Saturday, September 12, 2009

Cabaran pertama melangkah alam persekolahan buat Hani

Assalamualaikum w.b.t



Saya tak sangka yang saya terpaksa melalui saat-saat debaran ni terlalu awal. Debaran apa tu? Debaran menghantar hani interview masuk darjah satu. Rasa macam nak hantar anak interview kerja pulak....



hani yang tak berdebar langsung...cool jer..mak di plak yang lelebih...lepas mandi dan berbedak macam tepong gomak...dia siap tengok tv lagi walhal alat tulis semua tak siapkan lagi tu....


Eh..takdelah camtu sekalikan.....interview kerja tu jauh sangat plak imaginasinya...setakat rasa macam interview peksa2 penting dalam hidup dia..gituler. Hari ni, macam saya dah war-warkan sebelum ni, ujian kelayakan Hani untuk masuk darjah 1 di Sekolah Seri Abim Seremban. Kata yang bagi taklimat tu dalam bergurau, takde ibubapa yang hendak beralah..semua nak masukkan anak darjah satu ke situ...


Maka terpaksalah diadakan ujian kelayakan. Pelik jugak saya..tak sangka begitu ramai orang...rasanya lebih 180 anak2 6 tahun hadir ujian tu tadi. Ada 8 bilik ujian dan purata satu bilik dalam 20-25 orang...Hani dibilik nombor 7. Mujur juga sama bilik dengan dia tu ada kawans kelas di di tadika MURNI.


Ujian pulak ada ujian bertulis, mewarna [kreativiti] dan ujian lisan. Semasa ujian berlangsung pintu kelas ditutup dan semua ibu bapa kena berkumpul ditempat dikhaskan untuk diberi taklimat. Pasal sejarah dan kejayaan sekolah ABIM rendah dan menengah. Boleh tahan jugak..pada saya pencapaiannya cemerlang jugak. Dah tu seimbang akademik dan agama.


Antaranya 51% pelajar darjah 2 khatam Quran dan 83 % darjah 3 khatam quran. dah tu siap wajibkan Dhuha pada pelajar dan sebelum balik mereka kena solat Asar dahulu...juga menjadi kebiasaan solat hajat pulak tu...kagum seyyyy...


Bilik Darjah 1-3 kelas semua beraircond. Yuran pula dengarnya 235 sebulan, tapi bakal dinaikkan [rumors] pada 300 sebulan. Kalau anak cemerlang pada saya berbaloi jugak tu..banding murni 386, boleh save lagi 86 hengget!


Muka sedeh lepas kena marah dengan ammie pasal carik ruler takde, carik eraser pun semua patah2 jer yg ada, mana tak mengamuk tiap2 kali gaji benda tu jugak dirayu2nya kita suh beli tapi bila masa nak pakai semua takder...baran sungguhlah budak sorang ni....tak gheti sayang harta sungguh....

hani lepas exam tuntut nak gi taman...sukerlah tu....so terpaksalah bawah jugak, walhal dia lapar ni sebab tak bersahur...maknya kenyangler pasal dah beli McD dan dah hentam makan dalam keter pasal dapat park cantik punya bawah pokok, takde orang...taman permainan tengahari sapa ada...kami dua beranak jer...


Dalam taklimat tadi, cuma tak sedap dengar, daripada keseluruhan yang hadir 80 orang akan di reject. Dengarnya tahun lepas mereka select yang markah 95% ke atas baru boleh masuk darjah 1. Tadi Pra sekolah pun temuduga jugak...ramai ibu bapa hantar anak pra sekolah situ sebab darjah satu boleh terus masuk....tapi itu dulu...tahun ni pra sekolah kat situ pun nak masuk darjah satu kena duduki ujian jugak sama2 dengan pelajar luar....tu yang ramai agaknya tu...


Secara fizikalnya sekolah ni biasa jer..tak mewah dan takdelah grand...tapi saya kan dulu 3 tahun hari2 lalu depan sekolah ni hantar hani ke rumah mak ros...keter2 yang hantar anak tu yang grand nya! yang duduk sebelah saya tadi dah ada 2 anak di situ, tahun ni sorang lagi masuk darjah 1...mungkin sebulan kosnya nanti kena bayar hampir 700 sebulan...hmmmm banyak kosnya jugak....






Tapi dalam debar2 tadi, saya lagi debar kalaulah Hani tak pass, camana saya nak buat? Sekolah mana saya nak hantar? Ikut kata ibu2 tadi katanya kalau tak daftar sekolah kebangsaan hantar jer sekolah terdekat...kalau terdekat tu sekolah Paroi jerlah...dekat dengan rumah saya ni..boleh jalan kaki jer...tapi rasa saya takkan hantar ke situlah...sebab sekolah tu dekat dengan rumah flat, ada kampung belakang tu....nanti susah nak kawal dan jaga pergaulan Hani...bergaul dengan budak2 yang datang dari keluarga yang saya rasa tak sama dengan kita....yerlah duduk kampung dan mereka yang duduk flat....bukan merendahkan mereka tapi kita sendiri dapat bayangkan suasana membesar dalam kawasan padat begitu....


Ada dua sekolah swasta yang ada dalam senarai saya, satu assaidiyah juga pendidikan agama dan melibatkan hafalan Quran...dan satu lagi agak sekular iaitu sekolah Bersepadu di Rasah Kemayan. Sekolah Assaidiyah ni saya agak familir jugak...ada kawan2 tabligh yang hantar anak ke situ...tapi sekolah bersepadu rasah kemayan ni baru jer saya dengar...orang Cina punya...english medium...yurannya 400 lebih sebulan, cuma masalahnya habis sekolah jam 3.30 petang...tak ikut waktu bekerja kita...tapi dengarnya produk dari sekolah ni memang sangat bagus englishnya...


Masalahnya nak bincang dengan pak haji tu yang malas tu...sure dia tentang habis2an punya...dia kan dah tetapkan anak dia ni jadi hafizah dan masuk madrasah...nak masuk sekolah Abim ni pun sementara cukup umur nak ke madrasah hafal Quran....ni pulak saya nak hantar sekolah yang english medium dah tu Cina pulak yang mengasaskannya...setakat nak bagi didikan ilmu dunia ni pada dia tak payahlah...


Sebab katanya ilmu tu adalah sesuatu yang dapat bantu kita jawab soalan dalam kubur....yang lain2 tu semua maklumat dan pengetahuan jer....nanti kang ditanyanya saya apa matlamat dan tujuan saya hantar hani sekolah macamtu? Dapat jaga solat ker...makan minum gerenti halal ker? Adab dan akhlak dapat jaga ker? banyak soalannya nanti...


Saya kalau ikut kata hati dan nafsu serakah fikir dunia ni, paling2 koman saya nak hantar hani STF atau TKC...kalau tak dua sekolah tu....mesti MRSM... kononnyalah...tapi bila buat keputusan sekolah SERI ABIM ni saya tukar aim saya nak hantar hani ke Maahad Gemenceh [hanya akan berlaku if pak haji meninggal sebelum hani ke sekolah menengah, dan saya boleh buat keputusan sendiri, kalau dia panjang umur saya sebagai isteri yg taat akan menurut kata dia ler hantar madrasah sama dengan kakak dia hani Syakirah, 9 tahun skrg ni.... :-(]...ok balik maahad gemenceh tadi...sekolah ni kira sekolah yang cemerlang akademik dan juga ada hafalan Quran...sebab kalau sekolah ABIM lepas UPSR memang sukar nak masuk SBP...tu sebab ramai ibubapa berhentikan anak darjah 4 dan darjah 5 tukar sekolah kerajaan supaya boleh masuk SBP...ni berasaskan statistik CEO yang bagi taklimat tadilah....




Buai laju2, biar sampai awan, moga hani terus maju, dunia akhirat dalam genggaman






Jiji, kawan blog...




Petang ni sungguh tak sangka dan memang saya pun tak pernah menjangka yang akan ada blogger yang akan datang ke rumah saya. saya fikir saya hanya ajak2 ayam jer sebelum ni...takdelah sampai terfikir kawan2 maya akan menjelma di alam nyata. Sungguh tak mahu saat tu datang...biarlah maya kekal di alam maya dan alam nyata saya kekal begini....berapa kali sebenarnya saya cuba elak bertemu kawan2 blogger yang pernah ajak saya jumpa...hanya yang pernah saya jumpa adalah Luna...ntah kenapa agaknya hati saya terbuka..mungkin antara kami ada rahsia tu yang saya rasa selesa dengannya....dan sampai saat ini hati saya masih juga belum 'suka' merancang untuk bertemu blogger lain..dan itu juga sebabnya saya privatekan blog..supaya tak ramai yg tahu cerita sebenar2nya saya...





Tapi untuk Jiji kak wa takdelah tak suka jiji datang...suka sangat...eratkan silaturrahim...kak wa suka terima tetamu dan kak wa pun selesa dengan Jiji. Kita pun tak rancang nak jumpa kan asbab buah mangga jer yang dapat mempertemukan kita. Walhal dulu Jiji dah ajak datang rumah dia masa dia kawin, pastu masa beranak pun sama beberapa kali kak wa dipelawa..tapi tulah hati saya 'menolak' untuk memperpanjangkan perkenalan alam maya membawa ke alam nyata! dan kak wa pun pernah recce kawasan rumah Jiji dan dahpun lalu depan rumah, tapi tetap jugak tak terbuka nak jumpa! teruk betul saya ni!





Jiji orangnya sama macam dalam blog....kak wa pandang tinggi sebenarnya cara Jiji berfikir dan bertindak...sangat sempoi! dan rasa bertuah juga sebab ada kawan yang 'berbeza' dengan kak wa...bukan beza apa...beza cara berfikir beza cara hidup...harap tak serik datang lagi rumah kak wa yang tak seberapa ni...bila dah jumpa kali pertama ni langsung takde masalah nak jumpa kali2 yang seterusnyakan?





Cuma terlintas dalam kepala apalah yg orang fikir tentang saya....??? Bila memikirnya jadik segan sendiri dan rasa juga inferior complex...patutker? Rasa diri banyak kekurangan dengan kehidupaan yang ala-ala apa ntah....






Apapun....saya suka sangat ada orang datang rumah....untuk blogger yang nak datang rumah raya ni..silakanlah yer...Irfa ker, kak sya ker, tak kisahlah sapa yang dekat tu nanti datanglah yer....sangat dialu2kan...perasaan bukan2 tu saya akan cuba ketepikan dan semoga silaturrahim ni berpanjangan...meriah jugak hidup saya ni!




Wassalam


6 comments:

Cool said...

Hek eleh kak wa ni .. kita puas laaa idolakan dia ..semangat dia .. cara dia semua.. dia dok inferior pulok!

Ceit.

(Ni rahsia ni).

Masa dapat Anis, otak jiji fikir satu je.. nak didik dia mcm kak wa didik Hani..

Tapi kadang sedeh je hati fikir diri ni tak sehebat kak wa.

Seriyes ..

Maryam said...

kak wa,
pasal sekolah hani, saya cuma nak share apa yang ayah saya fikir bila daftarkan sekolah; dia mahu anak dia kuasai bahasa arab. tapi sekarang sekolah kebangsaan pun dah perkenalkan bahasa arab.. sebab tu sekarang ada J-QAF kan (tak silap, adaptasi dari sekolah musleh)... ada bahasa arab, mudah nak faham al-quran dan ilmu-ilmu islam yang lain.

assaidiyah tu tak silap saya sekolah dia macam sekolah lama saya; sri aman. yang mana sekolah saya dan sekolah tu bernaung bawah satu bumbung iaitu MUSLEH. ada banyak lagi sekolah yang bernaung bawah musleh ni. taklah seluruh malaysia, cuma banyak negeri dah establish sekolah macam tu. kat selangor ni sangat banyak lah.. al-amin (gombak, kl dan bangi), hira' (shah alam dan jeram). ADNI saya tak pasti bernaung sama tak.

menggunakan kurikulum musleh ni, kalau stay sampai darjah enam, ada ujian SPPM (syahadah pentaksiran pendidikan musleh). dia mula assess sejak dari darjah satu lagi. ada hafalan, penilaian akhlak di rumah dan sekolah, pemantauan solat dll. masuk tahap dua akan ada macam-macam aktiviti lagi termasuk usrah. kira aktiviti ko-kurikulum lah.

dan lepasan sekolah2 musleh ni bertebaran di merata tempat.. ada yang masuk SBP, MRSM, ma'ahad tahfiz kerajaan negeri kelantan dll. tu yang sekolah rendah. sekolah menengah pula, bukan sikit yang ke oversea. dan ramai juga masuk darul quran jakim. jarang-jarang je dengar tak melanjutkan pelajaran.

just my 2cent about musleh's school.

Hanisumayyah said...

Jiji...

Alamakkk aiii...janganler sampai jadikan idola! malu jer laaahh...akak pun dok kena torture selalu dengan pak haji....banyak kelemahan lagii...


Apapun Allah yang hebat, manusia lemah...doa dengan Allah banyak2...semua dari Allah...


Maryam..terima kasih atas panduan ni...ohh akak selama ni tak tau siapa di belakang Assaidiyah ni...tapi memang ada hasrat nak hantar hani ke darul Quran Jakim, tapi tu lepas SPM punya ceritalah......hal Abim tu yang akak tau dia ikut silibus Yayasan negeri kelantan dan ada peperikasaan SRA, SPA...maksudnya memang ada bahasa arab lah...

Apapun kena muzakarah semua dengan pak haji tentang masa depan dan halatuju pendidikan hani, apapun pendidikan ke arah akhirta tetap jadik keutamaan...kalau ada didikan akhirat dunia dalam tangan jer...

TQ sekali lagi Maryam...kalau ada pendapat silalah bantu kak wa lagi...kak wa takde pengalaman...cita2 dan impian jer menggunung tinggi ni...

Maryam said...

oh ya, saya lupa nak khabarkan, sekolah hira' ada ma'ahad tahfiz di jeram. tapi mula form 1 lah. tempoh menghafal maksimum 3 tahun. :)

mana-mana sekolah pun saya rasa ok sebab hani sedia dibentuk.. insya Allah, hani akan jadi anak impian kak wa.

Luna said...

sama la luqman pun kak..tiap kali nak bukak sekolah....smua kene baru tp idak le saya layan smua. setakat pemadam, ruler, germit (pengasah) baru. kaler tu sy biarkan je dia pakai kaler kontot2....rasa kan..sapa suh bertukar2 kaler dgn kengkawan. kdg2 pemadam tu, arini lain esok dah lain wpun dh tulis nama tu. hmm budak2...

Hanisumayyah said...

luna...

Tulah hani pun ada jer benda kawsn dia bawal balik, katanya kawan beri...yang benda sendiri dia tinggalkan kat sekolah...