Tuesday, October 26, 2010

Jantan mana yang malang itu?

Assalamualaikum w.b.t


*terlebih dahulu nak bagitau entry ni ada unsur 18sx, harap yg anak dara, (ehem ehem.... *maryam*) angggaplah sessi pembelajaran... takde niat nak dedahkan apa2 cuma saya berkongsi ni sebab saya anggap yang baca blog saya ni kaunselor peribadi saya secara tak langsung...moga dapat menasihati saya mana2 yang tak betul....ada teguran kot saya terlebih@terlampau cerita maklumkanlah mgkin diluar kesedaran saya sebab takde tempat lain utk saya bercerita, benda2 saya cerita ni exclusive di blog ini sahaja, takde manusia lain yg tau se detail ini....hanya pembaca blog ini sahaja....harap bila baca habis disini sahaja jgn disebar2kan pada yang di luar sana....


Ni sambungan siri balas-membalas sms tu.....panjang lagi siri serang menyerang antara satu sama lain...sayalah yang diserang!


So, sms pertama dia tu secepat halilintar saya balas, takde fikir dua kali dah....apa gerak hati dan pemikiran saya yang pertama melintas tu, tulah yg saya balas terus;


"Demi Allah, fitnah apa ni? Dah umur macamni, rupa buruk plk, jantan mana nak? Nmpk sgt dlm kepala tu mmg bersangka buruk, bnda bukan2 fkr pasal bini, mgkin sbb dlm kepala sndiri yg ada cita2 nak cari betina lain jgn ingat org pun sama. Sya xde nafsu jgn salahkan saya, nafsu bkn benda boleh buat2, perlu dbina, diri sndiri xde usaha , nak org jer layan dulu, lama2 bosan jgk. Buat projek pun lpskan diri sendiri je, sama xde perubahan, nak org jer usaha, adilke?"


Sangka saya bila saya balas sms macam tu dia akan senyap sebab memang sensitif isu2 yang saya kemukakan tu...tapi sangkaan saya meleset, cepat betul dibalas sms tu....dan jawapan dia sekali lagi buat saya terkedu sekaligus tertanya2 ......


Intipati sms dia semacam tak relevan dengan isu pergaduahn kami tentang perpindahan dia ke Penang....wtf yang dia balik2 babitkan isu jantan dalam pergaduhan ni, memang betul2 lari tajuk?%&^(*&_)(+++&&^$%@#@ gila!


Ni sms dia;


"Siapa jantan yang kau jumpa masa aku keluar? Aku memang takde nafsu dgn kau sebab perangai kau! Pantang aku bila dipermainkan? Pandai berjanji tapi semuanya hampas."


Ya Allah, saya memang blur se blur2nya....langsung tak tau jantan manakah yang malang yang dimaksudkan...*yang nak mengurat bini orang yang tak lawa perangai buruk pulak ni*


Kan ker sebelum tu bulan puasa, bila masa pulak jumpa jantan, siang kerja malam ke masjid terawikh, ada ker masa jumpa jantan dengan hani 24 jam berkepit dengan saya....kalau jumpa pun jantan mana? Confuse! sangat2


Masa ni saya tak tau lagi apa maksud dia tentang jantan ni....kemudian dalam sms berikut2nya barulah saya tau jantan yan dimaksudkan itu.....


Mercedes 190E dan Along anak tiri


Baru2 ni saya on fb dan ada nampak anak tiri sulung, Along ada online.


Saya tegur dan tanya bila nak ambik merc...


Dia jawab, memang ayah ada suruh dia ambik tapi dia busy, mungkin next week baru free katanya...


saya tanya, ayah turun ker Along ke Penang, dia jawab Along ke Penang...wah rajin nya along...mesti pak hj tak larat dan tak berduit tu nak turun ke sini...


So saya diamkan jer isu ambik merc sebab saya dah deal dengan Along...sebab khamis ahad ni ada bengkel lagi kat Melaka....so janji weekend next week baru dia ambik keter tu


Tapi tadi masa lunch hour pak hj ada sms bagitau


"Thoha akan ambil merc nanti dia beritahu bila dia datang insyaallah"


Lama lepas tu baru saya balas. Mula 2memang malas nak balas...


Tapi dek kerana nak confirmation hal cerai saya sms jugakk...


Tapi kali ni taip2 padam - taip - padam - taip lagi....sebabnya saya malas nak panjangkan cerita tapi dalam hati ada desakan untuk tidak menunggu lama...saya nak tau dan-dan tu jugak duduk perkara sebanar hal cerai ni...


Yang utamanya saya nak tau apa reaksi dia sebenarnya berkaitan cerai ni...


Saya pun sms;


"Dah contact Thoha thru FB, insyaallah next week dia free. Buat masa ni xfilekan penceraian dulu, nak istikharah. Mohon petunjuk Allah. skrg period. R u serious nak divorce? Dah istikharah? Bnyk kali cakap nak cerai tp at the end xserius, xjadi. harap kali ni jgn tuntut apa2 brkaitan anak. Dun worry, cuti sek dia akan ksana. Buat masa ni selagi xcerai izinkan prgerakan sya kemana2"


Tu last draft yg saya taip, kira dah paling berhemah dah tu....sya taknak belit dan rumitkan keadaan. Sya taknak dia tuntut bukan2 nanti tentang hak penjagaan Hani. Cukuplah dia dah ada anak2 dengan Aza.


Saya ingat dia akan balas macamana dia balas minggu lepas waktu sya sms nak failkan penceraian tu...


Kalau begitu gayanya, maksud saya sms saya tak dibalas, dia tak berani nak cakap pendirian dia...dia mula rasa bersalah lah tu...


Persetankan apa dia rasa


Saya akan mandi wajib dalam tiga empat hari ni


Pastu pulun nak baca Yasin dan solat hajat serta istikharah


Dalam sebulan hati tenang insyaallah saya akan dapatlah gerak hati (kotlah dapat)


Masa tu saya akan buat keputusan...


Masa akan tentukan


Buat masa ni mode bertahan dulu....


Apapun berlaku dalam masa terdekat ni, rasanya saya takkan patah balik dah!


Good luck Salwa!


Wassalam

9 comments:

Pnut said...

saya pun wish juga, good luck Salwa...

Zareda Norman said...

salwa
semoga dapat petunjuk yangs ebaik baiknya...

tapi part jantan jantan tu emmang kelakar kan.. cliche sgt.. asal nak salahkan isteri mesti ada part jantan lain..

MA said...

Moga semuanya berakhir dengan sebaik-baiknya. Salwa jangan selalu amalkan rasa rendah diri (rujuk statement "muka buruk perangai tak elok etc..").

Feel good about yourself, be confident yang you mempunyai banyak keistimewaan yang tersendiri. You are smart, intelligent - that in itself is an attraction.

Bila kita terlalu merendahkan diri, low self esteem - itu yang kdg2 org akan mengambil kesempatan dengan menjajah minda kita.

Slowly but surely, dengan sokongan kawan-kawan dan keluarga - you will find happiness yang berkekalan. Insya Allah.

MA

oren said...

berdasarkan pengalaman, baik tunggu sampai 4 bulan (lafaz taklik ada kan)?

so, kalo tuntut fasakh lepas 4 bulan tu, senang nak bicara..sebab dh ada alasan kukuh..

all the stories behind that boleh jedi penyokong fakta..

tu jek lah..semoga akak happy2 n gud luck..

Mutiara said...

Be strong. You are an intelligent and very baik hati person, I am sure Allah bersama-sama dgn Salwa.
You are now building your self confidence and self esteem, go on, I know you can do it.

Cool said...

rajin rajin kan bersedakah... menyuci jiwa jugak tuh.

MOKCIK AZWA said...

Salwa,

Setuju dengan MA..it's good to feel good about yourself! Tak salah merendah diri, tapi bukan dari semua segi. Tapi yang paling penting...you deserve to be happy and not trapped in some unhappy relationship.

all the best Salwa!

dayangbest said...

Good luck Kak Wa!!

payarumput21 said...

Salam WA..

Its sad bila telinga cuma mendengar apa yang nak dia dengar.. and other things does not matter...

Ikhlas kata..Akak tumpang rasa sedih.. dan akak percaya semua kawan2 yang membaca sentiasa mendoakan yang terbaik buat Wa..akak jugak tak pernah ketinggalan..

Best of luck salwa.. semoga diberi petunjunk oleh Allah dalam baraqah.. InsyaAllah..