Monday, May 10, 2010

Sistem yang menyusahkan atau aku yang ketinggalan?

Assalamualaikum w.b.t



Lepas hantar hani pagi tadi ke sekolah, terus ke klinik Kesihatan putrajaya.


Konon sampaia wal dapatlah nombor giliran awal. Rupanya hampeh. Ni 2092. Giliran ke 92.


Nak daftar jer dah makan sejam setengah. Dah dapat daftar terus tunggu giliran untuk masuk bilik rawatan.


Punyalah lama tunggu, sampai saya terpaksa tanya semula kat kaunter daftar, bila giliran saya nak sampai.


Pasal leher dah terlampau sakit. Tak tahan sangat dah. Dah habis borak dah dengan adik sebelah saya tu...



Orang memang ramai gila, tempat duduk memang tak cukup. Baby semua dah nangis2, budak2 dah berlari2 dah...yang mak2 dan bapak2 pulak dah tertido2....ada mak2 yang tak tahan sangat dah...beli makanan goreng2 kat situ berapa kali ulang alik dah...



Lepas tanya kaunter daftar, budak tu cakap akak masuk jer mana-mana bilik doktor tanya nombor giliran akak....eh boleh plak camtu?


Saya pun masuklah bilik no 4 macam tertera kat no giliran saya, tup2 doc tanya saya dah scan ker? terkejut saya, scan apa pulak ni? langsung tak tahu menahu???


Memang saya ada baca perkataan "sila scan dikaunter". kebetulan pulak perkataan tu dicop sebelah ruangan pergigian, so saya ingat cop sila scan di kaunter tu utk rawatan pergigian lah....


Kebetulan pula alat scan tu terletak jauh dan agak terselit disebelah kaunter apa ntah...saya datang2 jer memang terus ambik tempat takde dah nak pusing kiri kanan, kan ker sakit tengkuk...duduk setempat jerlah....


Sudahnya nombor saya tak dipanggil asbab saya tak scan...tapi tak tahulah kalau scan adakah no saya akan cepat dipanggil? sebab saya tengok memang lambat sangat bergeraknya nombor2 tu...orang yg sebelum saya semua pun masih menunggu, macam nasib bertuah betul kalau nombor kita dipanggil.....orang bukan makin susut tapi makin ramai....


So, bila doc tanya pasal scan tu, terpaksalah saya cakap tak scan sebab saya memang tak diberitahu...patut masa kat kaunter tu dia tahu kan setiap pesakit yg kali pertama, dah kata semua online, daftar online, semua pun online, dah tu buat apa, komputer depan mata, kalau tak boleh bezakan pesakit baru dan pesakit dah pernah datang....


Frust sungguhlah...masa tu pun dah jam 12 lebih, pak hj dah kelaparan kat luar, kejap lagi dah nak zohor, nak taknak terpaksalah saya chow jer....tinggalkan jer semua2 walaupun sempat gak saya gi scan nombor giliran saya tu....patut alat scan tu letak depan2 mata tempat orang baru sampai...ni letak kat hujung tersorok sebelah kaunter, bagi pesakit baru macam saya kalau tak diberitahu memang tak tahulah kan..s.ebab klinik kesihatan kats eremban takde pulak sistem scan2 ni...


Leher masih sakit ni....lepas maghrib ni nak ke klinik semula, sebab mc tak dapat pun lagi...tapi saya balik umah terus tak ke pejabat..tak laratlah dengan suhu kat luar dekat 43 darjah...sapa tahan duduk luar rumah? Balik klinik terus solat kat surau flat hijau, pastu beli makanan ambik hani kat kelas KAFA (pontengkan dia hari ni) terus balik rumah....


Pak haji dengan tak semena2 semalam petang balik rumah saya, katanya kesian ntah apa jadi, kan saya sakit....hah balik pulak dia....tapi balik klinik tadi, tak naik atas drop jer saya kat bawah terus balik ke PD....semata2 datang teman saya ke klinik jer pagi ni, tu pun hajat tak kesampaian....


hari jadi saya hari ni berlalu macam tu jer, hadiah takde, sekadar ucapan dari pak haji moga panjang umur....


