah.


Sebut pasal kak bie saya palinmg rapat dengan kak bie antara 6 masturat yang lain. Mula2 tu saya rapat dengan maryam Husna kan..pastu maryam dah mabuk teruk dan macam duduk dalam dunia lain {mabuk sampai muka masam dan tak boleh nak bercakap2 diam jer... maryam ni saya suka menyakat dia, maklumlah baru 2 bulan kahwin dahlah kawin tak kanal rupa langsung....kira ni baru bercinta lah]kalau nak menyakat dia masa di mabuk ni saya sms dia jer walhal dianya tu depan mata jer...sms dia jawab kalau cakap dia buat cam tunggul jer..kelakar betul!



Banyak benda baik boleh belajar dari kak bi...seorang guru bahasa inggeris yang dibesarkan dengan cara barat, makan sudu garfu paggil mama papa, ayahnya keturunan pakistan masuk islam kahwin dengan wnaita kelantan, nama kak bie pun pelik, adik beradiknya semua nama omputih...paul. john dll...kelakar betul masa dengar dia erita tu...


Tapi asbab dia kawin dengan orang melaka, semua cara diubah. Bilan oktober hari tu saya keluar 3 hari rumah dia di jelebu. masayaallah zuhudnya hidup kak bie...saya rasa saya dah cerita hari tu....


Saya cakap kat kak bie saya tak sangka yang saya akan ada rasa sayang yang amat sayang pada perempuan. sampai sayang saya pada kak bie menyebabkan saya nak buatkan semua benda untuk kak bie. Saya nak basuhkan baju dia, nak makan pun dengan dia nak tido pun sebelah dia. Tiap2 malam saya akan bentangkan bedding kak bie...dan kak bie pulak akan sentiasa mengingatkan saya macam2 benda dan dialah yang kejutkan saya tiap2 subuh untuk tahajud.


Dan sayang saya kerana kerana dalam hati kami ada iman. Iman nilah yang melahirkan kasih sayang. kami bertemu dan berpisah kerana Allah.

kak bie sorang yang simple dalam hal keduniaan, baju kurung yang dia bawa semua pun belah2 tepi dah koyak [getas], bahagian punggung dan begulung [tak gosok dan baju2 lama kot] tudung dia bawa untuk 40 hari pun 3 helai jer....tu pun tudung getah dan bahagian sulam nya dan tanggal2 dah..benda tu simple tapi saya prohatin dan sensitiviti tinggi bila tengok cara dia pun saya dah terkesan....dan teringat yg semua benda kita beli akan dihisab..yang dari sumber halal akan dihisab dari sumber haram akan diazab...


Anak kak bie, yang sulung dan nombor 1 dan 2 dan hafiz hafizah..yg sulung du UIA ambil engineering lepas jadi hafiz di darul Quran...6 yg teratas semua tengah belajar, 4 di madrasah. 3 yang bawah tu masih disekolah rendah...semua anaknya cemerlang di UPSR yerlah mak ayah cikgu, masuk cuti sekolah lepas darjah 6 teru masuk masrasah.


tapi kak bie simpel jer penampilannya, tak pernah meninggi diri, malahan antara kami sepatah dia tak cakap inggeris dan tak pernah nak cerita hal kerja....sangat bagus....dan yang paling saya terkesan dengan kak bie ialah dia sentiasa hidup dengan quran dan solat2 sunat. Masa yang ada mesti dia mengaji...mengaji dan mengajai...sampai mengantuk2 dan tersengguk2 pun dia gagahkan diri mengaji juga...akhirnya dia dapat khatam pagi 30 dis sebelum bayan tangguh tu....


Jemaah yang lain pun saya banyak belajar juga...tapi nak tulis macam2 kat sini tak dapatlah....



Ok balik cerita hal rumahtangga ni. Haru rabu malam pertama balik seremban tu dahlah tak dapat bermalam dengan suami kan, dia balik PD..ingatkan semalam , khamis dia baliklah bermalam kat sini atau saya ke homestay di pd....dan saya pun ada sms kat dia masa saya di putrajaya [semalam kan saya dah mula kerja] rupanya dia balik semata2 hantar hani jer dekat2 jam 11 malam tadi. Rupanya suami dengan kak aza nusrah satu jemaah masturat di TTJ, senawang semalaamanya kot [berdasarakan cerita hani]...lepas hantar hani terus dia balik PD..sabar lagikan....yerlah sabar ni tinggi darjatnya...


Pagi ni saya awal2 dah sms bagitau saya nak urus banyak benda hari ni...hal sekolah hani satu benda pun tak selesai. Yuran pun tak bayar lagi. esok ada orientasi pulak tu. Baju sekolah pun tak beli. hal sekolah dia nanti pun tak tau camana nak urus.


banyak benda nak cerita tapi banyak kerja nak buat ni. hani kat sebelah ni dah buat mcm2 permintaan, namk makan beehun sup pulak dah....kenalah ditunaikan.... lama dah tak jumpa kan? dekat 50 hari kot....sian dia....isnin ni mula sekolah saya tak tau lagi macamana, saya balik jam 5.00 dari putrajaya dia habis sekolah jam 4.30....sapa nak ambik dia??? tak tau lagi nak kena solat hajat biar Allah selesaikan....







Wassalam

1 comment:

JIji said...

Kak, maybe saya tak paham la atau masih tak nampak..

Bila baca "kak bie sorang yang simple dalam hal keduniaan, baju kurung yang dia bawa semua pun belah2 tepi dah koyak [getas]," --

Macam tak kisah je penampilan.. Kak wa jangan marah tau.. (tau kak wa sayang dia hehe)

Dalam Islam pon takde la sampai tak jaga penampilan kan, saya rasa dia lebih mampu. Kan baik kalo kemas bersih, sedap mata memandang. Senang nak berdakwah dengan bukan islam as in.. mudah didekati la kalo berketerampilan..