Assalamualaikum w.b.t
Ikut hati memang rasa serba salah
Masih ada sisa rasa bersalah
Sebab menuntut cerai
Tapi apakan daya
Saya sangat buntu juga kalau fikir jika saya tak bercerai jalan mana hendak dituju
Ikutkan saya kini memang patut bersedih amat
Sebab 10 tahun hidup bersama (walaupun mungkin bersama tak sampai 5 tahun jika dikira masanya)
Tapi alhamdulillah hanya jika saya duduk dan termenung baru sedih tu datang
jika keadaan biasa tak rasa apa pulak
Sebab dah biasa agaknya, dah biasa sangat bersendirian
Tapi adalah juga kawan2 lain tempat saya berkongsi
Bukan setakat dengan kawan blog jer
Ada 4 teman lain yang tahu mendalam tentang perkara ni
Dua lelaki dan dua perempuan, rasanya memadailah utk saya dapatkan pandangan mereka
empat2 dah kawin, dua daripadanya dah kenal saya lebih lama dari pak hj kenal
Sejak saya zaman anak dara, so memang tau sangatlah saya macamana
Lepas isnin ni saya memang dah azam nak lupakan terus apa yg berlaku 10 tahun ni
Nak jer tanamkan dalam hati bahawa pengalaman 10 tahun ni macam mimpi jer
Supaya pengalaman tu tak mempengaruhi kehidupan saya selepas ini
Tapi xtaulah boleh ker tidak nak fikir macamtu
Ikutkan saya rasa saya dah boleh bergerak jauh dah
Tapi masalah rumahtangga ni banyak membelenggu akal dan fikiran
Orang perempuan ni, kalau rumahtangga cemerlang insyaallah kerjaya pun cemerlang
Sebaliknya orang lelaki pulak kalau kerjaya cemerlang insyaallah rumahtangga akan turut cemerlang
Miss sinar komen dia kesian kat saya sebab selalu tengok saya ni bermasalah jer dlm rumahtangga
Sejak kenal pada 2009 sampai hari ni dia kata macam2 masalah saya
sampai kadang2 katanya dalam kerja pun saya terganggu
Memang saya tak rasa menganggu tapi maybe org luar yg lihat dapat rasakan
Kalau saya takde masalah rumahtangga pasti saya akan lebih fokus pada kerja
Saya akui bahawa memang dalam waktu kerja kadang2 saya akan kelihatan murung
tanpa sebab, sebab saya sendiri pun tak perasan
Tapi miss sinar yang bagitau kadang dia nampak saya terlebih sedih
Terutama sejak dia full time di court ni dia siap pesan miss conquer tengok2 saya
Sebab katanya, dia bimbang kalau dia takde saya akan melayan kesedihan berlebihan
Tapi okay jer.....walaupun kadang2 dalam bilik sya menangis bila kenang nasib
tapi beberapa perubahan dalam hidup buatkan hidup saya melalui proses peralihan ni dengan baik (saya rasa dan harap)
Di pejabat, hubungan saya dengan boss saya (ketua unit komunikasi korporat SPRM) makin bagus
Kolaborasi kami makin sesuai, dia boleh duduk berbincang dengan saya dalam bilik saya berejam2
Berbincang tentang kerja, masa depan organisasi, kepimpinan yang ada, tentang semau isu2 yang berbangkit dan macam2 isulah...
Dan dia juga boleh panggil saya datang pejabat sebelah malam tanpa rasa cuak, sebab dia percaya saya akan datang pejabat...
saya hargai kepercayaan dia, dan banyak benda dia nak saya buat sebenarnya cuma saya tak dapat nak fokus sangat
Tapi lepas ni siaplah......saya akan fokus betul2 pada kerja
banyak kerja menanti sebenarnya
Pada masa ni pun dia dah dedahkan saya mewakili dia dalam banyak meeting
Yang saya pergi Cherating ni pun sebab dia tak pergi
Retreat ni adalah untuk merangka semula pelan strategik SPRM, mengkaji semula visi, misi dan piagam pelanggan kami
Seterusnya membincangakan pelan strategik bahagian saya sekarang, bahagian dasar, perancangan dan penyelidikan....iaiatu bahagian yg menetukan dasar SPRM...
Tak ramai yg hadir pun...tak sampai 20 orang....
saya memang suka part2 brainstorming ni...
Saya ambil bahagian dengan rancaknya dalam perbincangan
saya suka sebab saya dapat curahkan pandangan saya
malah last week saya dan miss sinra assist bos no 4 yg ditemubual dalam rancangan kerusi panas di bernama radio
Boss no 4 ini adalah dato' Sutinah, kira perempuan yg paling tinggiu jawatan dalam SPRM
Sungguhpun dia paling senior, lebih snior dr Dato' Abu kassim Kp kami
Lepas selesai, kami ikut dia pi dinner
Masa dinner banyak kami habiskan masa berbincang dan bermuzakarah dengan dia
Kebanyakkannnya adalah berkaitan perkembangan isu dalam yg perlukan perhatian
Kami bagi pandangan dari kaca mata org bawah, grass root
Dan dia sangat suka dengar, kami cakap yg baik yg buruk dan dia akui semua tu
saya ni memang suka sangat kalau dapat berbincang dengan serius satu2 isu
Terutama membabitkan organisasi kami....
Terutama bila kes Teoh Beng Hock ni berlangsung memang saya ikuti bersungguh2
banyak kelemahan yang dibangkitkan, semua tu dah lama kami perasan....
Dan minggu lepas juga sebelum pergi ke Cherating saya wakil boss saya attend satu meeting khas...boss no 2 chairkan dan dihadiri oleh semua pengarah2 negeri/bahagian...saya jer yg wakil unit....unit komunikasi korporat katanya....
Melibatkan banyak agensi yg penting~AGC, BNM, LHDN......betapa meganya operasi bersama ni sampai dikatakan kalau berjaya operasi ni maka kakitangan awam akan dapat bonus tahun ni sebab banyak billion dapat dipungut kerajaan....
Apa operasinya tak dapat saya dedahlan sekarang...sangat besar skalanya..tggu lg 2 mggu mgkin baru dapat tau hasilnya.....
So, melihatkan kerja yg tak pernah susut dan ada jer yg menanti saya tak fikir yang saya akan ada masa fikir benda selain kerja dan budak dua orang ni
lepas ni saya akan buat persiapan awal, nak beli baju raya siap2 sebab tahun ni ada dua anak, nak mula buat tabungan juga, selama ni ada banyak cuai....
Dan saya juga nak simpan tabungan untuk melancong, nak melancong setiap tahun....
Saya nak pastikan hidup hani terisi dengan pengalaman2 hidup yang indah...walaupun tanpa seorang ayah....
Dan azam saya dalam kerja ialah saya nak hentikan sikap low profile saya
Nak mula menunjukkan potensi diri sebenar....
Selama ni saya selalu dibelakang tabir jer, malas nak ke depan
Walaupun saya tau boss saya sangat harapkan saya ke hadapan promote diri
tapi saya terus terang dangan dia bila dia kata dia suruh saya lead unit komunikasi korporat
Sebab dia mungkin akan jadi ketua unit Antarabangsa
Saya kata saya boleh jadi pengikut yang setia
Tapi bukan ketua yang bagus
Biarlah saya kerja bawah tuan terus
lama dia bersyarah kat saya
Dia masuk dulu dengan kelulusan SPM/LCE
Tahun 1970-an
Dah kerja 30 tahun lebih
Sampai sekarang dah ada master, dengan gred 52 (merasa naik pangkat semua gred, cuma tak tau sempat tak ke 54 sblm pencen)
Dia india masuk islam, tau jerlah semangat jerja dia memang gila2
So dia bagi saya semangat...kau boleh salwa,....takkan selama2 nak jadi orang bawah
Dia marah saya, sebab saya dengan dia naik gred 44 satu kelompok, malah kami gi PTK dari 41 utk ke 44 pun sama...
