Thursday, September 2, 2010

Saya sangat sedih

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni hari paling sedih.....sedih sebab keter..patut sedih sebab amalan Ramadhan yg tak cukup


Sedih saya sampai saya menangis beberapa kali.


Tadi saya call bengkel semula, katanya dah 2x test lepas basuh gear box tu tapi tak boleh jugak


Pastu dia keluarkan komponen semua, basuh sekali lagi dan petang ni dia nak test sekali lagi, boleh guna ker tidak gear box tu


Saya sedih sangat sebab nak tukar gear box nak pakai 3 ribu....ni dahlah nak raya


Satu lagi, esok kononnya habis office hour nak hantar hani balik kampung


Sekarang semuanya punah belaka!


Saya sangat2 patah kaki dan buntu tak tau nak buat apa...


Pagi2 miss sinar datang ambik saya dengan hani dan kemudian hantar hani sekolah pastu kami ke pejabat


Petang pun sama....mujur miss sinar tak berkira


Dan hari ni miss sinar hantar saya ke bazar ramadhan dan hantar balik rumah


Saya nak berbuka kat masjid takde transport nak pergi sebab miss sinar nak gi The Mines malam ni...


So, malam ni terawikh kat surau bawah ni jerlah kot...


Saya dah call salesman keter proton, konon nak ambik saga jer lepas bincang2 dengan Luna thru FB tadi tapi tak taulah nak minta bantuan sapa lak ni...


Kalau saya ada kenderaan saya dah pergi dah ke Kinrara tu, tapi sekarang tak tau nak ajak sapa pulak..sedihnya takde suami!


Terasalah pada waktu2 ni kalau pak hj ada tentu tak sesusah dan semujahadah ni...sekurang2nya mesti dia akan bagi pakai keter dia dan dia boleh juga bantu bagi buah fikiran


Saya rasa lonely betul


Saya rasa tak confident nak buat keputusan


Hanya tadi saya kira2 balik kemampuan saya


Selama ni saya main congak2 agak2 jer sebab malas nak tengok slip gaji dan nak kira komitmen saya sebulan


Tapi tadi dah kerana terpaksa saya kira semula semua komitmen saya dan gaji bersih saya sebulan hakikatnya memang saya mampu pakai kereta satu lagi...kiranya dalam kemampuan lah bayar kereta seribu tu....


Tapi dalam hati tetap ada rasa tak yakin, takut nanti kalau hujung bulan susah sampai tak mampu nak ada duit dalam poket sebab bayar kereta besar pada sapa saya nak minta duit...


Pada sapa saya nak kongsi masalah?


Tu lah ketakutan dan kebimbangan saya


Pak hj kena ada dalam hidup saya sebagai sokongan dan memberi keyakinan dalam saya membuat keputusan....


Dan dia juga sebagai pemberi kekuatan dan sebagai peneman kalau saya nak tengok/survey keter...


Dengan orang lain bukan tak boleh tapi saya yang tak yakin...


Entahlah adakah ujian ini datang sebagai asbab untuk saya berbaik2 dengan pak hj semula....????


Saya sedih + sayu + terasing.....





Wassalam

4 comments:

oren said...

saya pun tak tau nak cakap..

yg pasti, lepas buat apa pun keputusan, jgn sesekali menyesal..

amik contoh saya lah..

la nih mcm rasa nak tukar keta..nk amik nissan livina..alasan, sbb avanza mkn myk byk..dulu besa guna nissan dn myk mmg save..tapi tu lah, dh nasihat diri sendiri, jgn nyesal..lagipun, syukur jugak amik avanza sbb masih didlm kemampuan bajet..

bayangla, dlm masa serentak (masa tu) start potong duit umah, dekat 1K jugak..pastu baby awatif pun lahir, mira sekolah, semua belanja naik..kalo amik nissan, rasanya bulan2 dekat 1k jugak nak bayar..kalo dh tolak 2k, mana nak bayar nurseri anak, myk keta, belanja dapur dan harian, nak bagi kat mak ayah, nak simpan utk tabungan anak2?

so, syukur jugaklah ngan avanza nih..tang nak save myk tu, nanti2 akan try cari alat yg dipasang utk kurangkan penggunaan myk (mcm mcsaver ka hapa ka tuh)..dan skrg mmg saya praktikkan guna motor kalo ke pejabat..kereta cuma guna bila bawak semua org (4 anak)..

kalo saya jek nak g beli barang pun, saya g naik motor..bawak begpack besar 1, susun brg dlm tu lah..kalo dh penuh, buleh taruk dlm raga moto..kalo tak muat lagi, sangkut jek kat handle, pastu bwk moto pelan2..hihihi..

semoga akak tabah dan sabar seta diberi keyakinan atas setiap tindakan yg diambil..

Zareda Norman said...

salwa
halusi sebaik baiknya.. kalau kuat semangat, tawakal aje teruskan aje tukar gear box baru.. atau amik kereta seken hand yang agak baru macam tahun 2008,2007 atau amik kereta proton baru. yg penting keputusan selepas ini tak peninkan kepala lagi pasal kereta ni.. dah boleh tumpu kepada perkara lain.

Ummi said...

mungkin ada hikmah yang terjadi di sebalik kerosakan kembara tu,

kawan ummi baru2 ni rosak kelisa auto dia, dekat 3 ribulah dia keluarkan duit untuk repair :(

macam kak zar cakap, kalau masih nak pakai kembara, repairlah atau kalau dah nak pakai kereta baru belilah, beli ikut kemampuan, kalau nak simpan duit sikit, belilah yang kecil tapi selesa

Jiji said...

Gini la kak.. put a side perasaan yang menebal dlm hati tentang pak hj.

Set balik priority berkereta ni.

Bukan jiji nak menambah bara, kalo pak hj ada pon kembara tu mmg dah tenat... kalo pak haji ada pon... walo keputusan dibuat bersama.. tindakan masih akak sorang...

Kak wa pon ckp sendiri itu hari kan.... pak hj dah tua... susah nak berubah. Kita la yg berubah... utk jadi lebih baik.

Aku jual je kembara kak.... beli kereta baru... mana tau memudahkan pak hj pulak ke? maybe tetiba dia nak bantu bayar kan?