Wednesday, May 19, 2010

Takde apa. Semua okay!

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni takde apa sangat nak bebel.


Tau tak, melalui blog ni saya sungguh dapat legakan kekusutan, sakit hati, bengang pada persekitaran.


Tapi hari ni semua okay, so takde apa nak bebel sangat.


Malam ni pak hj balik.


Berapa malam dah saya tahan-tahan dia tak bagi balik,kan?


So malam ni saya tak bagi balik jugak. (sebenarnya)


Tapi dia nak balik jugak.


Saya nak dia balik hari sabtu. Tapi dia takmo....


Okaylah, dapat jumpa suami malam ni lepas seminggu lebih.


Esok ada dua program, ada perjumpaan KP kami dengan duta2 dari kesatuan eropah di Nikko Hotel


Petang ada program KP dengan Institut Public Relation Malaysia...di Wisma Sime Darby.


Akhir2 ni banyak program KP saya tak ikut...


Malas nak keluar dan terkejar balik nak urus anak dara tu.


Kalau pagi, kena kena pastikan tak tempoh lunch hour nak urus anak dara.


Kalau petang sangat nak pulak fikir anak dara tu nak ambik dia dr sekolah atau rumah pengasuh


Kalau sabtu ahad macam last week kena ke melaka ada MoU dengan JPJ, anak dara plak nak letak mana...


So, saya suka tinggal pejabat jer, kalau program kat pejabat barulah saya ada...


Tapi masalah negaranya, kalau saya tak ikut mana2 program Kp memang masalah lah...


Saya tak dapat ikut rentak KP....(pemikiran dia)


Dan masalah utk saya buat speech dia


Macam esok, utk ucaptama dia, memang blur sikit nak cari point apa nak highlight


Takkan nak cakap benda sama jer...tiap kali cakap kena ada benda baru....


Nak taknak saya lak kena study isu2 baru....


Saya bengang gak , saya gi cakap kat pegawai khas dia, patut tuan yg baut speech ni pasal tuan 24 jam dengan KP tau apa dalam kepala dia....


Tapi dia leh lak jawab, saya sibuk salwa.....memang tak sempat nak buat....nak check pun tak sempat...apa u buat tu saya terus bagi Kp....bla bla.....hishhh takleh jadi


Esok saya nak kena keluar jugak, samaada ke Nikko Hotel atau ke Sime Darby.... memandangkan pak hj ada esok, bolehlah dia ambik anak dari sekolah...


Jumaat petang ada jamuan puspanita, pak hj ada bolehlah pergi....bila saat2 gini terasa perlunya ada maid.


Ada gak orang tengok2 kan hani kalau saya ada kerja.... kalau tak, kami berdua jer sepanjang masa...ada apa2 program luar pejabat memang saya tak dapat nak join.....sebab anak dara nilah...


Sapalah kat sini yang boleh tengokkan hani....nak harap pengasuh dia memang tak nak jaga lepas waktu pejabat...lagipun kesian kat dia siang dah jaga sampai 5 baby....


Dalam cakap takde apa nak bebel, ada gak bebel....




Wassalam

2 comments:

Amir Syafiqah said...

Salwa, Kalau ke Wisma Sime Darby, calling2 la, saya ada kat situ.. 012-5990848 - Yusmi

Hanisumayyah said...

Dah terlewat nak calling2....baru hari ni baca komen...heheheeee