Assalamualaikum w.b.t
Sangat tak tenteram hati saya sejak minggu lalu
Cuma tak sampai hati nak berkongsi kat sini
Bukan apa
Kalau saat hati tengah panas
Jiwa tengah bergelora
Hati sedang membara
Dan pada masa sama juga
Rasa sangat terhina
Sedih, sayu, marah, dendam
semua perasaan yang ada bercampur baur
tak boleh diterjemah dengan kata-kata
Maka blog akan jadi tempat saya menghambur kata-kata
Yang takkan menyelesaikan apa-apa
Takkan membawa kemana-mana
Sebaliknya hanya akan memaparkan kelemahan saya
Tapi sekarang agak reda dan redha
Saya catatkan disini sebagai rujukan nantinya
Ceritanya begini
Minggu lepas saya dah merancang nak hantar Hani ke Penang
Saya dah pun janji dengan anak tiri saya, Iza minta dia temankan
Program kami mudah jer
Sabtu kami akan ke Ipoh, cadangan asalnya kemudian dibatalkan
Sebab Kak Nor, rumah tempat kami nak menumpang tu
Dia pulak pergi bawak pengantin ke Kelantan
So, program tukar ke Ahad pagi kami bertolak ke Tapah Road
Miss Sinar kawin
Dari tapah Road kami nak gerak ke Penang terus
Hantar Hani ke Balik Pulau
Hani toksah cakaplah punya excited nak gi rumah ayah
Nak jumpa Zubair, Sofiyyah
Khamis saya sms tanya ahad ada rumah tak saya nak hantar Hani
Katanya nak sampai nanti bagitau
Ok, apa tandanya tu? maksudnya dia ada di Balik Pulau kan?
Jumaat pagi saya hantar sms lagi, malas nak tengok hppa sms nya
tapi lebih kurang saya nak sahkan memang betul dia ada,
sebab mana tau kot2 dia keluar 40 hari ker...
Tup2 dia kata, dia ada di Kelantan
Pastu saya tanya apa ntah....jawapannya...
Semua dah pindah kelantan, Zubair sekolah sini
Tak terkata saya....
Terus bergenang air mata saya
masa tu saya kat Cafe
Dari bergenang terus menangis cuma tak sedu sedan jer
sapa saya pada dia
Suka2 dia tinggalkan saya dan hani
takde hak langsungkah kami nak tau dia tinggal dimana
Kalau saya memang tak ambik tau langsung takperlah
Tapi saya ada sms maklumkan saya nak hantar hani cuti sekolah pada 26 Febuari lagi
Masa tu dia cakap takde masalah hantarlah
Tapi kenapa bila saya dah hampir2 nak hantar baru dia cakap dia pindah ke kelantan
Saya malas nak cakap apa dah
Saya memang taknak masuk campur dah
Yang boleh saya simpulkan diorang sekeluarga gila agaknya
Panjang lagi cerita ni sebenarnya
Sebab lepas saya bagitau hani yang dia tak jadi gi penang sebab ayah dah pindah kelantan
Hanya air mata dia yang mengalir
Dia dah cukup besar untuk memahami semua ni
Saya dalam kesedihan dia juga dapat merasainya
Jumaat tu adalah hari yang murung bagi saya seharian saya menangis
Saya rasa sangat dalam kesedihan saya
Wassalam
6 comments:
sedihlaa plak...
marah pun ada..
kalau nak pindah pun,bgtau jelaa
bukan akak nak halang pun kan
kesian kat hani
bertabahlah kak
yer, kalo takat kita yg sedih, takpe lagi, tapi nih hati anak..
alahai pak haji..
kalo tnya saya, saya akan cakap, teruskan hidup mcm biasa, mcm biasa yg dia takde..cuma bila hani nk jumpa, baru sms..kalo tak, buat donno jek..dh nak buang sgt kan, so, kita ikut rentak lah..
itu kalo saya taw..
just my 2 cents...
Salwa ,
Saya sangat sedih baca masalah yang satu ini. Maafkan saya kerana saya tak dpt nak menahan diri dari mencarut pada jantan sial yg bertopengkan agama. Apa punya manusia yg sanggup buang anak isteri mcm itu saja???? Binatang pun reti sayang anak dan jaga keluarga dia.
Moga dia dapat pembalasan yg setimpal...
You are so much better off without him. Jantan sial mcm tu hanya mempergunakan perempuan yg ikhlas memerlukan perlindungan. Dia cari isteri-isteri yg berduit sementara dia hanya bwk telor, cucuk tanam dan tabur benih merata-rata.
Patut kena sula hidup2 jantan sial mcm ini...
*geram & marah*
Ya Allah..saya yg baca pun terkejut..tiba2 je boleh pindah randah macam tu..siannya Hani.tak terbayang sedihnya dia bila dah seronok mimpi nak jumpa ayah dan adik2 tiri tup2 tak dapat jumpa..apa lah yg si Aza tu pikir smpi macam ni sekali..mak dia tahu ke tidak dia dak pindah dr penang ke kelantan tu?maaf kak..saya pula yg emo
kak.. just let him go...
no i rephrase...
kak... why dont this time akak yang tinggalkan dia.
yeah!
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Post a Comment