Sunday, May 16, 2010

dan rasa saya pada dia.

Assalamualaikum w.b.t


Pagi tadi bangun tido, dah ada mesej dari pak hj, Zubair masuk wad 8A Seremban kencing berdarah.


Terkejut dengar, sebab baru last week zubair datang dan tido sini dua malam, okay jer. Muka steady takde bengkak, bacaan protin dalam urine pu n 1++ jer, kira terkawallah.


Tup2 ayahnya kata dah warded pulak.


Hari sabtu tu baru jer saya sms pak hj dengan kata2 yang menunjukkan saya agak bengang jugaklah, tu pun kalau dia pandai baca mesej tersirat tu. Kalau takat baca dan tak analisis memang tak fahamlah mesej tersirat tu.


Saya sms bagitau saya tak jadik balik seremban sabtu tu, dan saya kata kat dia, "abang tak balik pun takperlah....kita jumpa weekend minggu depan jer"


Patut kami janji weekend ni nak jumpa kat seremban jer sebab pak hj sabtu malam ada mesyuarat kat markas seremban dan saya tak tau pulak ahad pagi tu dia kena bagi bayan kat markas. Saya fikir apa lah susah2 habis mesy sabtu malam datang jerlah putrajaya. Itu kalau dia naklah!


sabtu tengahari dia call dari rumah kak aza. Borak panjang dengan hani....saya malas nak campur. hati membungkam! tak tau kenapa tiba2 rasa menyampah mencucuk2 dalam hati ni.


Hani lak berkali2 pujuk ayahnya balik jugak malam tu. Boringlah, ayah takde tak meriahlah, kalau ayah datang kakak urut ayahlah, kakak layan ayahlah...macam2lah anak dara tu pujuk ayahnya.


Ayahnya jawab gelak, ammie tak bagi ayah datang, ammie malas nak layan ayah, ammie taknak masak untuk ayah....bla bla bla....


Pastu saya menyampuk (hp tu loud speaker) saya kata tak payah membazir....saya malas nak keluar kos nak kena keluar gi beli lauk lah..apalah...(dalam hati masih marah, ntah apasal ntah, rasa kalau pak hj balik kos saya bertambah mengenangkan lauk dalam peti sejuk, ikan tu dah lama takkan nak masak tuk pak hj)


Pastu saya memikirkan dia balik bukan ada buat apa, ajak keluar jalan2 pun tidak, mengadap PC jer tak habis2...pastu saya takde apa dah nak cakap/cerita kat dia....rasa meluat pun ada! Dah tu kena perli2 sekarang tak urut dialah, malas nak buatkan air lah....tak suka dengarlah!


memang emo jer saya bila ingat dia nak balik sini....tetiba rasa tak suka, rasa dah selesa berdua, pak hj takde pun takper....dalam 2/3 hari ni rasa tu datang membuak2...


Berbeza dengan hani, dia tersangatlah happynya kalau ayah balik...bebel jer dengan ayah macam2 hal....saya pemalas sikit nak dengar cerita hani....kalau ayah dia memang rajin siap gurau2 cakap macam style budak2 kalau dengan hani tu....pelik saya dengar, sampai ssaya selalu cakap apasallah abang rajin benar layan anak2 ek?



Dari cara berbual dengan hani tu gayanya pak hj nak balik malam tu....pasal dia macam janji dengan hani dan cakap insyaallah....


Malam tu jam 10 saya smslah tanya balik tak...katanya tak, dia tido rumah seremban pulak, Sian pulak saya dengar..sensorang jer....denmgan nak turun ketrer bukak mangga gate pastu naik keter, kunci pagar semula...susah tu bagi Oku cam dia...


Tapi hati saya keras, terfikirlah jugak nak balik seremban malam tu jugak....tapi ego punya pasal...dalam hati kata esok lepas bayan mesti balik sini orang tua tu, sebab dia dah janji dengan hani....


Tapi tulah, pagi2 buat dah dapat sms kata zubair dan warded pulak. Kencing berdarah. Saya pun on internet terus google punca kencing berdarah. Hmmm, salah satu masalah ginjal dan satu lagi infection....tapi hati saya memang suspect pasal masalah buah pinggang dia tulah....


Pak hj kata dalam 4 hari kot duk hospital. Dalam hati saya berdetik hmmm Allah makbulkan hajat saya nak jumpa weekend depan.....


Saya fikir kalau jumpa jarak2 mungkin kasih sayang tu bertaut kembali kot....susah betul nak bina rasa sayang apatah lagi nak pertingkat kan kasih sayang dalam kes macam saya ni. Betul, susah.....percayalah....


Memang saya akui hati saya berbolak balik dan selalu berubah2...kejap sayang sangat, kejap tak sayang....tapi memanglah hubungan cinta kasih sayang dan hormat akan datang atas pasangan kalau dia lahirkan dengan rasa tanggungjawab, korban dan tunjuk kasih sayang dengan benda (sebab tu yg perempuan suka) tapi bagi saya saya nak raih salah satu tu pun payah.....benda memang takdelah....bukan benda besar, kecik2 pun takper....


Korban yang saya nampak adalah korban dia berulang dan keluar kos berulang......tapi bagi saya kalau dia berulang dan datang sini tapi takde apa kegunaan (selain projek) mana saya nak letak nilai korban tu (korban ker sebab ada kepentingan?)


Dilemma betul....pada saya harap benar ada suntikan semangat dalam rumahtangga ni....memang atkde niat berpisah pun, cuma nak harap ada keajaiban dan nak rasa sangat rasa cinta macam mula2.


Mungkin sebab kami lamaaa atak bercuti (bahkan tak berjalan kemana2 pun kecuali keluar 40 hari tu) dan kami juga lamaaa tak bergaduh...yerlah kalau gaduh kan lepas tu adalah rasa umpph sikit...


hmmm..merepek petang2 ni...jangan ambik port sangat....luahan rasa macam DCCK jer ni...


Wassalam

No comments: