Tuesday, September 8, 2009

Jubah untuk hari raya dan hari2 seterusnya

Assalamualaikum w.b.t


Tahun ni pecah rekod tau. Sebab apa? Sebab tak pernah2 sejak dewasa [ker tua lebih tepat?] saya ada baju raya lebih dari 3 helai..tapi tahun ni dah pecah tradisi. Selain jubah ada lagi 2 baju kurung, satu kakak saya jahitkan dan satu lagi beli asbab nak ke AKC hari tu...




Tahun ni saya beli 3 helai jubah baru. Lama jugak dah tak beli jubah, pakai yang lama2 jer...sampai cikgu Hani dah kenal sangat dah uniform saya tu. Mana taknya, hari2 pakai jubah hitam hantar dan ambil hani, walaupun jubah berbeza tapi sebab semua kaler hitam cikgu ingat sama jer kot.




So kali ni saya beli jubah ada corak2....ni saya beli secara online dari http://www.missabaya.com/ . Sekali beli sampai 3 ...tu hah...kononnya biar 10 tahun takyah beli2 jubah dah..yerlah tu! Disebab kan pembelian ni nak dekat raya maka penggunaannya dijamakkan jerlah jadik jubah raya dan jubah harian...senang citer!



yang ni saya paling suka, sebab coraknya simple dan tangannya pun sesuai jer, tak berjuntaian...semak jer rasanya....





Yang ni sarat bebenar kalau tengok secara live...dengan kilat2 kat tangan dan bahagian bawah kakinya. Tangan pulak jenis lebar dan berbelah dan bucunya menyerong panjang macam kebaya2 moden tu....tak suka sangat yang ni...terlampau bergaya pulak!







Yang ni saya suka cuma tangannya sama cam tadi, berbelah jugak dan berbucu labuh..mungkin untuk mudahkan mengambil wudhu' agaknya....rasanya dua jubah ni saya kena alter bahagian tangannya....cuma masalahnya sulaman ditangannya membataskan saya nak memotong..sayang plak..tengoklah camana nanti...


Semua jubah ni berbutang dari atas sampai ke bawah, jenis longgar dan kainnya lembut. Puas hatilah...harganya tak taulah mahal ke tidak...semua jubah ni dari mesir rasanya...harga jubah ni antara RM 170 dan RM 180, siap syaila [macam shawl] tapi selendangnya lagi panjang dan lembut kainnya dan tidak terlalu jarang....


Wassalam

4 comments:

Zareda Norman said...

wa

cantik jubah jubah tu mesti dari dubai.. kak zar minat jugak jubah ni.. cuma kea tengok acaranya lah

Hanisumayyah said...

Kak Zar...

Yer kot dari Dubai, saya pun tak berapa pasti...saya pulak semedang berjubahnya, selain ke pejabat dan urusan kerja/rasmi memang sarung jubah jer...pada saya niler pakaian paling mudah dan cepat...

MOKCIK AZWA said...

Salwa,

mokcik pun suka jubah...setakat ni takdok sapa lagik komplen mokcik pakai jubah..kalau pi ofis mokcik gemar pakai jubah atau pants. Jarang pakai baju kurung ler ni..

Hanisumayyah said...

Azwa..

Saya ker office tidakler lagi pakai jubah...setakat selain office jer..