Assalamualaikum w.b.t
saya tak dapat ambil hani
sebab esok sampai jumaat saya kena hadir mesyuarat di PD
jumaat lepas abis meeting tu baru boleh pergi agaknya
Pak hj keluar 40 hari area sini
Kat putra Height rupanya
Tapi saya takde hati nak suruh dia balik
dia pun tak sms dan call saya melainkan bagitau dia keluar sana pagi tadi
So antara saya dan pak hj macam dah takde apa2 jer nampak gayanya
Maksud saya takde ikatan perasaan dah
saya takde hati nak tanya apa2 perkembangan dia
Dia pun langsung takde ambik pot hal saya
pendekata apa dia buat saya tak minat nak ambik tau
Saya rasa dia pun begitu, langsung tak de call tanya khabar macam dulu2
tapi tadi balik dari KL saya ada call dia sebab saya nak lepas geram
Saya tanya kenapa dah tau nak keluar seminggu pastu sambung terus keluar 40 hari tapi ambik hani
Dia jawab macam jawapan orang pendek akal
Dia kata dah cukuplah satu hari dia dah layan hani masa hari pertama hani sampai tu
Hishkkkk tak reti nak komen lah jawapan dia tu
saya cakap kalau saya tau satu hari jer dia ada rumah baik saya hantar hani kat kampung jer
tak pasal2 hani nak duduk dengan aza sampai ke penang apa jadahnya?
Buang masa saya kerja dua kali nak kena ambik dia pulak
Naik menyampah dan meluat pulak saya
terutama bila fikirkan apa motif dia buat macam tu
Terasa2 dalam hati nak menyumpah2 jer
tengoklah lepas ni saya akan terus buat tak tau walau dia ada dekat2 sini jer pun
Dah dia pun buat tak tau tak sms tak call
Eh pendek kata macam orang asing pulak dah rasanya
langsung dah tak macam suami isteri
Bila sms @ cakap telefon saya nak sebut panggilan dia abang pun rasa janggal dan rasa geli pulak
So, nampak gayanya ni fasa2 permulaan nak berpisah dah
Mujur juga ada fasa ni, sungguhpun dalam mode bertahan ni tapi peranan tempoh masa ni penting pada emosi saya
Sebab ianya akan tentukan keputusan saya
Biar nanti takde sesalan dalam hati
kalau kau sanggup buat aku begini, seribu kali aku sanggup buat kau jugak!
tak rasa rugi lah kalau ada laki baik tapi layan bini teruk!
Cakap ikut sunnah, nabi tu sebaik2 akhlak dengan isteri, tapi apa yang kau ikut?
Macamana nak kata tak mampu buat baik, untuk jemaah sanggup kau korbans egala2nya?
sanggup kau ulang alik, korban harta masa dan nyawa....
tapi tanggungjawab kau ni, kau abaikan seabai2nya
fizikal, mental, rohani jasmani
emosi lebih2 lagi
tak heranlah kalau perempuan sanggup curang kalau diberi pilihan
Agaknya sebab nak sakitkan hati laki!
nak buktikan pada laki kalau kau tak mau aku, ramai lelaki lain sangguplah!
Tapi tu bukanlah kes saya, setakat ni takde der sapa2 nakkan saya ni
kalau dah ada depan mata harus lagi nekad saya nak cerai agaknya....
So, saya masih tak boleh nak fokus fikir benda2 ni sebab masa sangat mencemburui
Kerja pejabat tahap tak reti2 nak stop..geraf menaik jer...perlu sentiasa fokus...so masalah rumahtangga takde ruang lagi untuk benar2 saya fikir dan putuskan
whatever happen....hani tetap jadi sandaran keutamaan saya dalam buat keputusan...
Wassalam
3 comments:
kak..bila nak ambik Hani?lagi cepat lagi bagus..hehe maaf nyibuk pulak
rasa saya pak hj dah tepu laa kak... dah takde fikir fikir perasaan orang..
yang kak aza tu maybe ada laa yg dia berhutang apa apa kat kak aza yg buat dia terpaksa"menurut".
kak aza pn jenis yg banyak drama...
mak oi! jawapan pak haji tu mmg tak tercapai dek akal. bapak apa yang sanggup buat mcm tu kat anaknya??
saya ada kawan yg suami pun org tabligh. dia lebih sanggup keluar 40hari daripada jenguk baby nya yang dok keluar masuk hospital sbb bronchitis. tak kesian ke isteri tanggung sorang2??
itulah diorang ni...
Post a Comment