Update jam 11.33 malam


Lepas maghrib saya sekali lagi ke klinik Kesihatan Putrajaya. Sebab pak hj suruh. Bukan tak boleh ke swasta, saja nak nerai ke KKP ni.


Masa sampai tu dah jam 8 malam. Ambil nombor giliran dapat nombor 1234, pagi tadi dapat nombor 332 maksudnya hari ni dah seramai 1,234 pesakit termasuk saya.


Gitu gini, jam 10 malam baru dapat ambil ubat dan keluar dari klinik. Hani dah lapar gila dah, saya pulak bertegas ajak makan kat rumah sebab saya dan amska nasi dan dah keluarkan ikan dari peti ais.


Pendekata 6 jam hari ni saya habiskan masa di klinik. Gila kental saya pada hari jadi ni habiskan 6 jam di klinik! Hempeh betul.


Tadi doc ambil tekanan darah okay jer, bawah 79 atas 129, okay sangat dah cuma bacaan gula ada tinggi sikit 6.6, border 6.9....agak bahaya di situ.


Saya tau puncanya, mungkin satu sebab lately ni saya ketap gak minum 3 in 1 di pejabat, dah itu jer minuman yang disediakan di pantry (boss suruh PA beli) so saya bedal jerlah.....macam2 3 in 1 ada....saya tau bahaya minum 3 in 1 ni banyak kandungan gula dan pengawet lah apalah...



Dan satu lagi kan hari tu saya attend kursus APCO tu, dan masa tu disediakan banyak gula2, mata lak ngantuk, main bedal jer lah...gula2 ni memang bahaya untuk kesihatan...tinggi kandungan gulanya...dikatakan sebiji gula2 tu menyamai kandungan gula dalam 3 pinggan nasi...


So moralnya, di usia macam ni mulalah berhati2 dengan kesihatan dan kena jaga pemakanan....


Dan seperkara lagi, doktor menyarankan saya membuat pemeriksaan mata, sebab dah malam kan saya malas nak check mata kat situ, dah nak balik dah pun...saya memang dah agak dah...akhir2 ni pandang pc mata berair....sampai boss no 3 dah paksa2 saya gi check mata, tambah2 lak setiap petang kepala pening.....


hal rabun ni memang saya menyampah betul....kena banyak pandang benda hijau ni....tapi tak taulah dah kat pejabat takleh nak lari dari mengadap pc...dah memang zaman sekarang ni kerja bergantung sepenuhnya pada PC....camna nak lari, dan macamana mata tak tertekan dipaksa melihat pc hari2...





Wassalam

3 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salam salwa,

alahai dengar citer salwa pun saya dah tak sanggup nak ke klinik kerajaan kat putrajaya ni..hari tu PB pun citer yg sama gak..kat sini takde ker klinik 1 malaysia ek?

Zareda Norman said...

kak zar memang tak sanggup pi klinik kerajaan ni.. kalau mengandung boleh terberanak dibuatnya. harap salwa cepat sembuh...

luna said...

hospital/klinik kerajaan ni hanya utk org yg takde choice je kak.tp selalunya yg sesak bhgn pesakit luar.kat mana2 pun sama. tp kalo spesifik klinik cam saya kene g klinik gastro tiap2 bulan xde masalah sgt. paling lambat pun giliran dpt sblm pukul 2ptg.

kalo jrg pegi hospital akan rasa rimas mula2...tp kalo dh selalu cam sy tiap2 bulan pegi..sy dah 'hafal' rutin hosp,dh tau dh camna prosedur2 nya. mula2 dulu mmg blur dan nak salahkan sistem sbnrnya kita yg x tau! hahaha. tp jrg pegi hospital tu sesuatu yg baik,jugak kan.maknanya kita jrg sakit! Alhamdulillah :D