tapi malangnya saya tak ke PTK utk 48, sebab amsa tu saya sibuk dengan siasatan tak register PTK
saya hanya terlewat beberapa bulan PTK, sebab saya ke PTK next lepas kumpulan boss saya tu
tapi masa hari register PTK utk ke 48 tu, 2/3 peserta yg nak ambik kali kedua cancel sebab hari yg sama keluar keputusan pemangkuan ke gred 48
Makanya kami tinggal berenam yg ambil PTK, semua kami adalah gred 44 yg ketinggalan dlm PTK sebelumnya
PTK yg tu lah yg saya dapat keputusan dua2 kertas aras 4, tapi sayang terlewat dah taks empat masuk kumpulan boss saya utk naik 48
baru2 ni nak naik 52 ada pulak interview, orang lama gred 48 terpaksa bersaing dengan orang baru gred 48 termasuk boss saya yang baru masuk 2 tahun gred 48
So, boss saya memang pandai cakap dan pandai kerja so, markah dia adalah tinggi (markah interview dan markah SKT)
maka dia termasuk dalam sebarai 15 orang yang naik ke gred 52....rezeki dia
walaupun ramai yang jauhhhh senior dari dia tak dapat dan rasa marahs erta demotivated tapi itulah namanya rezeki
dan yg lagi buat bengkek senior adalah ada 3 orang junir yg sangat2 junir (umur awal 30 an) dapat gred 52....
bayangkan dorang masuk kerja 2003 ada yg 2005, dalam masa 6 tahun dari 41 pergi 52, gila aahhh
Walhal hanya dalam tempoh tu semata2 duduk dalam siasatan jer....maklumlah siasatan HQ buat kes high profile, so boss semua kenal
Yg kat state tu melopong jer, juga yg dari bahagian bukan siasatan sangat dianaktirikan
So, what to say?
Kalau rasa nak naik pangkat cepat sila promote diri anda kaw2....terpaksa ikut politik juga
Adakah itu namanya politik pejabat?
memang sebagai boss kalau kita nampak kerja orang tu kita akan suka dan akan cuba naikkan pangkat dia kan?
So, nak salahkan keadaan atau nak salahklan sistem?
eh bebel hal lain plak..ah lantaklah....asalkan hati saya senang xfikir hal pak hj, lantaklah saya nak citer apa kat sini kan?
Sebelum berundur nak tanya, nak kekalkan ker blog dunia bermadu ni?
Dah takde citer menarik dah pun...
dan nak update sikit...pak hj suh saya ambil dia pagi isnin tu bila dia sampai Putrajaya Sentral....
Perlu ker saya ambil? atau lantak kan ajer dia terdengkot2 carik teksi pergi court sendiri?
Saya dah ada jawapan, anda pun boleh agak jawapan saya kan?.....cuma nak minta pandangan jer....
Wassalam
5 comments:
dia pindah tak bagi tau tapi bila nak minta tolong pandai pulak kan..
yan
Dah, tak payah fikir mcmana dia nak handle diri dia - perkara lain pandai dia cari jalan. Hal teksi tak boleh nak fikir sendiri?
Itu jawapan saya.
Saya setuju hal melancung tiap2 tahun. Itu yg saya buat dgn anak2.. Dan ianya sangat menolong mengembalikan semangat dan kegembiraan kami. Not to mention memori-memori baru...
Good luck for 28th dan masa akan dtg.
nak tlg bagi jawapan panas.. hehhehe dah saat saat akhir ni pun still nak menyusahkan bini yg dia panggil betina tu... boleh jalan daa.... hahahaha. Biarkan ajelah wa.. pandai pandailah dia nak datang ..
Semoga segala urusan nanti dipermudahkan. Bab kenaikan pangkat tu,percayalah.. kdg2 bergantung pd rezeki juga. Duduk hq memamng sng dikenali sbb sentiasa berurusan dengan org atasan. gunakan kesempatan ni wa, bukan sekadar nak high profile tp kutip semangat dan pemikiran mereka.. mungkin ada yg boleh dijadikan panduan dan tauladan
harap k.wa teruskan menulis blog ni..x pyh la tutup....n semoga semuanya berjalan lancar ye kak...g.luck...
#1. Syabas!. Kerja keras mesti mendapat ganjaran yg baik.
#2. Seperti kawan2 lain, pandai2lah pak haji sampai ke mahkamah. Dia memang bijak menggunakan perasaan kesian, dan salah yg ada dalam jiwa Salwa.
Wa tak perasan ker yg selama ini itulah modus operandi dia? Wa kesian, Wa belikan tilam empuk etc.?
Yes! simpan duit and come and visit me any time, invitation is never closed.
Good luck, God will be with you.
Post a Comment