Sunday, May 2, 2010

Anak-anak sidek....

Assalamualaikum w.b.t



Saya bila saat berkahwin dengan suami tak pernah membayangkan yang keluarga suami (anak2, adik beradik dan ahli keluarganya) besar.

Dan saya dari sebuah keluarga yang kecil dan ikatan kekeluargaan pun takdelah kuat sangat bila mengetahui suami punya keluarga besar teringin juga nak rasa bekerluarga besar.





Tak perlu untuk kumpulkan adik beradiknya yang katanya ada 28 beradik sebab ayahnya berkahwin 4, cukup dengan saya mengharapkan yang keluarga suami dapat berkumpul dengan hanya anak2 dan isteri2 sahaja. Itu pun dah cukup besar.





Anak2 dari isteri pertama dan 3 orang, dengan kak aza dan 4 orang + anak tiri dengan kak aza 2 orang, dan dengan anak saya dan saya...tu pun dah ramai dah...cukup meriah agaknya kalau dapat berkumpul.






Pernah saya cakap dengan pak hj utk kumpulkan semuanya dan dia setuju dengan cadangan untuk buat BBQ di rumah PD tu. Untuk bagi adil, tak buat kat rumah saya, dan tak buat kat rumah kak aza tapi buat kat rumah pak hj sendiri.


Harap sangat cita-cita saya dalam berumahtangga dan berkeluarga untuk mengumpulkan anak2 sidek (nama suami), dan tentunya isteri2nya ii tercapai. Kalau boleh semasa ada hayat suami ni.



Manalah tau kan, hayat kita ni bukan boleh dijangka. Teringin sangat saya nak tengok gelagat adik2 yang kecik ni bila berkumpul dengan abang2 dan kakak mereka.


Okay, sementara nak dapat kumpul secara fizikal, saya kumpul jerlah dalam blog saya ni gambar2 mereka. Kebetulan zaman ni dah ada facebook kan, saya cilok gambar2 anak2 pak hj yang besar dalam FB mereka. Lagipun gambar diorang tak pernah letak lagi, cuma yg takde gambar angah jer, dia pun takde akaun FB kot...



Hani Sofiyyah....masih dalam pantang lagi masa ni...





Hani shakirah dan Hani Suhailah




Lagi gambar diorang, tahun depan dua2 ni akan masuk Madrasah Sri Petaling, insyaallah... borak2 dengan Iza, katanya ustazah yg ajar di Sri Petaling tu kawan dia, elok sangatlah tu...






Tambah dua lagi, Muhammad Elyas dan Muhammad Zubair...

dan bawah ni, gambar kami sekeluarga masa Hani berapa bulan ntah, dah 7 tahun berlalu....





Gambar 3 beradik ni diambil pada hari raya tahun lepas...






Dan bawah ni anak sulung Pak Hj, Muhammad Thoha, lahir tahun berapa yer..rasa2nya tahun 82, maksudnya umurnya 28 tahun kot.....gambar ni Hari raya tahun lepas juga....berdasarkan FB nya...






Untuk rekod, raya tahun lepas Thoha tak ke rumah ayahnya (pagi raya pak hj kat rumah kak aza~ kan raya tahun lepas langsung pak hj tak balik melaka). Mesra sungguh Thoha dengan emaknya...Thoha ni memang anak emak.... pak hj tak pernah tengok gambar ni lagi, kalau tengok pun mungkin dia tak rasa cemburu kot....yerlah anaknya pun dah ramai....







Dan ini pula gambar saya cilok dari FB Iza, anak tiri perempuan saya ni namanya Nur Hafizah memang dr kecik bagi nama supaya jadi hafizah kot..dan alhamdulillah dua2 ni dah hafiza dan hafizah dah...








Cuma gambar angah, Ahmad zaid jer takde, kesian kat angah tu, tak taulah apa ceritanya, patutnya Iza nak datang rumah semalam, tapi bincang2 dengan dia eloklah datang khamis depan sebab ayahnya dah balik 40 hari masa tu elok sangat jumpa ayah lepas 3 tahun tak berjumpa dan tak berhubung.....


Harap2 silaturrahim antara anak2 pak hj ni bertaut...yerlah kalau pak hj dah takde, kan ker abang2nya ni akan jadi wali....eh..ker bapa saudaranya? kalau bapak saudara memanglah saya tak rapat....yang saya tau sorang abang pak hj kapten kapal, belayar satu dunia...adik beradik lain yg satu ayah, sorang lagi kat Tioman.....




Hmmm...susah gak kan kawin ramai2 ni pastu terpisah2 ikut mak masing2....ramai adik beradiknya bertebaran di Kg Kuantan, Kuala Selangor dan Jalan Kebun, kelang.....yerlah asal pak hj kan org kuala selangor so memang semua duk kat Selangor....



No comments: