Thursday, September 2, 2010

Kembara Menguji Lagi Kesabaran Ini!

Assalamualaikum w.b.t


Dalam hati dah sejuk, dah reda dan dah redha


Tak nak dah ikut nafsu nak ambik keter baru, ikut nasihat Luna


Tapi bila fikir kata2 kakzar, kepuasan tu yang takleh nak bayar tu, sesekali keinginan nak tukar keter membuak2 tapi masih dalam kawalan


Yerlah saya punya keperluan tak mendesak, lainlah macam Oren ada sebab untuk tukar keter kan? Ni anak seketul, takat duduk dua seat kat depan, apahal gedik2 sgt nak tukar keter?


Tapi dah dua tiga hari ni agaknya kembara ni pun geram ngan saya , dia wat ahl lagik....


sangat sabar saya..lepas start enjin saya menyabarkan diri menunggu bilakan ia akan bergerak ke hadapan


kalau kat parking basement apartment ni okay....jalan keluar masuk banyak...


Kalau kembara saya dah reversed kat laluan keter, tapi stuck takleh jalan at least keter lain ada alternatif guna jalan lain kan?


Tapi imagine kalau kembara stuck kat jalan2 sesak tempat parking macam presint 8, presint 9...mau kena hempuk sumpah seranah dengan orang....


Setakat ni saya bijak mengatur dimana sesuai saya parking keter, takper jalan jauh sikit (walhal dulu berkira sungguh, nak dekat ajer) asalkan proses sebelum kembara tu bergerak tak menganggu lalulintas kereta dan laluan kenderaan lain...


Tapi pagi2 kalau 20 minit menunggu tu memang sakit hati...hani kadang cam nak nangis jer 2/3 hari ni, takut lambat sampai sekolah....


Sekarang katanya cikgu ugut sapa lambat cikgu nak ambik gambar muka sorang2, nak tengok muka sapa yang selalu datang lewat...


Budak darjah 1 kalau dengar mestilah takut kan?


Saya sipa punch card merah, semua asbab kembara ni.....saya bujet awalkan 10 minit utk oanaskan enjin tapi makin lama makin mengambil masa yg lebih lama...semalam dekat 20 minit....


Dah zikir berpuluh kali, dah baca doa naik kenderaan tak putus2, Hani pun dah doa sakan dah suh Allah gerakkan kereta tu, tapi macam hapa jer, langsung takde respond....


Kira lepas boleh jalan (after 20 minutes tu ler) macam ajaib jer rasa..syukur sangat2....


Semalam lepas dapat jalankan keter tu, otak berfikir2 menerawang apa nak buat hari ni, nak taknak kena keluar ratus2 lagi hantar repair..takkan hari2 nak lalui benda sama....balik nanti satu hal lagi...


Dahlah parking kat basement parcel D berlapis2....tengahari keluar nak ambik hani...memang banyak buang masa panaskan enjin...dengan takut block keter orang....dah tu, Hani berpuluh2 kali call okay sebelah petang/t.hari suh cepat..sedangkan kita dah berpuluh minit dok tekan pedal minyak...tensi okay! Mengaum2 enjin kembara tu, sapa2 lalu mesti pandang dengan penuh kepelikan!


Sudahnya semalam pagi ajak Miss Sinar ke bengkel lagi, kali ni patah balik ke bengkel orang pakistan yang dulu tu.....kali ni tanya betul2 dia boleh buat ker tidak?


Citer apa yang dah betul RM 700 dulu tu....siap bawak resit bengkel melayu dulu tu....dan tokey, En Nasir kata boleh cuba buat, dalam 80% kebarangkalian akan okay.....dia akan rendam valve dulu, buang segala habuk biasanya keter auto memang gitu.....try error dululah


Cost dalam RM200++, terpaksalah.....then suh tengok brake yang ada masalah jugak...(bengkel dulu suggest nak tukar the whole set RM300++ tp sy suh tangguhkan dulu, mujur tak buat kalau tak memang arsa nak gilalah sebab repair RM1,000 tp bila bawak sama jer...mangkuk!



katanya sebelah petang boleh siap, dah cadang ngan hani nak berbuka di Masjid Putra jer petang semalam. tapi boss no 3 belanja nasi arab saba (kali kedua belanja ni), so cadang lepas ambik keter rush balik rumah buka kat rumah jer lah...kalo sempat ke masjidlah....


Tapi bila petangnya Miss Sinar hantar sekali lagi ke Bangi (dengan jem gila, 6.45 petang baru sampai) tengok2 keter tak siap lagi...vendor tak hantar spare part tu yng lewat dapat siapkan. Dia suh berbuka dulu, so saya dengan hani menumpang Mai berbuka dengan tunang dia, Mr Reporter di Ani Sup Utara Taman Equinne....


Hani kesian sungguh dengan Baju sekolah, saya dengan miss sinar ambik dia tengahari dai bengkel terus bawak ke spejabat. Denga baju sekolah sama berbuka, pastu solat kat stesyen minyak situ jer....patah balik bengkel masih tak siap kembara tu.


Bincang dengan miss sinar, kami cadang ambik esok jer....kalau nak tunggu mungkin sejam boleh siap tapi takut risiko tak siap dan penat tunggu baik saya balik jer....


Perjalanan yang panjang sungguh semalam. Saya bujet kali ni betul dalam Rm500 kot....walaupun duit mengalir lagi dan lagi untuk kembara ni tapi terpaksalah wey....nak raya ni takkan nak biar kembara tu macam tu...nak beraya rumah sedara nanti sedap borak punya lama, pastu nak balik buat malu jer keter kena tunggu setengah jam panas enjin baru boleh jalan.....tak ker naya?


Hari tu balik kg bawak mak bila dia tengok keter saya takleh jalan, dia macam cakap suh beli keter baru jer....tapi tulah saya rasa percaturan nak beli keter baru ni buat masa ni bukan keputusan yang bijaklah....kalau faktor kepuasan dan nafsu semata2 saya anggap saya masih boleh bersabar lagi....


Buat masa ni, sebulan dua nilah takper saya melabur lebih sikit membetulkan kembara ni, pastu harap sangat Allah tak uji saya lagi denmgan kerosakan bukan2 pada kembara ni....


banding ambil keter baru, saya akan melabur lebih jugak tiap2 bulan dengan installment tinggi, cuma kepuasan tu takleh dicabarlah, memang puas kan?


Plan bayar seribu sebulan keter kembara diteruskan, dah mula pun bulan ni, tapi bulan ni nak raya saya bayar RM900 jer, cukai seratus....sebab banyak nak pakai duit (espc utk persiapan kat kg) kan kakak saya banyak perabis duit buat rumah baru...yang hampir nak siap dah...


Semalam juga ambik baju raya saya yang kononnya tak nak ambik sebab bujet dah lari ke kembara ni, tapi fikir punya fikir, elok ambiklah, bukan selalu ada baju baru, setahun sekali, 5 baju saya kurung pahang (2 lining)+ sepasang kurung hani + sehelai blouse hani = RM 530, mahal ker tidak yer?


Dah lama tak berkecimpung dalam arena tempahan baju sebab mmg tak beli baju baru dan lately ni suka beli siap, rasa cam mahal lah pulak (lagi mahal dari harga kain)....dan masalahnya dah cuba dah baju tu tak sesedap jahitan cina kat pasar seremban yang mana sepanjang di seremban saya menempah kat dia....tangan cam ngam2 jer...kain pun sama, pastu labuh badan betul2 paras lutut...sedangkan saya memang suka labuh2 ni~ tangan baju labuh sikit, bila tangan bergerak2 tu takdelah nampak lengan....


Dah cakap dah suruh buat labuh sikit tapi tak taulah.....saya ni malas nak tuntut hak sebagai pengguna..a.s long as boleh pakai, walaupun nampak ngam-ngam (kalau gemuk sikit memang akan sempitah), cuma ada hati nak buat beads tak taulah sempat ker tidak.....kalau taks empat lepas raya pun okay juga.....duduk2 kat kg tu jahitlah....


Okaylah, pagi ni miss sinar akan datang ambik, ingatkan nak merasa naik bus lagi tapi dah miss sinar sungguh mengajak nak membantu so kita terima jerlah....


Wassalam

3 comments:

Ummi said...

kalau ummi lah wa,

dah lama ummi ambik kereta baru atau beli moto, ini bukan ikut nafsu dah ni, ni dah jadi satu keperluan

masalahnya ianya melibatkan masa dan sebagainya

kereta ni bukan boleh dia dengar tuannya nak ambik kereta baru, mulalah dia nak meragam dan sebagainya....

orang cakap kereta auto kalau rosak memang mahal pada kereta manual, ini akak tak pasti pulak sebabnya akak memang tak ada kereta auto, akak pakai manual dari dulu hingga kini

kakLuna said...

kereta mmg mcm tu kak...kalo ada hasrat nak jual/nak tukar, dia buat lah hal nya..

kete ni ada roh juga maklumlah dia dr kejadian Allah juga 'al-hadid' (besi)..sebolehnya kalo hasrat nak tukar/jual, jgnlah dipikirkan masa dekat2 dgn dia atau masa memandunya.

ni bkn kepercayaan karut tapi ada betulnya, layanan kita terhadap makhluk Allah yg lain wpun sudah menjadi bentuk kereta.dia dh banyak jasa pd kita.tiba2 kita nak 'buang' dia..dia mcm merajuk la kak..

saya dulu camtu lah pk2 nak jual kancil pd 2008,asyik ckp,ckp nk tukar depan kancil tu..bln 12 saya eksiden..

Zareda Norman said...

salwa
semoga semuanya dipermudahkan buat salwa dan hani. Kalau kak zar memang dah lama tukar dah.. kak zar jenis tak mahu penin penin kejap repair kejap repair. :) macam kata ummi lah.. dah jadi satu keperluan.

kereta auto ni kalau rosak memang mahal sbb tu gear box dia kena jaga bak menatang minyak yang penuh tapi spectra akak dulu pun memang kami jaga, servis tak pernah missed tapi kalau dah ditakdirkan nak rosak, rosak juga, kawan akak pakai spectra lagi lama dari akak dan tak jaga sangat pun ok aje.. nasib jugaklah kan