Tuesday, May 11, 2010

Laporan hari ini

Assalamualaikum w.b.t


Tak tau dah nak gembar-gemburkan apa kat blog ni...


Hidup saya balik-balik kerja-rumah-kerja


Takde apa yg menarik pun


Mujur jugak kerja tu agak berwarna-warni...dan ada jer cabarannya walaupun cabarannya takdelah hebat macam sebelum ni


At least adalah jugak beza dengan tugas dahulu


Berserilah sikit...hidup saya pun tercoraklah sikit...


Kerja skrg ni ada banyak peluang jumpa org2 yg 'terkenal' dalam kelas mereka tersendiri


Macam hari ni, jumpa Dato' Johan Jaafar, CEO Media Prima...ada eksekutif talk antara dia dengan pengarah2 bahagian dan top management...


Dapatlah kami sebagai bahagian yg menjadi organizer menumpang sekaki dengar talk dia dalam 2 jam...


Dan sejak duduk di korp comm ni dapatlah borak2 dengan personaliti Tv, macam Pang Chin Fei TV3, Azmah Dahari TV3, pastu dapat kenal dengan reporter2 popular yg biasa nama dia jer kita baca di by line tiap berita....bagi orang2 media macam saya bila baca berita memang kita akan tengok sapa yg tulis....malah kita buat analisis tulisan setiap reporter...samada dia tulis arah positif, negatif atau neutral terhadap MACC



Nadeswaran The Star, Dato' Charles The Sun, Jalil Ali Karangkraf, Dzulkarnain Taib Keadilan dan banyak lagi editor media mainstream dan Alternatif yang kami jumpa dan berhubung. memang syoklah bagi saya yg aliran journalism ni. Macam bulan jatuh ke riba.



Macam dengar Dato' Johan Jaafar cakap pasal persepsi masyarakat terhadap SPRM hari ni memang meremang bulu roma saya dengar. Dengan idea2 dan benda baru (hipotesis) buat saya bersemangat sangat dan bangga juga berada dalam satu organisasi yg jadi benchmark jatuh bangun pimpinan kerajaan hari ni. baik, bagus dan cemerlang SPRM adalah menggambarkan bagusnya kerajaan hari ni (tak kiralah sapa yg memerintah)...



Dan bila berada di satu floor dengan orang2 atas ni juga mengurangkan rasa rendah diri dan rasa 'segan' dan 'malu' berdepan dengan boss besar. Dulu berangan jerlah nak masuk bilik KP, nak naik tingkat 7 pun takkan ada urusan apa pun. tapi sekarang bila dah jadi sebahagian pejabat KP nak taknak kena juga membawa diri sesuai dengan suasana persekitaran.


Setakat bercakap dengan TKP 1,2 dan 3 tu kira bolehlah pergi, tupun kalau ada hal lah. Tak macam dulu rasa nak buka mulut pun takut salah cakap sekarang sikit2 dah boleh gurau dah...tapi ada batas2nya juga....tapi dengan KP memang saya tak leh pergi lagi...yerlah hormat tu tinggi tambah2 dia memang bizi sokmo...mana ada nak bertembung2 dengan dia... dalam mesyuarat atau apa event pun, bukan kami bercakap terus dgn dia, semuanya pengarah kami yg berurusan....kami ni kuli jer..


Tapi baru2 ni ntah macamana saya bertembung pulak dengan KP yang juga baru sampai....KP kami tak macam KP lain2 jabatan saya rasa, yerlah kami ni sikit2 macam polis, KP 24 jam ada pegawai pengiring (keselamatan)dan dua orang body guard dia....malah rumah dia pun akan ada rondaan siang malam....memang akta kata gitu, apa Ketua Polis dapat dia pun dapat keistimewan sama....


So bertembung dengan dia masa nak naik lif...saya dah masuk dulu, tup2 pengawal dia masuk dan KP pulak masuk...saya kenalah ke hujung sudut lift..yerlah nak keluar dah tak sempat....saya ni memang jenis cepat rasa rendah diri akhir2 ni....sebab rasa pangkat kecik, badan pun kecik, bergaya pun tidak, muka tak lawa....memang bajet orang tak kenal saya lah...walhal ramai jer yg kenal...yerlah dah 10 tahun service kan? KP pun selalu tengok muka mesti kenal punya...yerlah man2 dia pergi kami akan ada ikut kalau melibatkan media...


Bila sampai tingkat 7, saya ingat saya nak matikan diri duk kat sudut lift tu belakang body guard dia, tiba2 KP dengan penuh gentlemannya persilakan saya keluar dulu.....fuhhhh, rasa dihargai sungguh sebagai wanita....dah keluar tu cepat2 saya menonong gi tempat access card nak buka pintu, lepas slot card saya ketepi konon nak suruh KP masuk dulu, dan body guard KP buka pinti, sekali lagi KP angkat tangan separas pinggang persilakan saya masuk dulu siap dengan senyum lagi....


Serba salah pulak saya...so sekali lagi cepat2 saya ke punch card, KP pulak mengekor belakang saya, sampai ke punch card dia tanya saya, awak naik motor ker? Saya jawab sambil senyum, takdelah dato', naik kereta jer..."abis tu dengan back pack nya tu?" saya jawab, senang dato' nak turun bawak macam2 dengan beg sekolah anak, senang bawak sandang belakang...." Ohhhhhh...dia senyum lagi...


Selama ni kami dengan KP nama jer sepejabat tapi gap memang jauh....ko sapa nak menyampuk2 kalau dia cakap, biasalah kami ni penguatkuasa macam badan beruniform jugak, tebal dengan ranking dan jawatan...sapa tinggi memang dia kena dihormati..macam rank kami tak boleh sesuka hati nak bagi pendapat direct to KP kena melalui pengarah dulu, kalau masuk mesyuarat tu angguk dan mencatit jer....takde nak bagi2 pandangan , kalau kat state lainler....jawatan tu macam besar sikit...


Hah gituler citernya...tapi bergantung jugak dengan boss ni ada yang tak pentingkan protokol sangat...macam TKP1 tu, kalau ada nak betulkan jawapan terhadap soalan media, dia panggil jer saya masuk bilik dia duduk sebelah dia taip guna komputer dia....dia cakap saya taip, kalau dia salah saya selamba jer betulkan....lain2 cara boss ni....kak azwa, jiran kak azwa Dato' Shukri ni selamba jer...tapi kita lak naik segan dok sebelah dia....pakai komputer dia....


Tulah yang warna-warni hidup saya kat sini....kalau nak hidup bolehlah tapi macam saya ni tak pandai rebut peluang....buat kerja yg disuruh jer, malas saya nak tunjuk lebih2 takut nanti sendiri tak larat...dan cukuplah miss conquer ada utk buat segalanya...saya tambah sana sini sikit2 sudahlah...











Wassalam

No comments: