Sunday, September 13, 2009

Sejauhmana ketahanan anda pada pasangan?

Assalamualaikum w.b.t


Bila kita hidup berpasangan ni terasa sangat sunyinya kalau pasangan kita takde,kan? Walaupun hakikatnya sebelum berpasangan kita adalah individu yang merancang, berfikir dsan bertindak berseorangan. Tanpa ada partner yang close dengan kita...lainler kalau ada pakwe yang berlagak dah macam suami isterikan...



Tapi tulah Allah dah cipta kita sebagai manusia yang normal perlukan pasangan dan cepat sahaja kita dapat menyesuaikan diri dengan pasangan. Tambah2 ada faktor pengikatnya pulak....iaitu anak. Bertambahlah bergantungnya kita kepada pasangan. Sanggup kita berkorban segalanya, walaupun diri kita menderita.



Susah sebenarnya nak diputuskan ikatan yang telah terbina tu...macam saya sepanjang berpasangan ni ada percubaan beberapa kali untuk berpisah baik di pihak suami asya mahupun di pihak saya. Tapi kita merancang Allah yang menentukan. Ikatan tetap kekal...



Apa saya nak cerita ni ialah berhubung kakak saya, kakak yang lahir dua tahun awal dari saya dan berpasangan 8 tahun lebih awal dari saya...berkahwin pada usia yang muda iaitu bertunang 19 tahun, ikat dua tahun kahwin 21 tahun, tarikh kahwinnya serentak dengan tarikh saya ambil STPM...pada 1993. Dan dia bersalin anak pertama pada 1995, semasa sedang belajar di Maktab Perempuan Melayu Melaka.


Entah apa nasibnya, dapat tawaran tingkatan 1 ke MRSM dan juga dapat tawaran ke Sekolah Agama Sharifah Rodziah tapi atas masalah teknikal dua2 pun tak pergi. tambah2 masa semua ini abah bekerja di Arab Saudi, mak seoarng diri urusakan segalanya. Kemudian dia dapat kelulusan SPM gred 1 dengan agregat 18 tapi entah kejahilan atau mak bapa yang tak ambil pot sangat, dia terus kerja mengajar sekolah agama lepas habis SPM. Dengan watak pemalu, berkulit cerah dan gelaran ustazahnya, ramailer datang merisik...sudahnya risikan ke 3 terpaksa juga diterima, walaupun mak ayah tak kenal bakal menantu dan besannya. Semua orang jalankan, cikgu mengaji saya yang jadik orang tengahnya.


Kakak saya minat belajar dan otaknya juga lebih baik dari saya, ini cerita dululah...sebagai contoh masa kami membesar, dia sangat mudah memahami jalan cerita yang berat2 khususnya cerita omputih dan minat membacanya juga melebih saya, berilah buku atau movie apa sahaja, dari agama, sains, fiksyen, kartun semua dia boleh masuk...ini cerita masa kecik dan remaja.


Memang kakak saya jahil yang amat tentang kehidupan berumahtangga masa lepas bertunang tu. Dia bukan kaki membantah dan bukan kaki memberontak macam saya. Dia pendiam dan patuh sahaja. Tidak luas pergaulan juga. Akhirnya berkahwinlah dia dengan abang ipar yang kerja askar, yang pada malam pertamanya barulah tau abang ipar tu SPM pun gred 3 [dari sini boleh tau level pemikirannya] dan pada malam pertama juga barulah mereka berkenal-kenalan...barulah tau umur sebenarnya..yerlah mereka bukan berdating..mampus kena sesah dengan bapa saya yang terkenal dalam kampung garangnya! Jumpa pun dengan kehadiran mak ayah. Garangnya [dan marah] dia sampai sanggup halau anak lelaki sulung pada malam raya! Ayah lain belum tentu sanggup, kan?


Sehari sebelum berkahwin [petang jumaatnya] ditakdirkan allah dia mendapat tawaran mengambil kursus perguruan. Memang dah mohon awal, tapi mak ayah memang tak jangka dapat tu sebab kahwinkan dia awal. Rupanya dapat pulak, maka seminggu lepas tu bermulalah era dia sebagai pengantin baru yang terpisah dari suaminya yang ketika itu di kem Seberang Takir.


Saya pada masa semua peristiwa ini [kakak saya bernikah dan masuk maktab] sangat2 sibuk dengan belajar sebab saya sedang ambil STPM. Dan saya juga tak berkesempatan beramah mesra dengan abang ipar.... lepas STPM saya bekerja, dan beberapa bulan lepas tu saya sambung belajar di U...memang hubungan saya dengan abang ipar saya ni agak renggang. tambah2 saya mempunyai instinc yang kuat terhadap dia, rasa macam dia ni terlampau bertuah dapat kakak saya yang sangat innocent....sebab saya pernah membelek gambar2 lama dia dengan macam2 perempuan....memang ini ujian buat kakak saya....saya fikir teruklah dia nak didik suami dia ni...


Saya juga rasa sangat2 tergugat dengan kehadiran abang ipar ni. Selama ni sayalah yang baik dan rapat dengan kakak. Tido sekatil, baju dalam seluar dalam semua kongsi. Dia masak saya kemas rumah. Saya merajuk dia yang pujuk. Apa2 semua kami kongsi bersama. takde beza. Apa mak saya belikan dia, belikan juga saya. Takde lebih takde kurang. yang lebih adalah wajah dia kategori boleh tahan, saya kategori sangat tak boleh tahan...


Dibawah ni adalah gambar kami berdua dari kecil sampai sekolah rendah...tak payahlah saya bagitau mana satu saya..dah boleh agakkan...tak taulah kami ni ada seiras ker rupa lain-lain. Ada yang kata kami ada rupa dan ada juga yang kata sangat berbeza. Dan dengan perbezaan isu dan persoalan inilah saya membesar...saudara2 semua akan chop kami dengan trade mark masing2, antara ayat yang saya muak dengar satu waktu dulu ialah..."eh dak siti yang gelap sikit tu mana" atau.."oh tu dak sal yang cerah tu..." tu tak masuk lagi kata2 ulasan kat mak saya...eh anak bongsu ikut kulit abah dia eh...kakak ikut kulit mak... tapi saya sekarang tak kisah dah walaupun dulu selalu merajuk rasa direndah2kan...






Apa saya nak cakap tentang kakak saya adalah rupanya dia mendapat pasangan yang indah khabar dari rupa. Sekian lama dia menanggung derita, tapi dimata kami tak nampak deritanya. Sejak keluar maktab dia akan ikut kemana sahaja abang ipar ditugaskan. Tidak pernah berdekatan dengan keluarga. Sehinggalah dia mendapat anak empat orang dalam usia 37 sekarang, anak sulung 14 tahun dan yang akhir 5 tahun.







Kakak saya ini melalui pelbagai fasa dalam hidup dia rupanya....Semuanya baru terbongkar setahun lalu. Namanya lamaaaa di balck list, walau seorang guru dia tidak berkereta [dahulu], pernah melangsaikan hutang kepada Ahlong sehingga berbtahun2, meyewa dari sebuah rumah ke sebuah rumah lain [asyik berpindah ajer], pernah tak balik raya dan banyak kali juga cara dia balik menjadi misteri kepada kami....pendek cerita usah tunggu dia balik kampung masa raya atau masa lainkerana ia memang tidak pasti








Apapun cabaran dia lalui memang banyak. Dipendekkan cerita tahun lalu suaminya tertangkap untuk kali yang keberapa tak taulah. Masuk lokup, kerana menagih dadah. Khabarnya sejak lama dulu....tapi kakak saya tak pernah war2kan itu puncanya. Yang kami tahu hidup dia bermasalah....apa masalah dia semuanya dikunci rahsia...




Punyalah banyak masalah yang saya tak sanggup dah nak tulis. Akhirnya pada awal tahun ini atas paksaan keluarga saya kakak saya sekeluarga berpindak duduk dengan emak di kampung. tapi dalam sebulan lepas kerana terlampau dan teramat menganggu jiwa mak saya ambil keputusan 'nyahkan' abang ipar tu dari rumah...dan ini pun panjang ceritanya...





masalahnya, kakak saya tetap taknak berpisah dari suami dia, bak kata mak saya dia nikah tu umpama dah sign mati. tak boleh cerai2...bagi saya sebagai pemerhati kakak saya dah lebih dari sabar dan saya anggap macam dah diperbodohkan suami sendiri. Terbaru dengan kereta2 dia pun dia beri pada suami dia tu yang kini tak tinggal di rumah mak lagi. Pagi dan petang berjemput berhantar untuk kakak saya ke sekolah. tapi tak berani sampai ke rumah, hanya guna jalan belakang rumah selang sebuah rumah jiran.





Menagih dadah ni bukan main2...duit puluh ribu boleh habis. Gaji tak tau kemana. Duit pencen askar yang dapat awal tahun ni tak tau kemana pergi. Orang dapat buat rumah besar dia pondok buruk pun tak dapat buat. Berani datang rumah kakak satu lagi pinjam duit..bila kakak saya mula bengang dia hantar anak dia pulak, sampai satu tahap dia boleh kirim surat melalui anaknya semata2 untuk pinjam duit dari kakak saya yang duduk di kampung tu...semua ni berlaku masa isteri dia ke sekolah....





Dengan macam2 masalah yang pelik kakak saya sanggup bertahan, tak nak bercerai. Tetap pertahankan suami dia, masih sanggup susah payah...dalam hujan berpayung2 mendapatkan suami yang tunggu dia di tepi jalan..sedangkan itu kereta dia.




mak saya telah beri kata dua, kalau kau nak kekal dengan suami, kau keluar dari rumah ni....kalau nak duduk sini kau cerai dengan dia. Terlampau ker mak saya ni atau kakak saya yang bebal dan sabar dan apa2 lagi yang seangkatan .... ntahlah....saya menjadi pendengar dan penenang dan segala2nya sehingga saya terbawa2 berfikir dan akhirnya say pun buntu...bila saya balik inilah cerita yang saya kena tadah telinga dengar...dan telinga ini juga yang lali dengar luahan hati kakak di kampung yang menelefon dan luahkan dia tak tahan tengok mak yang susah hati melihat kakak yang dibuli suami....






"kalau kau tak sayang diri kau dan tak nak bela nasib sendiri biar aku mak yang lahir dan besarkan kau yang buat keputusan" <-- sampai tahap tu mak saya cakap kat kakak saya....sebab dia tak sanggup lihat anak dia diseksa, katanya lagi dah 15 tahun aku lepaskan kau hidup dengan dia, tak sangka macamni dia buat anak aku dan kau sanggup biarkan semua tu...sekarang aku tal boleh diam diri lagi...





Panjang lagi cerita kakak saya ni....sesak dada fikirkannya. Bagi dia pula, macam orang dah hilang akal dan takde pegangan dia masih menyalahkan jodoh yang dicarik mak ayah..bukan dia yang gatal carik...sudahnya kami malas nak layan....raya ini penentuan, saya kata kat mak saya bagi dia masa fikir, kalau dia sayang sangat laki dia tu ikutler....lepas raya ni mak bagi lagi kata dua...dan mak saya telah sedia fizikal dan mental untuk kehilangan seorang anak lagi ...bukan hilang kerana diambil nyawa tetapi kerana dihalau pergi....macam abng saya yang sulung yang pergi sejak 1986 sehingga kini..macam pergi tak kembali...





Patut tak dia bercerai, dan wajarkah tindakan mak saya menghalau abang ipar tu...nasihat saya pada mak saya...dahlah mak jangan susah hati fikir tu semua...dia dah tua utk menilai buruk baik dan kita semua [merujuk mak saya, kakak yang sulung dan saya] ada suami dan kita pun dah macam2 korban untuk suami kita...macam tuler dia agaknya...kalau dia rasa yang terbaik pilih suami dia..biarkanlah, suatu hari dia akan tau nasib dia tu...dia akan carik keluarga jugak!


Wassalam

7 comments:

Irfa said...

salam kak wa..
saya ada sorang makcik(satu2nya adik pompuan mak saya)..kawin umur 16tahun atas pilihan family.saya tgk hidup dia pun rasa macam kesian sgt..tp dia x penah bercerita atau merungut..mak saya cakap syurgalah tpt dia nanti..
dia seolah menyerah hidup pd takdir.xde sapa buleh merungut psl laki dia sbb bukan dia yg cari..tp mak ayah yg carikan jodoh utk dia..kalau saya lainlah,pilihan sendiri..susah senang terima jelah
hehe

Hanisumayyah said...

Tulah, akak pun serba salah...sayang sangat kat suami tu...alhal macam2 dan suami buat kat dia..maca, dah kena manderam mak akak kata...yerlah mertua dia orang sini...dapat pulak kuat jumpa2 bomoh ni..

Zareda Norman said...

salwa

taks emua perkahwinan dipilih mak ayah tu kela bahagia kan tapi kakak salwa tu memnag hebat.. betullah syurga tempat dia nanti

Hanisumayyah said...

Harapnya lah... cuma kadang2 saya pelik macamana dia boleh sabar sampai tahap tu sekali dan asnggup juga melawan mak semata2 kerana pertahankan suami....

Maryam said...

saya rasalah kan, lebih baik duduk ngan mak kakwa, senang nak monitor. macam makcik saya adik mak saya.. kawen dengan askar pencen. anak sulung dia dah form 3. yang kecik darjah 3 dah. tapi asyik kena pukul.. tahun lepas atau dua tahun lepas, siap buat komplot ragut makcik. makcik naik motor, jatuh sampai kena tahan kat hospital.. luka di dagu kalau tak silap. parut kekal. adik beradik mak saya sepakat suruh dia duduk kat kampung. buat rumah betul-betul depan rumah atuk. kalau adik beradik ummi balik kampung, suami makcik tu memang tak nampaklah sekarang. takkan tunjuk muka. cuma kes pukul dah payahlah sebab duk dekat rumah atuk kan... mana dia berani!

tapi kes kakak kakwa ni serius lah.. penagih dadah.. arwah pengasuh adik saya dapat HIV dari suami penagih. harap-harap kakak kakwa rasional.

Luna said...

susah nk ckp....pemikiran dan pergaulan yg berbeza wpun sedarah daging. kdg2 dorg ni (bkn smua la) terpengaruh dgn drama TV pun ada.

kita smua mempunyai pilihan. pilih la yg terbaik.

Hanisumayyah said...

Maryam...


Tulah masalahnya memang dia duduk dengan mak kak wa sekarang tapi suami pun dia taknak lepaskan...mak memang nak bagi tanah yang tapak rumah ni utk dia buat rumah, tapi syaratnya dia kena berpisah dulu...tapi dia matikan diri buat tak tau jer....susah dah nak bincang...pasal HIV kakak satu lagi dah puas warning dia, tapi dia nafikan katanya suami dia dah berhenti...walhal kami semua tak percaya pun...


Luna...

Tulah hani ni kalau cakap hal stationary dia rasanya dah boleh bukak kedai kecik2 dah..tiap2 bulan melabur utk alatulis, majalah dan buku...sampai naik muak akak tapi dia tak jemu2 pujuk suh beli..geram sangat