Monday, May 31, 2010

MO yang sama

Assalamualaikum w.b.t

Kalau gaduh dengan saya kan pak hj lari (tak balik2), dengan rekod terlama rasanya 43 hari...lama kan?


Tapi setakat ni gaduh dengan kak aza camana teruk pun tak pernah dia lari...hanya sekali dulu masa saya dalam pantang adalah dia bertahan 2 minggu gitu tak jumpa....tapi tu pak hj tak lari...dia balik juga cuma kak aza yang lari....pindah terus hangkut segala barang dia kat Kuala Pilah...bawa ke rumah mak dia di Port Dickson.


Tapi kali ni pak hj nak buat MO yang sama macam gaduh dengan saya. Hmmmm, no komen lah....


Dulu saya harap juga, biar pak hj buat benda sama kalau gaduh dengan kak aza...kalau dia boleh tinggalkan saya berhari2, tinggalkanlah kak aza juga...buar dia dapat 'pengajaran' yang sama macam saya....


Ta[i sekarang bila pak hj kata dia nak tengok berapa lama kak aza bertahan (tak call dia)....saya pulak yang rasa penasaran...


Pada saya eloklah balik cepat..berbaik2...kang lama2 kat rumah saya...letih wooo...duit pun banyak habis...baju banyak bak basuh...


Tapi tu hal kecik jer....


Saya tak tau apa beza gaduh kak aza-pak hj kali ni dengan gaduh sebelum2 ni sampai pak hj nak tinggalkan kak aza.....bahkan kak aza sms kat saya katanya pak hj ugut2 dia nak tinggalkan dia....MO yang sama lagi dengan MO gaduh dengan saya....bila saya tanya pak hj katanya memang dia kata kalau tak kerana anak2 memang dia dah tinggalkan kak aza....


Letih agaknya melayan bini....disebabkan penyakit stroke nilah saya rasa pertimbangan pak hj sekarang lebih ringkas...mulut pun bisa jer kalau bercakap...ataupun perangai kak aza dah melampau....entahlah, susah gaduh laki-bini ni....


Yang kak aza sms saya katanya, akak tak kisah apa nak jadi jadilah...wah nekad jugak ayatnya tu...


Sekarang bila saya nasihatkan kak aza gitu gini, dia pulak marah dengan saya sampai katanya "dah akak tak mau dengar lagi..." kadang2 terfikir gak apa pak hj cakap tu betul...yerlah kak aza ni tak boelh tegur...saya bagitau apa yang saya rasa...yang dia ptut buat, bertindak, fikir....tapi dia bertindakbalas secara defensive...


Saya bagitau dia melalui sms berkataitan isu hal gaduh tu, saya cerita hals ebenar yang berlaku dan adalah saya cakap..." abang tak boleh nak cakap kat akak sebab akak takkan percaya..., tapi saya dah siasat, abang tak buat macam tu insyaallah", boleh dia balas, "baguslah abang dah ada tempat boleh bercerita....bla bla"...


Pada saya isu gaduh dia tu (yang saya tak boleh cerita kat sini) simple sangat, cuma kena duduk bincang/cakap elok2 dengan pak hj, dengar penjelasan dia...tapi kak aza terus buat andaian sendiri dan serang pak hj bertubi2.....orang lelaki kalau dah diserang atas benda yang dia tak buat marahlah dia...



Bila saya cuba pertahankan dan cuba cakap situasi sebenar, kak aza jawab, dia malas nak komen antara lain..."dunia bolehlah sorok, akhirat nanti takkan boleh sorok punya....'macam dia dah tutup pintu hati dia untuk dengar fakta dari orang lain.....macam apa dia fikir tu dah betul sangat.....susah lah nak comunicate kalau dah dia ada stand macam tu....



Pak hj ada sini lagi ni....camanalah saya nak buat supaya dia cepat balik PD..tak pasal2 kak aza ingat nanti saya nak conquer pak hj. Nak ambil kesempatan bila diorang gaduh....


Saya dah sms kak aza (last sms) bagitau saya tak jeles, tak kisah pak hj lama2 kat PD...dan lain2 benda lagi tapi saya gerenti kak aza tak percaya.....sms saya tu tak berbalas sampai ke hari ni....memang kak aza sekarang bukan marah kat pak hj jer, dengan saya2 sekali dia bengang!


Apa nak baut ni? saya ni bukan opportunist!







Wassalam

No comments: