Thursday, August 5, 2010

Saya dah beli Takaful Prudential BSN

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya tak sempat study pun pasal takaful ni.

Konon nak google hal takaful nak buat perbandingan

Mana tau ada takaful lain yg lagi baik offer dia

tapi semalam seperti biasa agak kebizian

Saya tinggal sorang kat office..maka macam2 lah urusan diuruskan

Semalam dah sign dah....total bayaran takaful bulanan saya dan hani RM340

Takaful ni akan cover untuk RM500,000 setiap sorang, tapi max setahun RM50,000 shaja boleh claim in case apa2 hal berlaku pada kesihatan kita

Saya punya takaful, saya letak pewaris dia 50% pak hj dan 50% hani, kalau saya mati 50% pak hj dapat dan 50% hani dapat tapi tu pun Hani umur 18 tahun baru dapatlah....hani punya takaful pulak saya pewarisnya....


So, kami dua beranak akan ada medical card, dan satu lagi kelebihan takaful prudential ni, setiap tahun kalau takde claim apa2 dia akan beri bonus RM100, saya dua orang RM200 lah dimasukkan ke akaun kita...


Bayaran per day kalau masuk hospital RM300 ..dan banyak lagi tak sempat nak taip ni....


Kalau ada kawan2 nak beli takaful ni bagitau saya, kawan saya En Jo anytime bersedia siapkan Proposal dan dia akan terangkan kesesuaiannya,

katanya seeloknya 10% dari income kita diperuntukkan untuk takaful ni...


Malah orang2 Cina bukan satu, tapi 4, 5 insurans diorang ada


Dan takaful ni berkonsepkan islam, kalau yang tak islam tu namanya insurans...


Okay....kat office ni saya dah terangkan kat Miss Sinar dan PA pengarah pasal takaful ni, dua2 nak beli gak takaful, so kawan blog kalau nak beli gak bagitau jer yer...


Wah camni saya leh jadik agen takaful lah...

Pesanan akhir, walau apapun berlaku duit takaful ni tetap akan dapat jugak, sebab takde sapa yg akan hidup selama2nya....semua akan mati, klau dah mati dapatlah takaful ni...utk yg ditinggalkan..bukan utk diri kita..macam saya, kalau saya dah mati, duit takaful ni saya nak suh suami wakafkan apa2 yg boleh mendatangkan pahala berpanjangan atau kalau ada hutang saya nak suh dia settlekan....


dan separuh dapat ke hani, yerlah dengan azam saya utk dia kawin cepat..mana tau apa2 berlaku pada dia @ suaminya, adalah sedikit bekalan utk dia kalau saya dah takde, tambah dengan takaful dia tu...malah dia umur 19 tahun akan dapat juga saving dia tu kalau tak dikeluarkan, juga saya masa umur 55 turut dapat saving saya (masa ni Hani dah 26 tahun)...ni beberapa tahun sebelum bersara wajiblah ni....


Saya rasa dengan keadaan saya yang suami macam tu, keluarga pulak bukannya orang ado-ado dan jenis tak ambik port sangat pada saya, elok jugaklah tindakan saya ni....harap2 kalaulah pak hj tau saya ambik takaful ni dia takdelah marah kat saya....cukuplah 10 tahun dulu saya burn kan jer insurans yg saya ambik tu...dan kemudian sekali lagi nurn amsa ambik CUEPACS punya insuran..kali ni saya nak diam2 jer....sebab saya tengok ramai juga orang tabligh beli takaful....


Kalau ad apandangan pasal takaful just drop by sini bgai sikit nasihat supaya taklah saya rasa bersalah sangat ambik secara rahsia takaful ni....

Wassalam

7 comments:

MOKCIK AZWA said...

Ambil secara rahsia tu rasanya tak salah, tapi kena la tinggalkan pesanan kat mana2..kalau ada apa2 berlaku kat kita, tahu la dorang nak buat tuntutan. kang terlepas tempoh masa begitu sahaja, rugi ooo. Kena pastikan kita letak nama dan nombor utk dihubungi jika ada apa2 berlaku pada kita.

akak pun baru saja ambil utk diri sendiri sama dgn salwa ambil ni. Selama ni ambil utk anak2...pehtu ejen kata, better ambil utk diri sendiri juga. If anything happened, ada juga sesuatu utk family. Tambahan pula dengan situasi sekarang macam2 penyakit mendatang, perlu ada la medical card utk support kalau kita masuk spital.

Bayangkan dengan 6 orang anak, dan utk diri sendirik...tapi akak pejam mata jer la membayarnya.

Baru2 ni ada kwn kata yg great eastern punya lagi bagus...tapi not sure whthr islamic atau conventional punya. sapa tahu mgkn bleh kongsi.

Pnut said...

saya pun dah lama amek takaful, untuk anak-anak dah ambil sejak mereka lahir, saya sendiri pun dah ambil, husband pun ada, macam saya office husband cover medical semua, so kami tak amek part medical-medical tu, so bayaran bulanan kami murah sikit...

Hanisumayyah said...

kak Azwa...

tulah, saya berhubung dengan en Johari tu jerlah...selama ni pun selalu jugak berhubung menerusi YM dan FB...saya pun dah bagitau dia yg saya ambik ni rahsia dr suami...in case apa2 saya dah maklumkan dia....nak bagitau pak hj rasanya belom lagilah....nanti jadik gaduh..dah boleh bayangkan dah....

Kak Azwa, rasanya kalau akak utk 6 anak dan diri akak tak sampai 10% gaji pun kot? Takper kak, pelaburan dulu, hasil kemudian...bak kata ejen saya tu...setiap orang akan mati jugak....so at the end dapat balik cuma masa tak pasti bila...


Pnut...

Wah sejak lahir dah ambik takaful....bagusnya...saya ni kalao tak kerana pak hj dah lama gak ada takaful ni tapi tulah dok fikir...macam2 dalam kepala ni lepas langgar arahan suami ni....

Luna said...

ada org penah nasihat sy ttg takaful ni kalo leh amik yg syarikatnya mmg fully Islamik bkn yg asalnya konvensional tapi split sikit utk yg Islamik demi nak tarik pelanggan Muslim. sbb mcm mana pun split, income terkumpul sblm dibahagikan sbg keuntungan tetap dr pdptn yg disatukan (campur semua konvensional x konvensional).jd ada unsur syubhah di situ.

apapun ada jugak org hujah dan saya baca,setiap sykt kewangan/bank/insurans tu ada badan syariah nya, jd sbrg keraguan kita trhadap hasil dr takaful ni menjadi tgwjb badan syariah syrkt itu utk menanggungnya.


lagi satu kita kena jaga niat dan bahasa kita bila bcakap ttg takaful. contohnya bila ada kesulitan kita tersebut 'nasib baik ada takaful,kuranglah sikit beban' seolah2 kita mensyirikkan Allah. kehidupan dan kesihatan Allah beri percuma utk kita hargai, Allah yg melindungi kita,bkn sykt takaful.

sy pun amik takaful dana pekerja dan takaful siswa utk luqman dr Takaful malaysia. bkn saya dipromosi,saya sendiri yg pilih sbb biarpun manfaatnya x sehebat takaful lain, tp keyakinan sy itu 100%,tak de rasa was2. itu yg utama.

cuma bab loan yg lain, x leh elak yg convensional (dgn penuh rasa kesal).huhuhu

Zareda Norman said...

kak zar pun amik takaful, berapa kena bayar dan segala urusan semua cik hubby uruskan cuma memang kak zar tahu siapa agennya. Ika pun dari lahir kami amik tabung pendidikan. Penting amik takaful ni.. lagi satu wasiat.. eloklah buat semasa kita sihat dan berakal ni..

Mutiara said...

Alhamdulillah ada kesedaran tentang perkara seperti ini. Saya ingat Salwa dan Johari in satu batch ker kat USM?. Gigih Johari ni menyedarkan orang Melayau islam dalam hal-hal ini.

Hanisumayyah said...

Luna...

tulah dulu teringat ada baca pasal insurans/takaful ni kat zaharudin.net...tp lupa dah...tp kalo ada apa2 pandangan baru bagitauler akak ek...

Kak zar..

Wasiat tu tak buat lagi...harta pun sikit jerk...


Kak salmah..

tak kak...Johari ni senior dia dari saya...dah jumpa hari tu, lupa lak nak tanya dia umur baper....akak ingat kan entry dulu2 pasal insurans/takaful ni, bkn takde kesedarana tp xnak ingkar suami kak..tp at the end ingkar u gak...rasa bersalah jer tgk muka dia...