Saturday, October 23, 2010

Sekadar gambar pelengkap cerita

Assalamualaikum w.b.t


Sejak pakai BB ni saya tak teruja nak ambil gambar pun...


Sebab sebelum ni saya pakai sony yang camera dia 8.1 megapixel


Tup tup tukar pakai BB 3.2 megapixel jer...terus ras aahh malas nak ambil gambar


Tapi ada jugak saya ambil, tapi malas sangat nak upload ke blog....kena ambil masa yang banyak


Subuh ni tersalah tengok jam, ingatkan dah nak jam 7 pagi, sekali bangunlah gi bilik air dan on Pc


Mak saya pun dah bangun jugak, so memang saya ingat dah siang sangat dah...


On Pc sambil2 on kan washing machine jugak....basuh baju sekolah dan baju kerja


Sekali terpandang jam baru jam 5 daaaa....


Dari nak baca paper dan berita terkini terus tukar update blog..masa banyak pagi ni


So kita upload gambar....


Pepandailah kaitkan gambar dengan ceriat2 sebelum ni yer...


Gambar Iza di Petrosains dengan Hani, ambil sekadar jer sebab saya dok menenggek, kan tengah pening kepala masa ni...






Ni kat Putrajaya Sentral, on the way nak ke KLCC masa ni




Happy dalam Petrosains...gambar2 dalam Petrosains ni Iza yang ambikkan...




Ni sekadar nak tunjuk wajah hani, ni hari yang subuh dia terkena keracunan makanan tu, saya masuk office lambat dan bawak anak dara ke pejabat..seharian dia duk melangut kat bilik saya...





Siap cuba topi uniform saya...




Dan siap bukak tudung bagai, yerlah dah seharian melepak dalam office saya...tengok dia bersolek tu...saya tak perasan ralit buat kerja, rupanya dia sakan bersolek...





Kan hampir setiap weekend saya balik kampung sekarang, ni gambar salah satu weekend yang saya balik kampung tu...Hani dengan Kak Uda, Kak Ngah dan Adib.....nak tunjuk gambar langsir belakang tu..tula langsir yang saya bagi saya punya langsir raya tahun lepas....






Akhir2 ni banyak program luar, ni program seminar ADB-OECD, di Palace Of Golden Horses, 4 bunga (bunga ker?) yang mewarnai Unit Komunikasi Korporat, miss Conquer, Miss Sinar, saya dan Miss yip (peg kontrak, ex Malaysia Kini & Malaysia Insider journalist)...kesemua unit kami kami 4 lelaki dan 4 perempuan....





Ni gambar terbaru, masa nak ambik nissan, Saleh sedang nak tunjuk dan ajar macam2...saya walaupun tengah sedih dan blur dengan sms cerai tu....terlupa masalah sebab dapat keter baru tuuuu...


Masa dia terangkan hal enjin ni, yang saya faham sikit2...saya kena check no chasis enjin, kat mana nak tuang air dan kat mana nak check minyak hitam...




Gambar enjin....ni nak kena study lepas ni.....susah payah beli, nanti tak pandai jaga jahanam plak....




Miss Sinar terover suka bagi pihak saya...tengoklah dia yang teruja lebih interview si Saleh pasal keter ni...









Miss Sinar suh bergambar dengan keter baru....masa ni baru lepas nangis....tapi demi kereta ku dan kenangan saya abadikan juga gambar saat2 awal bersama kereta ku...





Miss Sinar juga tak lepaskan peluang bergambar...masa ni dia mc...sebab hari sebelumnya dia ke Hospital Serdang ambil sample sel di breast dia....doc suspect cancer



Selitkan citer mami jarun (yg tak berapa nak jarum sangat), ni rantai tangan emas yang dipilih oleh Iza, adamacam style remaja sikitlah saya rasa....kecik comel lote jer rantai tangan ni...sesuai dengan saiz pergelangan tangan saya....cincin lupa plak nak snap...







Wassalam

4 comments:

Zareda Norman said...

salwa
kalau diikutkan banyak perkara happy dalam hidup wa sekarang. Pakai BB, kereta baru, gelang emas, ramai kawan , anak sihat dan comel.. kak zar pun tumpang gembira..:) Nikmatilah perkara2 gembira tu spenuhnya. Salwa pun nmpk makin sweet sekarang except gambar muncung baru lepas nangis tu.. hehhe

Yang sedih sedih tu jadikan satu cabaran utuk kita jadi makin kuat. Ujian Allah tak sia sia, pasti ada hikmahnya.

dayangbest said...

bertabahlah kak
at least akak dah ada Hani, takdelaa sunyi sangat mcm saya ni

happy tgk dah ada kereta baru :)
mana tau nanti gi putrajaya bleh menumpang gak :)

MA said...

Salwa,

Memang bukan senang nak meleraikan ikatan. Dan bukan calang-calang orang yang mampu melaluinya. Anggap saja Tuhan bagi dugaan ini pada Salwa kerana ingin memberi yang jauh lebih baik ..(tapi harus ingat perkara itu bukan sperti apple to apple).

Dan sangat setuju dgn pandangan Zar tentang banyak kegembiraan dan kebahagiaan yang Tuhan telah beri pada Salwa. Jangan biar kesedihan yang satu ini menutupi semua blessings yang telah dan akan Tuhan bagi..Jangan sampai kita menjadi orang yang tidak bersyukur.


Perancangan Tuhan memang kita tidak mengagak, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Dari sini Tuhan mahu beri kita peluang untuk meningkatkan ketakwaan kita kepadaNya. Trust me - berserahlah segala-galanya kepada Dia. Dia Maha Penyayang.


Mungkin kisah dan jalan cerita saya tidak sama dgn Salwa tapi Masya Allah, banyak apa yang tersembunyi di masa lalu kini saya dapat melihat segala hiknah dan merasai rahmat kebahagiaannya - tak dapat saya bayangkan dan huraikan di sini . Bak kata Pnut dlm komen sebelum ini - kalau tahu bahagianya begini, dah lama saya cabut!


MA

Hanisumayyah said...

Kak zar, saya akui banyak perk gembira sy lalui akhir2 ni dan semuanya sy buat sbab nak lupakan masalah yg ada. Sgguh mmg happy tp disebelah sisi satu lg sy blum berdaya lupakan senua kepedihan. Perk gembira yg sya buat ni pun masa pak hj ada sy blh buat jg sya yg xmau.sy cuma hrp yg sya mampu berlapang dada dan tenang. Dan terus lupakan kisah 10 thun ini.
Dayang. Anytime kalau ada di putrajaya call ajer akak yer. 0196996901.
MA. Tqvm nasihat MA dan kawan2 bnyk buat sy berfikir. Mmg sya xcukup kuat. Nak hadapi semua ni. Tp sy bersyukur sgt dgn mcm2 perk gembira dlm hidup lepas 'perpisahan' ini w.pun kesayuan masih ada dlm hati bla trkenang status janda tu.