Saturday, May 8, 2010

Sehari bersama APCO

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni saya hadir kursus sehari di Jabatan Perdana Menteri. Kursus Komunikasi Strategik namanya. Hari rabu baru kami terima email dari JPM minta kehadiran. Kursus 2 minggu, dan kita kena pilih sehari bagi setiap minggu. So, setiap peserta hadir dua kali, minggu ni dan minggu depan.



Khamis tu 3 pegawai pergi, jumaat pulak dua lagi yg pergi, saya dan Miss Sinar. Sekali bila masa perkenal diri tu, majoriti pegawai PTD lah...dan yang ada ni semua PRO-PRO kementerian, jabatan dan nampak dah senior gitu....yg muda2 pun PTD kontrak....tapi jenis yang out spoken dan jenis tengah membara nak buat kerja-dan bagi pendapat dengan semangatnya!


Ada MINDEF, APMM, Tourism, EPU, SSM, SUHAKAM, dll.....kursusnya memang relevan dengan tugas kami tapi pada saya takde benda baru apapun semua yang dia cakap saya dah tau, dan ada banyak yang kami dah implement pun...macam cara2 guna media baru....macamana nak gunakan media as out tools to deliver message....


Yang paling surprise penyampai2 cermah ni seramai 5 orang rupa2nya adalah dari APCO, consultant yang dilantik PM kita tulah. yang kontroversi sungguh tu....1Malaysia=1 Israel


Dan hari ni juga adalah hari yg buat saya jadi jakun....mana taknya, hari ni masuk area pejabat PM. KIta ni kuli jer mana pernah masuk kawasan2 larangan tu...tetiba dek kerana ada kursus dengan APCO ni merasalah masuk kawasan pejabat PM, dan makan pulak kat tempat makan menteri2 kabinet....perasan kejap! Siap bergambar bagai...


Orang2 APCO ni, fuuuuhh budi bahasa amatlah sopan santun dan tak habis2 thank u, very good job...congratulation....kejap2 puji, yang geram tu ingatkan kerajaan dah bayar juta2an lantik dia sebagai consultant dia latih dan bagi kita tips2 yang gempak tapi masa course ni kita jer asyik2 kena buat presentation.



Pagi petang bagi diorang bagi talk setengah jam pastu kena buat group discusssion setengah jam pastu presentation setengah jam....cara2 dia cam nak ambik input yang kami present tu...tapi overall okay, dapatlah pertajamkan skill dan cara2 serta tips macamana nak gunakan media baru ni....



yang saya paling tak tahan tu, hal bahasa inggeris lah...dahlah saya ni memang sedih kalau nak citer pasal penguasaan bahasa inggeris especially part bertutur tu....kalau baca dan dengar orang cakap memang takde masalah nak faham....tapi part nak beercakap tu memang fail lah!!!



memang rasa rendah diri lah, terasa inferior complex sangat...tapi saya takdelah ikut2 kan sangat, saya tak jadikan faktor bahasa tu sebagai halangan saya terlibat aktif dalam perbincangan. Tetaplah jugak saya bersuara memandangkan bila bincang mungkin disebabkan saya yg asyik2 bagi pendapat so perbincangan tu menggunakan bahasa melayu.



Tapi majoriti yang hadir ni memang senior officer bahagian Perhubungan Awam.... yg muda2 pun ramai jugaklah. Dalam anggaran tak sampai 20 orang pesertanya. Banyak juga dari komunikasi korporat...kalau dengar slang cakap tu memang boleh agaklah lulusan overseas....


Semua yang hadir tu memang kena buat presentation, dah memang asyik2 presentation, nak nyorok mana pun tak tau...



Saya sebelah pagi dah present dah....hentam jerlah...dengan broken englishnya... lantaklah..terfikir gak nak minta izin guna BM dan nak suh sesappa translate to english sebab saya rasa cam mesej saya tak sampai sepenuhnya disebabkan halangan bahasa....wah...sedar diri tu! Tai takde kekuatan...terpaksa lah jugak agungkan bahasa penjajah ni....


Sambung nantilah....





Wassalam

No comments: